Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Feb 27, 2009

Tips SEO: Jangan Buat 2 Teknik Ni!

Episod tips SEO kali ini masih lagi membincangkan hal on-page optimization. Cuma ianya lebih santai berbanding entri2 yang lepas. Hanya sekadar pesanan agar anda tak terlalu ghairah dalam melakukan proses on-page optimization. Jangan terlalu "excited", sebab ada sesetengah tindakan anda mungkin memakan diri. Kesannya, blog anda akan dikenakan penalti atau di"banned" oleh google.


Antara teknik yang patut anda elakkan dan jangan memandai-mandai nak buat seperti berikut;



1. Keyword Stuffing


Saya kurang arif tentang istilah sebenarnya dalam BM. Tapi saya akan beritahu konsep dia kat sini.

Apa yang perlu anda buat; tidak mengulangi keyword yang sama maksud melebihi 3 kali. Sama ada pada meta tag atau pun isi kandungan blog.

Saya tunjukkan sikit kat sini dengan mengambil contoh pada meta tag. Rujuk entri lepas di sini. Sila buka dalam "new window" atau "new tab" (klik kanan tetikus anda tu) supaya lebih mudah faham. :)

Skrol sampai ke bawah dan rujuk gambar terakhir. Saya ada tunjukkan contoh meta descriptions dan meta keywords. Perhatikan pada meta keywords (yang bawah tu).


Apa yang saya tulis kat situ? - "kad jemputan kahwin, perkahwinan, tempahan, software kad kahwin". Itu sajer, kan. :D

Kalau yang dikatakan keyword stuffing tu lebih kurang macam ni - "kad jemputan kahwin, kad jemputan perkahwinan, kad jemputan murah, kad jemputan tebal, tempahan kad kahwin, software kad kahwin, buat kad kahwin, design kad kahwin"


Kalau anda perhatikan di atas, keyword kad jemputan dan kad kahwin tu banyak kali saya ulang. Dalam 4 kali. Dah kira banyak tu. Pastikan anda semua tak buat macam tu.

Dalam isi kandungan entri blog/website anda pun sama. Jangan terlampau banyak sangat mengulang keyword anda. Ikut saje garis panduan yang dah saya berikan dalam keyword density :D



2. Keyword Hiding


Maksudnya anda menyembunyikan keyword. Anda letak warna keyword pada entri sama dengan warna latarbelakang sesuatu blog atau website.

Contohnya, blog panduan clickbank ni background dia warna putih dan tulisannya berwarna kelabu.

Kalau saya buat keyword hiding, maksudnya tulisan pada entri ni saya letak warna putih. Sama dengan warna background blog. Jadi, anda takkan nampak sebarang tulisanlah. Hanya warna putih semata-mata. Kalau ada pun, hanya tulisan yang bukan keyword lah.

Biasanye, orang buat keyword hiding ni untuk mengaburi spider(bot) enjin carian. Konon-kononnya nakkan ranking SERP yang tinggi la tu. Tapi mereka tak tahu yang spider tu lebih bijak. Dapat mengesan apa yang mereka dah buat. Akibatnya mereka yang kene penalti. Ayoyo... padan muka diorang. Wakaka...

Jadi, kalau anda nak selamat, jangan amalkan ilmu hitam keyword hiding ni. :D


Rasanye cukuplah saya bagi dulu 2 teknik yang perlu anda elakkan. Selebihnya saya akan berikan pada entri akan datang. Kita jumpa lagi kemudian. :D

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...