Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Dec 9, 2008

5 Langkah Untuk Bermula Dengan Clickbank Pt. 4

Kalau ikut perancangan asal, inilah langkah terakhir anda untuk bermula dengan clickbank. Tapi kalau ada sebarang update, saya akan buat post khas kelak. ;D


Langkah 5: Lihat hasilnya dan lakukan penambahbaikan


Menurut mentor saya, kalau anda dah buat 4 langkah terdahulu, anda dah mampu menuai hasilnya sekarang. Banyak atau sikit komisen yang anda terima bukanlah isu kat sini.

Sebaliknya, anda perlu melipatgandakan usaha agar matlamat untuk mendapat cek dari pihak clickbank tercapai!

Perkara yang perlu anda tahu sekarang adalah;

i. Berapa ramai yang melawat website anda.

ii. Berapa ramai yang klik link affiliate anda.

iii. Berapa ramai yang membeli melalui link affiliate anda.

Masalahnya, bagaimana caranya anda nak track 3 perkara kat atas tadi??

Mula-mula, anda gi kat laman squidoo. Jika belum daftar, sila daftar dulu. Kemudian Login. 


1.0 Login ke akaun squidoo anda


Kemudian, untuk mengetahui statistik trafik website anda (squidoo lens), klik pula pada My Stats. Rujuk gambar di bawah.


 
2.0 Tengok statistik anda


Jika anda baru mendaftar, kemungkinan besar anda cuma ada satu lens saja. Jika belum ada lens, anda perlulah cipta satu. Ikut saja arahan yang disuruh. Kalau saya jumpa panduan squidoo dalam hard disk ni, nanti saya kongsi dengan anda, ok. :p


Kalau ada lebih daripada 1 lens, anda klik dulu kay My Stats. Kemudian pilih lens yang dikehendaki. Lepas itu, barulah anda dapat tengok Summary, Traffic dan Royalties. Macam kat bawah ni.


 
3.0 Lihat statistik lens anda di sini


Baiklah, ini adalah cara untuk tracking lens anda. Iaitu di sini anda dah tahu berapa ramai yang dah melawat website(squidoo lens) anda. Maknanya langkah no i. kat atas dah selesai. ;p


--- Relaks jap. Tarik nafas dalam-dalam dulu, dan lepaskan perlahan-lahan.

Dah lega?? Meh kita sambung. ---


Sekarang saya terangkan cara mengetahui berapa ramai yang klik dan membeli melalui link affiliate anda. Iaitu langkah no ii dan iii.

Mula-mula, pergi dulu ke ruangan Login Clickbank. Kalau belum daftar, sila daftar dulu. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk membuka akaun. Saya buka satu akaun dummy khas untuk tutorial ni.;p

Screenshot ada kat bawah.


 
4.0 Login akaun clickbank


Anda akan dibawa ke paparan seperti di bawah. Klik pada "Reporting".


 
 5.0 Akaun clickbank


Kemudian anda akan dibawa ke satu paparan yang akan dibuka pada tetingkap lain. Klik pada Analytics.

 
6.0  Paparan lain selepas klik "Reporting"


Pada paparan ini, anda klik Analytics dan dibawa pula ke paparan di bawah.


7.0 Set tarikh promosi


Pada page ni, anda boleh set tarikh promosi yang dibuat melalui squidoo lens. Saya menganggap anda hanya mempromosi melalui laman web2.0 squidoo saja dulu.

Mungkin anda boleh promosi produk yang berlainan melalui laman hubpages.com dan weebly.com. Tujuannya untuk memudahkan anda mengesan cara mana yang memberikan pulangan terbaik.

Ok, selepas anda dah klik Go pada rajah 7.0, anda akan dibawa terus ke page di bawah. Tunggu ia loading beberapa saat. Harap dapat bersabar. :p


8.0 Keputusan hasil usaha promosi


Pada rajah 8.0, anda dapat lihat hasil usaha promosi yang telah dilakukan. Di mana;

a. # Hops menunjukkan berapa kali link affiliate anda telah diklik melalui squidoo lens.

b. # Sales menunjukkan hasil jualan yang telah berjaya anda lakukan.

Saya cuma nak ingatkan yang di atas ni hanya contoh semata-mata. Ia sekadar untuk pembelajaran bersama.

Sebab kat squidoo lens tu saya promosikan ebook panduan clickbank, bukannya produk affiliate kat clickbank marketplace. Harap anda tak keliru. ;-)


---Ok, saya nak relaks lagi sekali.

Kita minum dulu barang seteguk dua air suam---

Wookey...

Sekarang kalau usaha anda sebelum ni tak berhasil, ada baiknya anda buat penambahbaikan dan split testing.

Macamner tuh???

Ada beberapa trik yang boleh anda buat. Antaranya adalah;

i. Ubah sikit isi kandungan squidoo lens anda. Baca semula, dan perbaiki struktur ayat agar lebih menarik perhatian pembaca.

ii. Tukar posisi link affiliate anda. Sama ada di atas, tengah mahu pun di bawah. Lakukan try and error. Perhatikan posisi mana yang paling mendapat banyak klik dan pilih kedudukan link lebih menguntungkan.

iii. Kalau perlu, ubah tajuk kepada ayat yang lebih mengujakan prospek untuk klik.

iv. Gunakan ayat tindakan yang berbeza seperti - download now, secure your place, get it now, invest now dll.


Akhirnya, selesai juga 5 langkah untuk bermula dengan clickbank. Segala kekurangan harap anda dapat luahkan di bahagian komen.

Harap anda dapat teruskan usaha untuk sukses dengan clickbank!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...