Sebelum memulakan bicara, rasanya masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam. Tak kira walau di mana anda berada, mudah-mudahan semua dapat menjalani ibadah puasa sebaik mungkin.
Agak lama saya membiarkan blog panduan clickbank ni tanpa berita. :( Sorry lah kalau ada yang tertunggu-tunggu kupasan selanjutnya tentang sistem trafik ni.
Dalam chapter "sistem trafik", anda akan didedahkan kepada cara menarik trafik secara berbayar dan juga neutral. Neutral ni boleh saya katakan sebagai trafik percuma juga. Sebabnya, anda boleh tarik trafik tanpa mengeluarkan kos!
Senang cerita, 2 cara menarik trafik secara bebayar adalah melalui pay per click dan pemasaran email. (Fuhhh...ada diterangkan dengan panjang lebar dalam ebook panduan clickbank).
Selebihnya, anda akan ditunjukkan cara menarik trafik secara percuma seperti social bookmarking / laman web 2.0 dan lain-lain seperti post terdahulu. Anda boleh rujuk di sini.
Apa yang dapat saya mampu bocorkan di sini adalah:
Gunakan LAMAN WEB 2.0 seperti SQUIDOO, HUBPAGES, FRIENDSTER, MYSPACE dan lain-lain untuk menarik trafik.
Penerangan menggunakan laman web 2.0 seperti Squidoo dan Hubpages ada diterangkan secara jelas. Saya yakin anda boleh ikut penerangan bergambarajah yang disediakan.
Tapi sebagai ganjaran buat anda yang berkunjung ke sini, saya ada bonus tambahan. Ya, semestinya ilmu tambahan yang boleh anda pelajari dalam usaha menarik trafik melalui Friendster!
Saya dah upload 5 file yang berkaitan, jadi anda boleh terus download melalui link di bawah;
1. Myspace 1
2. Myspace 2
3. Myspace 3
4. Myspace 4
5. Myspace 5
Selepas dah download, anda bolehlah mengkaji dan mempraktikkan apa yang serasi dengan anda. Semoga semua ebook di atas dapat menambahkan nilai pengetahuan anda tentang Friendster.
Lastly but not least, jika anda masih mahukan bimbingan lanjut mengenai cari duit dengan clickbank dalam bahasa Malaysia, boleh mendalaminya melalui [+] Teknik Clickbank [+].
Selamat Berpuasa Sepanjang Ramadhan 1429!
0 comments:
Post a Comment