Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

May 20, 2009

Strategi Mempelbagaikan Carian Kata Kunci @ Keyword

Mempelbagaikan carian kata kunci @ keyword sewaktu mempromosi sesuatu produk affiliate boleh meningkatkan peluang anda membuat jualan. Salah satu strategi ialah dengan menggunakan keyword yang sama makna. Atau yang hampir sama maknanya. Dengan cara begini, anda boleh memperluaskan lagi "target market" dan menarik lebih ramai pelawat ke blog(website, landing pages, web jualan).


Saya ambil satu contoh. Katakan anda sedang mempromosi ebook majlis impian (sekarang namanya Impian Pengantin). Keyword asas yang anda gunakan ialah "perkahwinan".

Sekarang, cuba cari perkataan yang seerti dengan "perkahwinan". Untuk perkataan Bahasa Melayu, anda boleh godek di Tesaurus Umum B.Melayu.


Hasilnya, anda akan dapat beberapa perkataan lain yang seerti dengan perkahwinan seperti;

tesaurus

Pernikahan, pergabungan dan pertalian.


Daripada keyword asas, anda kembangkan pula kepada keyphrase yang sesuai. Secara rawak, antara keyphrase yang boleh anda pilih seperti:

majlis pernikahan yang diberkati

persiapan pernikahan

upacara pernikahan

majlis akad nikah


dan lain-lain mengikut kreativiti dan dengan kajian yang lebih mendalam.


Untuk produk clickbank atau produk antarabangsa pula, anda boleh cari perkataan yang sinonim dengan melayari laman;




Gunakan strategi sama untukmendapatkan dan menarik trafik yang lebih mencanak! :D

1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...