Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Mar 3, 2009

Tips SEO: Lanjutan Kisah Jangan Buat 2 Teknik Ni!

Selain keyword stuffing dan keyword hiding, masih ada beberapa elemen lain yang perlu anda hindari. Jangan sesekali buat sebab ianya sia-sia. Buang masa. Bila kedudukan SERP tergugat, usaha anda menarik trafik melalui SEO dah tak bermakna lagi.


1. Outbound link yang terlalu banyak


Outbound link ialah link yang dibawa keluar daripada blog atau website anda. Maknanya, bila pengunjung blog anda klik ke satu-satu link, mereka akan meninggalkan blog anda dan dibawa ke terus website lain.

Kalau website yang berlainan keyword dengan blog anda tu tak jadi masalah besar. Tujuan outbound link baik untuk menghubungkan sesuatu benda yang tiada langsung dalam blog (website) anda. Jadi anda memasukkan outbound link supaya pengunjung dapat dapat faedah tambahan. Tapi untuk melakukan langkah seterusnya, mereka masih perlu merujuk blog anda semula. :D

Contohnya saya ada berikan link Keyword Tool External pada entri lepas di sini dan ini. Tujuannya memberitahu anda boleh menggunakan tools tersebut untuk mencari keywords, kaji persaingan dan maklumat lain.

Sebaliknya, outbound link yang perlu dielakkan ialah link yang mempunyai keyword yang sama dengan blog (website) anda. Ia memberi kesan terhadap kedudukan SERP anda. Enjin carian akan menganggap website (anda letak pada outbound link) itu lebih penting daripada page anda.


[UPDATE]


2. Elakkan penggunaan flash dan animasi


Spiderbot enjin carian tak boleh baca (mengesan) fail flash dan animasi. Mereka cuma baca text (tulisan) sahaja.

Maknanya, kalau anda pikir dengan meletakkan flash membuatkan blog (website) nampak cool, ia sebenarnya tak membantu melonjakkan kedudukan blog anda langsung.

Sebaliknya, ia akan membuatkan blog anda lebih berat. Kalau dapat pengunjung yang malas nak tunggu lama, mereka akan terus meninggalkan blog anda. Kan dah rugi tu. :(


3. Duplicate content


Maksudnya anda meniru bulat-bulat isi kandungan daripada blog atau website lain. Tolong jangan buat benda ni. Enjin carian spt google boleh kesan perbuatan anda.

Apa yang harus anda buat ialah mengubah 30 - 40% daripada isi kandungan asal. Gunakan satu tool yang disediakan oleh pihak google iaitu Google Translate.

Ambil mana-mana artikel. Lebih elok cari artikel PLR (private label rights). Katakan dalam English. Simpan satu salinan artikel asal dalam notepad. Kemudian anda tukarkannya dalam bahasa lain spt Czech kemudian French.

Bila dah dapat artikel dalam French, tukar balik ke dalam English. "Copy" dan "paste" ke dalam notepad. Bandingkan dengan artikel asal yang anda cedok tadi.

Kalau dah ada perbezaan, anda betulkan grammar dll melalui MS Word. Itulah salah satu cara mengubah artikel.


Tapi kalau anda ambil artikel melalui direktori artikel spt ezinearticles dan goarticles, ianya tak dikira sebagai duplicate content. Sebab anda berikan kredit kepada penulis asal.

Sama juga kesnya kalau anda hantar entri blog anda ke social bookmarking seperti digg, propeller, stumbleupon dan mixx.


4. Cloaking


Melalui teknik ni, anda gunakan pelbagai nama untuk blog (website) anda. Ringkasnya, jangan cloak nama blog anda.

2 comments:

Game Copy Software said...

Great Site, Very informative. Thanks

Jamal
Game Copy Software

Anonymous said...

I love this post. Great job.

Mohammad
Overcoming Anxiety Attacks

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...