Tips SEO seterusnya berkenaan fail sitemap. Masih lagi dalam bahagian on-page optimization. Menghantar fail sitemap (sitemap file) akan memudahkan enjin carian menjumpai setiap mukasurat pada blog atau website anda. Maknanya anda maklumkan kat enjin carian tentang keseluruhan struktur blog anda. Kemudian spider(bot) akan singgah ke blog anda dan mengesan apa yang patut di situ. Lebih kurang begitulah konsepnye.
Di sini saya nak sediakan satu tutorial menghantar fail sitemap untuk anda. Khusus untuk blog platform blogger melalui Google Webmaster Tools. Sebab google adalah tempat terbaik dan percuma untuk bermula kalau anda nak buat sitemap. :D
Kelengkapan asas yang perlu anda miliki adalah;
a. Akaun email google (usernameanda@gmail.com).
b. Blog platform blogger (http://TajukBlogAnda.blogspot.com).
Bila dah ada 2 bende di atas, sekarang anda login akaun blog anda. Kemudian, sila ikuti langkah-langkah berikut.
1. Memula, sila login dulu ke akaun blogger anda.
2. Di bahagian "dashboard", klik pada "layout".
3. Bila dah sampai kat "page" di atas, klik "Edit HTML".
4. Anda akan nampak halaman di bawah.
5. Tick pada kotak kecil di sebelah "Expand Widget Template" supaya memudahkan anda nak cari kod yang diperlukan. Anda kene memasukkan beberapa kod html di bahagian google webmaster tools. Kita akan ke sana lepas ni.
Biarkan akaun blogger anda sebentar. Kita nak ke bahagian google webmaster tools untuk meneruskan proses menghantar fail sitemap. :D
6. Sekarang ni, anda mesti klik pada google webmaster tools untuk meneruskan proses ini. Login dengan menggunakan akaun email gmail anda spt imej di bawah.
7. Setelah login, anda akan terus dibawa ke page di bawah. Masukkan url blog anda dan klik "Add Site".
8. Page berikutnya anda bakal mendapati "Verification status: NOT VERIFIED". Rujuk imej di bawah.
Apa yang perlu anda buat - pilih "Add a meta tag"; masukkan kod yang panjang tu pada tempat yang disuruh (bahagian blogger kat "Edit HTML"); dan klik "Verify".

9. Kemudian anda akan dibawa pula ke page di bawah. Klik perkataan "Verify your site".
10. Jika sukses, anda akan nampak page di bawah.
11. Oppsss, nanti dulu. Kita belum habis lagi. Klik pada "Sitemaps" di bahagian menu pada sebelah kiri anda. Isikan extension blog anda pada ruang kosong dengan rss.xml dan tekan "Submit Sitemap".
Kalau tak boleh, cuba letak extesion atom.xml pada ruang kosong tu. Kemudian, klik semula "Submit Sitemap".
12. Jika langkah-langkah yang anda lakukan tu betul, anda akan menjumpai page di bawah.
Nah! Barulah settle proses menghantar fail sitemap blog anda. Dalam beberapa jam kemudian, anda boleh login semula akaun google webmaster tools dan semak sebarang update.

Sila klik pada url blog anda tu untuk dibawa ke halaman lain. Anda boleh tengok sama ada terdapat sebarang error, statistik, apa yang googlebot cari dan banyak lagi. Nanti anda boleh explore sendiri bila-bila masa saje.
Ingin saya tekankan proses ni tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana, setiap googlebot hanya mempunyai masa yang amat singkat untuk melawati blog atau website anda. Sebab sekarang ni terdapat berjuta-juta website atau blog yang perlu googlebot lawati!
Kalau tak ditunjukkan jalan, berkemungkinan besar googlebot tak sempat nak memahami struktur blog atau website anda. Anda juga yang rugi nanti. :(
Blog RSS Feed
Via E-mail
Twitter
Facebook











