Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Dec 7, 2008

5 Langkah Untuk Bermula Dengan Clickbank Pt. 3

Pada tahap ini, saya harap anda dah buat kajian dan faham langkah 1 dan langkah 2. Iaitu berkenaan produk untuk dijual dan mencari pembeli berpotensi. Kalau belum, baik anda baca post sebelum ni di sini dan juga sini.

Sekarang, anda akan teruskan dengan...


Langkah 3: Tempat untuk menjual (website)

Bila sebut pasal website, pasti akan terpacul di benak fikiran anda pasal nama domain (nama kedai online seperti teknikclickbank.com) dan webhosting (tapak kedai online). Itupun kalau anda pernah dengarlah. Kalau tak, tak mengapa. Saya takkan bincangkan di sini.

Sebabnya...

Anda boleh gunakan web 2.0 sebagai tempat untuk mempromosikan produk affiliate clickbank anda.

Antara web 2.0 yang dikatakan power adalah;

i. Hubpages - hubpages.com

ii. Squidoo - www.squidoo.com

iii. Weebly - www.weebly.com

Lagi satu, anda boleh gunakan servis web 2.0 di atas secara percuma. Kalau anda mempunyai bajet yang agak terhad, gunakanlah kesempatan ini sebaik mungkin.

Saya tak dapat nak terangkan pasal web 2.0 kat atas secara terperinci kat sini. Harap anda dapat explore sendiri. :)

Kalau saya jumpa balik ebook mengenai hubpages dan squidoo, saya akan letak kat blog ni. Nanti anda boleh download secara percuma. Kalau takde kat post ni, mungkin anda boleh cari kat bahagian sidebar sebelah kanan nanti. :p

Tapi saya tak janji sebab dah tak ingat kat mana ebook tu. Pasal weebly pula, saya belum explore lagi (sebab baru tau). Kalau ada info pasal weebly, saya akan update kelak.

Apa yang perlu anda tulis kat web 2.0 ni adalah artikel yang berkaitan dengan produk clickbank yang anda nak promosikan tuh. Anda taip kat google keyword yang berkaitan dengan produk tersebut.

Dalam kes ni saya ambil Master Clease Secrets 10 Day Diet sebagai contoh. Cari beberapa artikel yang anda rasa mampu memberi manfaat kepada pembaca. Kemudian anda olah semula artikel tu mengikut gaya penyampaian masing-masing. Tujuannya supaya ia menjadi artikel yang unik. Langkah ini juga memerlukan sedikit masa.

Cara lain untuk mendapatkan idea menulis artikel ialah dapatkan artikel yang ada lesen private label right (plr). Atau pergi kat laman wikipedia, ehow dan howtodothings.


Langkah 4: Mendapatkan trafik


Anda hantar artikel (yang dah ditulis di laman web 2.0 tadi) ke laman social bookmarking untuk menarik trafik. Antara social bookmarking yang berkesan adalah;

i. Propeller - www.propeller.com

ii. Digg - digg.com (Wajib ni)

iii. StumbleUpon - www.stumbleupon.com

iv. Reddit - www.reddit.com


Selain itu, cara menarik trafik adalah dengan menulis artikel submit ke artikel direktori. Anda boleh lihat senarai artikel direktori kat sini.


Nampaknya, kita terpaksa bersambung lagi. Saya ada hal sikit ni. Nanti saya akan sambung dengan langkah terakhir.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...