Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Dec 3, 2008

5 Langkah Untuk Bermula Dengan Clickbank

Sudahkah anda mula menjana pendapatan dengan affiliate clickbank? Ataupun baru nak godek-godek clickbank marketplace? Kepada yang belum ataupun masih newbie dengan clickbank, saya akan kongsikan 5 langkah untuk bermula dengan clickbank.

Sebelum tu, anda belum tahu apa itu clickbank marketplace?

Inilah rupanya Clickbak Marketplace


Terus terang saya katakan, saya pun masih belum mula dengan clickbank ni. Masih lagi dalam proses pembelajaran. Sebab itulah saya beli ebook panduan clickbank tulisan Mawardee. Menjadi affiliate clickbank adalah perancangan akan datang saya. ;p

Harap-harap berjaya hendaknya. Amin.

Selain panduan clickbank, banyak lagi rujukan yang sudah dan bakal saya baca. Kalau ada strategi yang bagus, saya akan tulis kat sini. Harap anda yang lebih berpengalaman pun dapat kongsi idea kat sini. ;D

Buat masa ni, saya share dulu langkah asas untuk bermula dengan clickbank.

Mari kita sama-sama belajar. Iaitu ada 5 perkara;

1. Memilih produk digital untuk dijual

2. Mencari pembeli yang berpotensi

3. Tempat untuk anda menjual

4. Menarik perhatian pembeli atau mendapatkan trafik

5. Lihat hasilnya dan lakukan penambahbaikan

Kalau tengok perkara kat atas nampak macam simple. Budak sekolah pun boleh buat,kan? Tapi ia bukanlah semudah yang kita sangka. Banyak lagi kerja yang perlu dibuat lepas ni.

Buat permulaan, saya huraikan langkah 1 dulu iaitu;


Langkah 1: Memilih produk


Jangan sesekali meremehkan langkah 1 ni. Tersilap pilih, boleh jatuh kredibiliti anda nanti.

Di mana anda nak pilih produk?

Tentulah di clickbank marketplace...

Sebelum tu, anda dah daftar di clickbank ke belum?

Kalau dah, tahniah! Anda dah maju setapak ke depan.

Belum lagi?? Anda boleh daftar sekarang atau bila-bila masa saja di ruangan sign up clickbank.

Anda akan lihat sebijik macam ruangan kat bawah ni.


Sign up sebagai affiliate clickbank


Okay, sekarang berbalik pada pemilihan produk. Salah satu strategi ialah pilih produk yang anda minat atau ada pengetahuan mengenai perkara tersebut.

Katakanlah anda minat mengenai penjagaan kesihatan. Pilihlah kategori Health & Fitness. Lepas tu, pilih juga sub-kategori. Dalam contoh ni, saya ambil sub-kategori Alternative. Kemudian pilih Sort by => High Gravity dan tekan butang Go!

Dapat tak? Kalau tak, ikut perlahan-lahan. Takkan lari gunung dikejar...;p

Saya tunjuk screenshot nyer kat bawah ni;


Langkah pemilihan produk

Haaah! Anda dah nampak kan senarai produk yang ada dalam spec yang anda nak kat atas tadi.

Sekarang, saya nak pilih produk yang no. 4 iaitu Master Cleanse Secrets 10 Day Diet (Rujuk #5).

Seterusnya, kita perlulah mencari pembeli berpotensi untuk mempromosikan produk yang dah kita pilih. Untuk bab ni, saya sambung kemudian saja. Harap anda dapat datang lagi ke sini.

1 comments:

Blogger said...

QUANTUM BINARY SIGNALS

Professional trading signals sent to your cell phone every day.

Start following our trades NOW and make up to 270% per day.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...