Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Dec 29, 2008

Ebook Rujukan Pemasaran Forum

Pemasaran forum sememangnya salah satu strategi menarik trafik ke blog, web jualan, landing page serta squeeze page yang biasa digunakan oleh kebanyakan Netpreneur. Selain percuma, jika anda bijak memanfaatkan taktik ni, peluang membuat jualan agak cerah.

Dalam panduan clickbank pun ada dibincangkan hal ni. Anda boleh rujuk pada m/s 155 dalam ebook sistem trafik. Mungkin sesetengah anda menganggap penerangan kat dalam tu agak basic. Lebih-lebih lagi kalau anda dah biase berforum.

Sebagai bonus buat anda yang mengunjungi blog panduan clickbank, ada 1 ebook rujukan berkaitan pemasaran forum untuk dikongsi. Ia ditulis dalam English oleh Borge Hansen. Tajuknya 'Forum Marketing Secrets'.





Beliau telah memberikannya kepada saya beserta dengan lesen private label rights (plr).


Anda boleh download dengan hanya KLIK DI SINI.


Di dalamnya, ada maklumat tambahan serta strategi yang boleh dipakai bagi memulakan projek clickbank anda pada masa depan. Mungkin salah satu azam 2009 anda untuk mendapat cek pertama dari Clickbank??


Semoga azam 2009 anda dan saya tercapai!


~~~ Salam Maal Hijrah 1430 kepada seluruh umat Islam ~~~


p/s: Sebaliknya, bagi anda yang ingin membina kredibiliti di forum, ada beberapa case study yang telah dimuatkan di SINI.
Read more »

Dec 28, 2008

4 Ebook Rujukan Promosi Produk Clickbank

Artikel bersiri 5 langkah untuk bermula dengan clickbank dahpun berakhir. Bagi melengkapkan pengetahuan anda mengenai cara mempromosi melalui laman web 2.0, saya dah jumpa ebook rujukan squidoo dan hubpages. Sebagai bonus, saya sertakan sekali ebook berkaitan yahoo answers bagi memantapkan skill promosi anda!

Kalau masih terpinga-pinga mengapa saya nak berikan ebook squidoo dan hubpages, sila ke entri terdahulu di SINI.

Tanpa berlengah, saya dengan rase rendah diri menjemput anda yang berminat agar mendownload 4 ebook rujukan untuk mempromosi produk clickbank spt di bawah.


1. Squidoo Profits



Link download = Klik Squidoo Profits


2. HubPages Guide



Link download = Klik HubPages Guides


3. HubPages Blueprint



Link download = Klik HubPages Blueprint


4. Yahoo! Answers



Link download = Klik Yahoo! Answers


Selamat Mendownload!
Read more »

Dec 9, 2008

5 Langkah Untuk Bermula Dengan Clickbank Pt. 4

Kalau ikut perancangan asal, inilah langkah terakhir anda untuk bermula dengan clickbank. Tapi kalau ada sebarang update, saya akan buat post khas kelak. ;D


Langkah 5: Lihat hasilnya dan lakukan penambahbaikan


Menurut mentor saya, kalau anda dah buat 4 langkah terdahulu, anda dah mampu menuai hasilnya sekarang. Banyak atau sikit komisen yang anda terima bukanlah isu kat sini.

Sebaliknya, anda perlu melipatgandakan usaha agar matlamat untuk mendapat cek dari pihak clickbank tercapai!

Perkara yang perlu anda tahu sekarang adalah;

i. Berapa ramai yang melawat website anda.

ii. Berapa ramai yang klik link affiliate anda.

iii. Berapa ramai yang membeli melalui link affiliate anda.

Masalahnya, bagaimana caranya anda nak track 3 perkara kat atas tadi??

Mula-mula, anda gi kat laman squidoo. Jika belum daftar, sila daftar dulu. Kemudian Login. 


1.0 Login ke akaun squidoo anda


Kemudian, untuk mengetahui statistik trafik website anda (squidoo lens), klik pula pada My Stats. Rujuk gambar di bawah.


 
2.0 Tengok statistik anda


Jika anda baru mendaftar, kemungkinan besar anda cuma ada satu lens saja. Jika belum ada lens, anda perlulah cipta satu. Ikut saja arahan yang disuruh. Kalau saya jumpa panduan squidoo dalam hard disk ni, nanti saya kongsi dengan anda, ok. :p


Kalau ada lebih daripada 1 lens, anda klik dulu kay My Stats. Kemudian pilih lens yang dikehendaki. Lepas itu, barulah anda dapat tengok Summary, Traffic dan Royalties. Macam kat bawah ni.


 
3.0 Lihat statistik lens anda di sini


Baiklah, ini adalah cara untuk tracking lens anda. Iaitu di sini anda dah tahu berapa ramai yang dah melawat website(squidoo lens) anda. Maknanya langkah no i. kat atas dah selesai. ;p


--- Relaks jap. Tarik nafas dalam-dalam dulu, dan lepaskan perlahan-lahan.

Dah lega?? Meh kita sambung. ---


Sekarang saya terangkan cara mengetahui berapa ramai yang klik dan membeli melalui link affiliate anda. Iaitu langkah no ii dan iii.

Mula-mula, pergi dulu ke ruangan Login Clickbank. Kalau belum daftar, sila daftar dulu. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk membuka akaun. Saya buka satu akaun dummy khas untuk tutorial ni.;p

Screenshot ada kat bawah.


 
4.0 Login akaun clickbank


Anda akan dibawa ke paparan seperti di bawah. Klik pada "Reporting".


 
 5.0 Akaun clickbank


Kemudian anda akan dibawa ke satu paparan yang akan dibuka pada tetingkap lain. Klik pada Analytics.

 
6.0  Paparan lain selepas klik "Reporting"


Pada paparan ini, anda klik Analytics dan dibawa pula ke paparan di bawah.


7.0 Set tarikh promosi


Pada page ni, anda boleh set tarikh promosi yang dibuat melalui squidoo lens. Saya menganggap anda hanya mempromosi melalui laman web2.0 squidoo saja dulu.

Mungkin anda boleh promosi produk yang berlainan melalui laman hubpages.com dan weebly.com. Tujuannya untuk memudahkan anda mengesan cara mana yang memberikan pulangan terbaik.

Ok, selepas anda dah klik Go pada rajah 7.0, anda akan dibawa terus ke page di bawah. Tunggu ia loading beberapa saat. Harap dapat bersabar. :p


8.0 Keputusan hasil usaha promosi


Pada rajah 8.0, anda dapat lihat hasil usaha promosi yang telah dilakukan. Di mana;

a. # Hops menunjukkan berapa kali link affiliate anda telah diklik melalui squidoo lens.

b. # Sales menunjukkan hasil jualan yang telah berjaya anda lakukan.

Saya cuma nak ingatkan yang di atas ni hanya contoh semata-mata. Ia sekadar untuk pembelajaran bersama.

Sebab kat squidoo lens tu saya promosikan ebook panduan clickbank, bukannya produk affiliate kat clickbank marketplace. Harap anda tak keliru. ;-)


---Ok, saya nak relaks lagi sekali.

Kita minum dulu barang seteguk dua air suam---

Wookey...

Sekarang kalau usaha anda sebelum ni tak berhasil, ada baiknya anda buat penambahbaikan dan split testing.

Macamner tuh???

Ada beberapa trik yang boleh anda buat. Antaranya adalah;

i. Ubah sikit isi kandungan squidoo lens anda. Baca semula, dan perbaiki struktur ayat agar lebih menarik perhatian pembaca.

ii. Tukar posisi link affiliate anda. Sama ada di atas, tengah mahu pun di bawah. Lakukan try and error. Perhatikan posisi mana yang paling mendapat banyak klik dan pilih kedudukan link lebih menguntungkan.

iii. Kalau perlu, ubah tajuk kepada ayat yang lebih mengujakan prospek untuk klik.

iv. Gunakan ayat tindakan yang berbeza seperti - download now, secure your place, get it now, invest now dll.


Akhirnya, selesai juga 5 langkah untuk bermula dengan clickbank. Segala kekurangan harap anda dapat luahkan di bahagian komen.

Harap anda dapat teruskan usaha untuk sukses dengan clickbank!
Read more »

Dec 7, 2008

5 Langkah Untuk Bermula Dengan Clickbank Pt. 3

Pada tahap ini, saya harap anda dah buat kajian dan faham langkah 1 dan langkah 2. Iaitu berkenaan produk untuk dijual dan mencari pembeli berpotensi. Kalau belum, baik anda baca post sebelum ni di sini dan juga sini.

Sekarang, anda akan teruskan dengan...


Langkah 3: Tempat untuk menjual (website)

Bila sebut pasal website, pasti akan terpacul di benak fikiran anda pasal nama domain (nama kedai online seperti teknikclickbank.com) dan webhosting (tapak kedai online). Itupun kalau anda pernah dengarlah. Kalau tak, tak mengapa. Saya takkan bincangkan di sini.

Sebabnya...

Anda boleh gunakan web 2.0 sebagai tempat untuk mempromosikan produk affiliate clickbank anda.

Antara web 2.0 yang dikatakan power adalah;

i. Hubpages - hubpages.com

ii. Squidoo - www.squidoo.com

iii. Weebly - www.weebly.com

Lagi satu, anda boleh gunakan servis web 2.0 di atas secara percuma. Kalau anda mempunyai bajet yang agak terhad, gunakanlah kesempatan ini sebaik mungkin.

Saya tak dapat nak terangkan pasal web 2.0 kat atas secara terperinci kat sini. Harap anda dapat explore sendiri. :)

Kalau saya jumpa balik ebook mengenai hubpages dan squidoo, saya akan letak kat blog ni. Nanti anda boleh download secara percuma. Kalau takde kat post ni, mungkin anda boleh cari kat bahagian sidebar sebelah kanan nanti. :p

Tapi saya tak janji sebab dah tak ingat kat mana ebook tu. Pasal weebly pula, saya belum explore lagi (sebab baru tau). Kalau ada info pasal weebly, saya akan update kelak.

Apa yang perlu anda tulis kat web 2.0 ni adalah artikel yang berkaitan dengan produk clickbank yang anda nak promosikan tuh. Anda taip kat google keyword yang berkaitan dengan produk tersebut.

Dalam kes ni saya ambil Master Clease Secrets 10 Day Diet sebagai contoh. Cari beberapa artikel yang anda rasa mampu memberi manfaat kepada pembaca. Kemudian anda olah semula artikel tu mengikut gaya penyampaian masing-masing. Tujuannya supaya ia menjadi artikel yang unik. Langkah ini juga memerlukan sedikit masa.

Cara lain untuk mendapatkan idea menulis artikel ialah dapatkan artikel yang ada lesen private label right (plr). Atau pergi kat laman wikipedia, ehow dan howtodothings.


Langkah 4: Mendapatkan trafik


Anda hantar artikel (yang dah ditulis di laman web 2.0 tadi) ke laman social bookmarking untuk menarik trafik. Antara social bookmarking yang berkesan adalah;

i. Propeller - www.propeller.com

ii. Digg - digg.com (Wajib ni)

iii. StumbleUpon - www.stumbleupon.com

iv. Reddit - www.reddit.com


Selain itu, cara menarik trafik adalah dengan menulis artikel submit ke artikel direktori. Anda boleh lihat senarai artikel direktori kat sini.


Nampaknya, kita terpaksa bersambung lagi. Saya ada hal sikit ni. Nanti saya akan sambung dengan langkah terakhir.
Read more »

Dec 5, 2008

5 Langkah Untuk Bermula Dengan Clickbank Pt. 2

[ Ini adalah kesinambungan kepada tulisan yang lepas => 5 langkah untuk bermula dengan clickbank. ]


Langkah 2: Mendapatkan pembeli


Menjual pada prospek yang berminat dengan produk digital yang anda promosikan adalah tindakan yang tepat. ;p

Okay, kita ambil contoh produk yang dah dipilih sebelum ni. Iaitu Master Cleanse Secrets 10 Day Diet.

Kerja anda sekarang ialah mencari keyword yang sering digunakan oleh pengguna internet. Ia juga mestilah berkaitan dengan produk tersebut.

Antara keyword yang berkaitan adalah fat loss, weight loss, diet dan seumpamanya. Dalam kes ni, kalau anda google 3 keyword tadi, anda akan dapat result yang terlalu banyak.

Result yang terlalu banyak hanya menyukarkan anda untuk bersaing dengan website/blog lain. Sebaik-baiknya cari result di bawah 500 000. Kalau tak dapat cari, sebagai permulaan carilah keyword yang mempunyai result di bawah 2 juta.


Dapat, tak?


Kalau masih keliru, harap anda study dan buat research pasal keyword ni perlahan-lahan.


Sebagai contoh, saya pilih keyword lemonade diet recipe. Kalau anda lihat, ada lebih kurang 300 000 result. Tak caye? Tengok kat bawah ni...

 
Result yang diperolehi kat sebelah kanan 


Tapi sebelum itu, saya gunakan keyword tool external untuk mencari keyword yang bersesuaian dan memang ada dicari oleh pengguna internet. ;p 


 
Keyword lemonade diet recipe dan keyword lain yang boleh dipakai


Antara tool lain yang sama fungsinya yang anda boleh pakai -



Nanti anda try sendiri, ok?

Langkah seterusnya anda cari lagi keyword yang hampir sama. Nak senang amik saje list keyword yang ada dalam rajah kat atas tu. Pilih dalam 5-10 keyword.

Aaaa... pastikan anda semak (taip) balik keyword yang lain kat google. Lihat hasilnya. Pilih yang resultnya kurang daripada 2 juta. Lagi kurang lagi bagus! (Proses ni makan masa skit)

Oleh sebab proses ni memakan masa, nanti kita sambung lagi......
Read more »

Dec 3, 2008

5 Langkah Untuk Bermula Dengan Clickbank

Sudahkah anda mula menjana pendapatan dengan affiliate clickbank? Ataupun baru nak godek-godek clickbank marketplace? Kepada yang belum ataupun masih newbie dengan clickbank, saya akan kongsikan 5 langkah untuk bermula dengan clickbank.

Sebelum tu, anda belum tahu apa itu clickbank marketplace?

Inilah rupanya Clickbak Marketplace


Terus terang saya katakan, saya pun masih belum mula dengan clickbank ni. Masih lagi dalam proses pembelajaran. Sebab itulah saya beli ebook panduan clickbank tulisan Mawardee. Menjadi affiliate clickbank adalah perancangan akan datang saya. ;p

Harap-harap berjaya hendaknya. Amin.

Selain panduan clickbank, banyak lagi rujukan yang sudah dan bakal saya baca. Kalau ada strategi yang bagus, saya akan tulis kat sini. Harap anda yang lebih berpengalaman pun dapat kongsi idea kat sini. ;D

Buat masa ni, saya share dulu langkah asas untuk bermula dengan clickbank.

Mari kita sama-sama belajar. Iaitu ada 5 perkara;

1. Memilih produk digital untuk dijual

2. Mencari pembeli yang berpotensi

3. Tempat untuk anda menjual

4. Menarik perhatian pembeli atau mendapatkan trafik

5. Lihat hasilnya dan lakukan penambahbaikan

Kalau tengok perkara kat atas nampak macam simple. Budak sekolah pun boleh buat,kan? Tapi ia bukanlah semudah yang kita sangka. Banyak lagi kerja yang perlu dibuat lepas ni.

Buat permulaan, saya huraikan langkah 1 dulu iaitu;


Langkah 1: Memilih produk


Jangan sesekali meremehkan langkah 1 ni. Tersilap pilih, boleh jatuh kredibiliti anda nanti.

Di mana anda nak pilih produk?

Tentulah di clickbank marketplace...

Sebelum tu, anda dah daftar di clickbank ke belum?

Kalau dah, tahniah! Anda dah maju setapak ke depan.

Belum lagi?? Anda boleh daftar sekarang atau bila-bila masa saja di ruangan sign up clickbank.

Anda akan lihat sebijik macam ruangan kat bawah ni.


Sign up sebagai affiliate clickbank


Okay, sekarang berbalik pada pemilihan produk. Salah satu strategi ialah pilih produk yang anda minat atau ada pengetahuan mengenai perkara tersebut.

Katakanlah anda minat mengenai penjagaan kesihatan. Pilihlah kategori Health & Fitness. Lepas tu, pilih juga sub-kategori. Dalam contoh ni, saya ambil sub-kategori Alternative. Kemudian pilih Sort by => High Gravity dan tekan butang Go!

Dapat tak? Kalau tak, ikut perlahan-lahan. Takkan lari gunung dikejar...;p

Saya tunjuk screenshot nyer kat bawah ni;


Langkah pemilihan produk

Haaah! Anda dah nampak kan senarai produk yang ada dalam spec yang anda nak kat atas tadi.

Sekarang, saya nak pilih produk yang no. 4 iaitu Master Cleanse Secrets 10 Day Diet (Rujuk #5).

Seterusnya, kita perlulah mencari pembeli berpotensi untuk mempromosikan produk yang dah kita pilih. Untuk bab ni, saya sambung kemudian saja. Harap anda dapat datang lagi ke sini.
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...