Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Aug 19, 2008

Ulasan Ebook PPC Percuma

Seperti yang dinyatakan sebelum ni, satu ebook tambahan yang diperlukan sebagai rujukan ialah ppc percuma. Justeru itu, saya ingin membuat ulasan ebook ppc percuma di sini supaya awak semua jelas apa kandungannya di akhir nanti.

Kalau ada yang terlupa, pada bab sistem trafik dalam panduan clickbank, ada diterangkan 9 cara menarik trafik. Cara pertama adalah melalui pay per click (ppc). Tapi ia tidak menerangkan beberapa info penting yang ada dalam ebook ppc percuma ni.

Atas dasar itulah wujudnya entri ni. Supaya anda dapat gambaran kasar mengenainya. Pada akhir nanti, anda dah boleh tentukan sama ada anda betul-betul memerlukannya atau tidak. :D


Ebook ppc percuma ni mengandungi 69 mukasurat. Antara kandungannya adalah;

1. Pengenalan

2. Definisi Ringkas

3. Yahoo Search Marketing (YSM)

4. Google Adwords

5. Microsoft Adcenter

6. Lain-lain Pay Per Click Program

7. Penutup


Ulasan terperinci hanya menjurus kepada perkara no. 3 dan 4 saja. Iaitu Yahoo Search Marketing (YSM) dan Google Adword.

Sebab ia adalah "core" ebook ppc percuma ni. Itulah matlamat utama yang nak disampaikan pada anda. Tumpukan perhatian anda mulai saat ini, ok.

Pada bahagian YSM, anda akan diterangkan tentang kos yang diperlukan untuk melakukan pengiklanan. Kos minima ialah USD30. Saya tahu, anda mesti kata mahal kan?

Tapi tunggu. Jangan berhenti berharap dulu! Sebab di sini anda akan diajar cara mudah menjimatkan bayaran deposit. Seterusnya akan menguntungkan strategi pengiklanan anda.

Anda akan diberikan link mendapatkan kupon USD25, USD50, USD75 dan USD100. Sekarang nampak tak bagaimana yang dikatakan menguntungkan?

Anda keluarkan dulu sedikit modal, kemudian dapatkan kupon USD100 dalam ebook ppc percuma. Di situ saja anda dah dapat melipatgandakan pengiklanan anda!

Langkah-langkahnya dan beberapa tip khas ada ditunjukkan dalam ebook ni beserta gambarajah. Pastinya lebih mudah buat anda memahamkannya. Jikalau ada masalah, dapatkan bantuan di forum khas pembeli ppc percuma. :D

Meh beralih ke bahagian Google Adwords pula. Ada 6 cara yang ditunjukkan bagi mendapatkan kupon Adwords. Setiap cara ada kelebihan dan kekurangannya.

6 cara yang ditunjukkan adalah;

1. Menggunakan link-link kupon (USD55)

2. Menggabungkan 2 atau lebih akaun (USD150)

3. Beli hosting dan dapat kupon Adwords USD125

4. Memohon kupon Google/link promosi (Euro 30)

5. Membeli kupon pelbagai nilai daripada penjual tak rasmi

6. Menjejak link promosi kupon Adwords


Langkah dan syarat membuat pengiklanan di Google Adwords ni lebih mudah berbanding dengan mengiklan di YSM. Kos mengaktifkannya pun lebih murah iaitu USD5 sahaja!

Kesimpulannya, melalui Google Adwords anda hanya memerlukan USD5 untuk bermula. Kemudian boleh mendapatkan kupon bernilai USD55, USD150, USD125, Euro 30 dan nilai lain mengikut 6 cara di atas.

Anda boleh pilih mana satu cara yang sesuai dengan diri sendiri. Saya tak dapat nak tunjukkan di sini. Sebab bab ini agak kritikal.

Anda boleh download ebook ppc percuma untuk gambaran yang lebih jelas di samping menggunakan support yang disediakan.


Sebelum berpisah, ebook tambahan kepada PPC Percuma yang turut dipakejkan sekali ialah Rahsia 7 Dalam Adwords dan Adwords Jejak Terakhir.

Pastikan anda membaca ketiga-tiga ebook ni untuk lebih faham dan jelas.

Akhir kata, semoga ulasan ini dapat menjelaskan apa yang anda nak tahu mengenai ebook PPC Percuma. Saya dah cuba huraikan sebaik mungkin. Kini keputusan terletak pada tangan anda.

Jika anda mahukan keuntungan dalam pengiklanan, tapi masih tercari-cari teknik yang menguntungkan maka ebook PPC Percuma adalah jawapannya.

Sebaliknya, jika anda dah tahu teknik yang saya sebutkan kat atas, ebook ppc percuma bukanlah menjadi keperluan, tetapi pakej lengkap teknik clickbank adalah jawapannya. Sebabnya, ilmu yang ada tu boleh diapplikasikan untuk mempromosi produk-produk clickbank.

Pesanan terakhir berapa kali akhir daaa, saya akan sambung dengan ulasan sistem trafik selepas ini.


***Pastikan anda isikan alamat emel pada ruangan paling atas di bahagian tepi kanan supaya tak ternanti-nanti dengan post terbaru pada masa akan datang.***


[UPDATE] Saya baru menyemak laman ppc percuma dan mungkin ia telah ditutup jualannya. Sebagai alternatif, anda boleh mempelajari pengiklanan ppc melalui laman web seni adwords.

1 comments:

Anonymous said...

Kalau anda beli panduan clickbank
nanti, di dalamnya ada disertakan
sekali kupon RM10 utk ebook PPC Percuma.

TQ.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...