Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Feb 11, 2009

Tips SEO: On-page Optimization 3

Tips SEO bahagian on-page optimization seterusnya ialah penstrukturan terhadap blog atau website. Merancang proses ni dengan baik mampu meningkatkan kedudukan (SERP) blog anda. SERP tu singkatan kepada "search engine results page".

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan anda, bila saya sebut website ia juga merujuk kepada landing page atau squeeze page. Nak sebut semua, macam panjang sangat. Tak mesra pembaca la plak. :D

Tips :Ini kerana top affiliate sering menggunakan landing page sebagai medium mempromosi produk clickbank selain blog. Conversion rate landing page lebih tinggi!


Ada beberapa tempat yang perlu ditekankan dalam proses penstrukturan ini. Saya senaraikannya satu persatu bagi memudahkan pemahaman anda.


1. Letakkan kata kunci pada navigation bar.

Cuba anda tengok navigation bar (menu bar) kat atas blog panduan clickbank ni. Perhatikan bahagian menu "home" tu. Saya ada letakkan sekali keyword kat situ.

Kalau anda perasan, sebelum ni saya pun tak memasukkan sebarang keyword kat situ. Mentor saya yang menasihatkan agar ianya diletakkan. Jadi saya ikutlah nasihat pakar. :D

Penyelesaiannya, anda carilah template yang ada menu bar. Terdapat banyak template menarik di btemplates.com. Preview dulu dan download terus kalau dah berpuashati.

Melainkan anda mahir dengan kod html, boleh ubahsuai sendiri mengikut skill dan citarasa yang diingini.


2. Masukkan kata kunci pada tajuk atau heading

Untuk blog, masukkan satu atau 2 keyword dalam tajuk entri. Tapi jangan lebih-lebih, nanti boleh membawa padah. Silap haribulan, enjin carian kenakan penalti kat blog anda.

Heading biasanya digunakan untuk landing page. Selitkan keyword anda kat situ. Pastikan ayat kat heading tu lebih kepada penyelesaian masalah. Jika kena target market anda, pasti jumlah jualan meningkat!


3. Kata kunci pada perenggan pertama

Setiap kali anda menulis artikel dalam blog, pastikan keyword anda berada pada ayat pertama dalam perenggan pertama. Kalau letak di permulaan ayat lagi baik. Landing page pun sama gak.

Saya suruh buat macam tu sebab spider bot mula membaca kandungan blog dan segala jenis website dari bahagian atas sebelah kiri (left hand side) anda.

Itulah sebabnya anda perlu memastikan yang spider bot menjumpai keyword anda seawal yang mungkin.


4. Kata kunci pada footer

Bahagian yang paling bawah sekali iaitu footer jangan sesekali diabaikan. Ia tetap memberi kesan terhadap on-page optimization.

Selalunya, kalau anda beli atau upah orang lain membuat sesuatu template, minta mereka masukkan keyword anda pada bahagian footer.

Kalau template percuma, biasanya anda disuruh mengekalkan url pereka asal sesebuah template. Ianya sebagai tanda penghargaan dan backlink atas penat lelah pencipta dan pengubahsuai template tersebut.

Tetapi anda boleh hubungi mereka untuk berunding tentang membuang url asal dan gantikannya dengan keyword anda. Anda mungkin akan diminta membayar sejumlah amaun sebagai balasan.

Cubalah nego secara bijaksana dan dapatkan harga yang memuaskan kedua-dua belah pihak.


Siri ke-3 on-page optimization ni terpaksa saya hold dulu. Saya sambung kemudian. Pada anda yang benar-benar nak belajar seo, harap dapat singgah selalu ke sini. Saya akan share ilmu seo yang tak seberapa ni dengan anda semua sebagai tanda terima kasih yang tak terhingga.

3 comments:

Anonymous said...

Good blog post! Keep it up!

Tai Zejan
clickbank

Anonymous said...

Overcoming Anxiety Attacks

Blogger said...

If you're looking for a reputable CPS advertising company, I recommend that you take a peek at Click Bank.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...