Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Feb 27, 2009

Tips SEO: Jangan Buat 2 Teknik Ni!

Episod tips SEO kali ini masih lagi membincangkan hal on-page optimization. Cuma ianya lebih santai berbanding entri2 yang lepas. Hanya sekadar pesanan agar anda tak terlalu ghairah dalam melakukan proses on-page optimization. Jangan terlalu "excited", sebab ada sesetengah tindakan anda mungkin memakan diri. Kesannya, blog anda akan dikenakan penalti atau di"banned" oleh google.


Antara teknik yang patut anda elakkan dan jangan memandai-mandai nak buat seperti berikut;



1. Keyword Stuffing


Saya kurang arif tentang istilah sebenarnya dalam BM. Tapi saya akan beritahu konsep dia kat sini.

Apa yang perlu anda buat; tidak mengulangi keyword yang sama maksud melebihi 3 kali. Sama ada pada meta tag atau pun isi kandungan blog.

Saya tunjukkan sikit kat sini dengan mengambil contoh pada meta tag. Rujuk entri lepas di sini. Sila buka dalam "new window" atau "new tab" (klik kanan tetikus anda tu) supaya lebih mudah faham. :)

Skrol sampai ke bawah dan rujuk gambar terakhir. Saya ada tunjukkan contoh meta descriptions dan meta keywords. Perhatikan pada meta keywords (yang bawah tu).


Apa yang saya tulis kat situ? - "kad jemputan kahwin, perkahwinan, tempahan, software kad kahwin". Itu sajer, kan. :D

Kalau yang dikatakan keyword stuffing tu lebih kurang macam ni - "kad jemputan kahwin, kad jemputan perkahwinan, kad jemputan murah, kad jemputan tebal, tempahan kad kahwin, software kad kahwin, buat kad kahwin, design kad kahwin"


Kalau anda perhatikan di atas, keyword kad jemputan dan kad kahwin tu banyak kali saya ulang. Dalam 4 kali. Dah kira banyak tu. Pastikan anda semua tak buat macam tu.

Dalam isi kandungan entri blog/website anda pun sama. Jangan terlampau banyak sangat mengulang keyword anda. Ikut saje garis panduan yang dah saya berikan dalam keyword density :D



2. Keyword Hiding


Maksudnya anda menyembunyikan keyword. Anda letak warna keyword pada entri sama dengan warna latarbelakang sesuatu blog atau website.

Contohnya, blog panduan clickbank ni background dia warna putih dan tulisannya berwarna kelabu.

Kalau saya buat keyword hiding, maksudnya tulisan pada entri ni saya letak warna putih. Sama dengan warna background blog. Jadi, anda takkan nampak sebarang tulisanlah. Hanya warna putih semata-mata. Kalau ada pun, hanya tulisan yang bukan keyword lah.

Biasanye, orang buat keyword hiding ni untuk mengaburi spider(bot) enjin carian. Konon-kononnya nakkan ranking SERP yang tinggi la tu. Tapi mereka tak tahu yang spider tu lebih bijak. Dapat mengesan apa yang mereka dah buat. Akibatnya mereka yang kene penalti. Ayoyo... padan muka diorang. Wakaka...

Jadi, kalau anda nak selamat, jangan amalkan ilmu hitam keyword hiding ni. :D


Rasanye cukuplah saya bagi dulu 2 teknik yang perlu anda elakkan. Selebihnya saya akan berikan pada entri akan datang. Kita jumpa lagi kemudian. :D
Read more »

Feb 19, 2009

Tips SEO: Tutorial Fail Sitemap

Tips SEO seterusnya berkenaan fail sitemap. Masih lagi dalam bahagian on-page optimization. Menghantar fail sitemap (sitemap file) akan memudahkan enjin carian menjumpai setiap mukasurat pada blog atau website anda. Maknanya anda maklumkan kat enjin carian tentang keseluruhan struktur blog anda. Kemudian spider(bot) akan singgah ke blog anda dan mengesan apa yang patut di situ. Lebih kurang begitulah konsepnye.

Di sini saya nak sediakan satu tutorial menghantar fail sitemap untuk anda. Khusus untuk blog platform blogger melalui Google Webmaster Tools. Sebab google adalah tempat terbaik dan percuma untuk bermula kalau anda nak buat sitemap. :D


Kelengkapan asas yang perlu anda miliki adalah;

a. Akaun email google (usernameanda@gmail.com).

b. Blog platform blogger (http://TajukBlogAnda.blogspot.com).


Bila dah ada 2 bende di atas, sekarang anda login akaun blog anda. Kemudian, sila ikuti langkah-langkah berikut.




1. Memula, sila login dulu ke akaun blogger anda.

2. Di bahagian "dashboard", klik pada "layout".





3. Bila dah sampai kat "page" di atas, klik "Edit HTML".

4. Anda akan nampak halaman di bawah.





5. Tick pada kotak kecil di sebelah "Expand Widget Template" supaya memudahkan anda nak cari kod yang diperlukan. Anda kene memasukkan beberapa kod html di bahagian google webmaster tools. Kita akan ke sana lepas ni.


Biarkan akaun blogger anda sebentar. Kita nak ke bahagian google webmaster tools untuk meneruskan proses menghantar fail sitemap. :D


6. Sekarang ni, anda mesti klik pada google webmaster tools untuk meneruskan proses ini. Login dengan menggunakan akaun email gmail anda spt imej di bawah.




7. Setelah login, anda akan terus dibawa ke page di bawah. Masukkan url blog anda dan klik "Add Site".




8. Page berikutnya anda bakal mendapati "Verification status: NOT VERIFIED". Rujuk imej di bawah.

Apa yang perlu anda buat - pilih "Add a meta tag"; masukkan kod yang panjang tu pada tempat yang disuruh (bahagian blogger kat "Edit HTML"); dan klik "Verify".





9. Kemudian anda akan dibawa pula ke page di bawah. Klik perkataan "Verify your site".




10. Jika sukses, anda akan nampak page di bawah.




11. Oppsss, nanti dulu. Kita belum habis lagi. Klik pada "Sitemaps" di bahagian menu pada sebelah kiri anda. Isikan extension blog anda pada ruang kosong dengan rss.xml dan tekan "Submit Sitemap".

Kalau tak boleh, cuba letak extesion atom.xml pada ruang kosong tu. Kemudian, klik semula "Submit Sitemap".




12. Jika langkah-langkah yang anda lakukan tu betul, anda akan menjumpai page di bawah.




Nah! Barulah settle proses menghantar fail sitemap blog anda. Dalam beberapa jam kemudian, anda boleh login semula akaun google webmaster tools dan semak sebarang update.





Sila klik pada url blog anda tu untuk dibawa ke halaman lain. Anda boleh tengok sama ada terdapat sebarang error, statistik, apa yang googlebot cari dan banyak lagi. Nanti anda boleh explore sendiri bila-bila masa saje.


Ingin saya tekankan proses ni tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana, setiap googlebot hanya mempunyai masa yang amat singkat untuk melawati blog atau website anda. Sebab sekarang ni terdapat berjuta-juta website atau blog yang perlu googlebot lawati!


Kalau tak ditunjukkan jalan, berkemungkinan besar googlebot tak sempat nak memahami struktur blog atau website anda. Anda juga yang rugi nanti. :(
Read more »

Feb 14, 2009

ULASAN LENGKAP RAHSIA CLICKBANK

Kemunculan produk informasi di Malaysia bagai cendawan tumbuh selepas hujan sejak akhir-akhir ni. Terbaru, 2 usahawan internet tempatan; Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan telah bergabung tenaga menyiapkan Rahsia Clickbank. Sebelum buat ulasan lengkap mengenainya, eloklah saya perkenalkan dulu latarbelakang penulisnya.

penulis rahsia clickbank - mesti ada yang penah tengok Zamri kat TV1

Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan merupakan antara individu terawal di Malaysia yang terlibat secara serius dalam bidang pemasaran internet. Sejak tahun 2003 lagi. Gobala pakar dalam bidang pemasaran affiliate, manakala Zamri dengan bisnes internet mlm. Selain itu, mereka juga adalah penulis buku yang masing-masing bertajuk The New Millionaires dan Rahsia Bisnes MLM di Internet.

Dah kenal serba sikit tentang penulis, kini masanya telah tiba untuk mengupas keseluruhan kandungan produk pula. Produk ini dinamakan "Rahsia Clickbank". Konsepnye adalah bisnes pasang siap. Maksudnya lebih kurang 80% (+-) kerja telah disiapkan untuk anda.

Selebihnya adalah tugas anda. Anda perlu beli nama domain, tukar dan sembunyikan hoplink (affiliate link clickbank) anda dan upload web ke server serta membuat promosi untuk mendapat jualan!

gambar front-cover bisnes pasang siap rahsia clickbank


Kalau anda masih baru dan tak reti nak buat kerja-kerja akhir, sila hubungi mereka menerusi link yang diberikan pada download page. Tapi anda akan dikenakan caj tambahanlah. Harga yang dikenakan bermula dari USD10. Bergantung kepada jenis perkhidmatan yang anda perlukan.

Bagi menjimatkan kos, anda boleh gunakan ruangan forum untuk bertanya. Mesti ada rakan-rakan yang sudi jawab masalah anda. Bila dah faham, boleh buat sendiri semua kerja akhir tu. :D

Menjimatkan kos? Ya, sebab harga bisnes pasang siap rahsia clickbank ni RM240. Bukan semua orang mampu beli dalam masa terdekat ni. Inilah kekurangannya. Anda terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkan rahsia clickbank. Saya kurang pasti sampai bila harga ni dikekalkan. Kemungkinan ia akan dinaikkan atau jualannya ditutup selama-lamanya. Tak beranilah nak cakap.

Saya hanya boleh kata, kalau anda betul2 serius dan komited nak cari duit internet dengan menyertai affiliate clickbank, membeli produk ini adalah jalan pintas untuk bermula.


Sebaliknya, kalau anda menjadikan duit sebagai halangan, saya faham. Produk ini mungkin kurang sesuai. Anda memang perlukan masa yang panjang sikit untuk mula membuat jualan seterusnya mendapat cek komisen affiliate clickbank.


Anda tahu tak mengapa produk ini dijual pada harga yang tinggi?

Seperti yang saya maklumkan tadi, sebahagian kerja pemasaran dah siap untuk anda gunakan. Tak perlu fikir soal hati, erp.. tersyasul nak cari niche menguntungkan, memilih produk terbaik, melakukan analisa dan kajian, menulis ulasan produk, ambil screenshort laman web dan bla...bla...bla...

Malah anda turut diberi 15 rekabentuk laman web bisnes pasang siap clickbank. Saya tunjukkan salah satu daripadanya;

salah satu contoh web bisnes rahsia clickbank


Ringkasnya, kerja-kerja yang rumit, leceh dan kritikal dah dibereskan awal-awal lagi. Anda cuma menggunakan seperti yang disarankan saje.

Satu tugas rutin yang perlu anda buat (spt disebut awal tadi) ialah melakukan promosi secara konsisten dan berterusan.

Nak mudah lagi proses mempromosi? Ada diberikan sekali 5 software khas yang boleh dipasang (install) terus pada komputer anda. Nama kelima-lima software khas buat pembeli tu adalah;

software affiliate warrior


software blog warrior


software forum warrior


software keyword warrior


software directory warrior


Semua software di atas mudah untuk anda gunapakai. Caranya ada diterangkan dalam rahsia clickbank. Ia sebenarnya lebih memudahkan kerja dan masa anda.

Begitulah antara kelebihan memiliki rahsia clickbank yang dapat saya gambarkan dalam ruangan yang terhad ni.


Dari segi keunikannya pula, saya tertarik dengan perkongsian pengalaman penulis ketika menunaikan cek clickbank ke bank Malaysia. Tapi sekarang beliau hanya menggunakan wire transfer.

Nak tahu bank mana paling senang dan yang mana pula merugikan anda? Mengapa dan bagaimana caranya? Jawapannya tentu sekali boleh dijumpai dalam "Rahsia Clickbank".


Begitulah berakhirnya ulasan rahsia clickbank yang dapat saya luahkan pada anda. Keputusan akhir masih terletak di hujung jari anda. Fikirkan keperluan semasa dan matlamat asal anda. Jika fokus anda ialah nak cari duit dengan affiliate clickbank, membeli produk ini hanyalah sebagai salah satu usaha. Tiada sebarang jaminan untuk berjaya melainkan anda sendiri yang merealisasikannya!http://www.blogger.com/img/blank.gif


Sebelum berpisah, ini dia link untuk anda => beli rahsia clickbank dan berjanji akan mempraktikkannya!


p.s: Beli mahal-mahal ni ada gerenti ke tak?! Sudah tentu ada jaminan iaitu dalam masa 30 hari. Jika anda tak puashati dengan produk ini, jangan segan untuk menghubungi mereka dan minta wang anda dikembalikan.

p.p.s: Semua gambar adalah hakcipta terpelihara dan hakmilik rahsia clickbank.

[update] - Semua pautan telah ditukarkan ke laman teknik clickbank kerana jualan rahsia clickbank telah ditutup. Harap maklum
Read more »

Feb 13, 2009

Tips SEO: On-page Optimization 4

Sudahkah anda memahami tips seo berkaitan penstrukturan keyword blog dan landing page pada entri lepas? Andainya belum, anda boleh baca pada bila-bila masa saje di sini. Bagi yang dah clear, teruskan bersama saya dalam siri on-page optimization bahagian ke-4.

Bagi menyokong proses penstrukturan blog, anda mesti mengukuhkan teknik tersebut dengan beberapa perkara. Antaranya keyword density, highlight keyword, anchor text link dan meletakkan alt text. Saya akan bincangkannya dengan anda semua sebentar saje lagi. :D



#1 Keyword density

Dalam BM, ia disebut kepadatan kata kunci. Atau dalam istilah kejuruteraan ia dipanggil ketumpatan kata kunci. Tak kisahlah tu. Saya cuma nak anda faham konsepnya betul-betul.

Nilai keyword density yang terbaik sekitar 3% - 5%. Ada sebahagian pakar yang kata 5% - 7%. Sukar untuk menentukan nilai yang betul-betul tepat. Jangan melebihi 10% sudah. Sebab enjin carian akan menganggap blog anda sebagai spam. Lebih buruk lagi, ranking SERP blog terus jatuh.

Katakan artikel atau entri blog anda mengandungi 500 patah perkataan. Keyword yang dipilih adalah clickbank. Kalau keyword density 3%, maknanya artikel anda perlu mengandungi perkataan "clickbank" sebanyak 15 patah. Atau dalam kata lainnya, ada perkataan "clickbank" yang berulang sebanyak 15 kali.

Ingat ya, keyword yang dikira adalah satu perkataan saje. Iaitu "clickbank". Bukannya long tail keyword seperti "ulasan ebook panduan clickbank". Itulah konsep yang perlu anda fahami untuk keyword density.



#2 Highlight keyword

Highlight keyword ni mudah saje. Anda perlu "bold", "italic" dan "underlined" untuk menekankan sesuatu keyword.

Tetapi highlight keyword ni bertempat. Iaitu di tempat yang pertama sekali anda meletakkan keyword tersebut.

Berbeza dengan keyword density, highlight keyword ni perlu dilakukan untuk keseluruhan long tail keyword. Bukannya keyword tunggal.

Awas! Anda cuma perlu highlight sekali saje untuk setiap keyword. Jangan over-do. Saya pernah over-do sebelum ni, lepas ni tak naklah ulang kesilapan sama.



#3 Anchor text link

Saya petik sikit mengenai anchor text link daripada wikipedia,

Anchor text usually gives the user relevant descriptive or contextual information about the content of the link's destination. The anchor text may or may not be related to the actual text of the URL of the link.


Satu contoh untuk menerangkan penyataan di atas;

anchor text link ulasan ebook panduan clickbank

Tulisan biru tu merupakan link blog saya dan tulisan merah pula anchor text link yang saya gunakan. Saya gunakan keyword pada anchor text tu. Bila saya masukkan kod anchor text link di atas, ia akan jadi begini => ulasan ebook panduan clickbank

Bila anda klik anchor text link tu, ia akan membawa anda terus ke halaman utama blog ini. Anchor text link ni menghubungkan antara satu page dengan page yang lain. Dalam aspek lain, saya memberitahu bahawa halaman utama saya adalah penting di mata enjin carian!

Seperkara lagi, gunakan keyword yang berlainan bila anda masukkan anchor text link pada masa yang lain. Pelbagaikan keyword anda. Biarkan ianya nampak neutral.

Teknik anchor text link ni boleh dibuat untuk off-page optimization juga. Bab tu kita bincangkan kemudian.

Tips: Gantikan tulisan biru tu dengan link affiliate clickbank anda. Lepas itu, masukkan keyword produk affiliate clickbank anda pada ruangan tulisan merah. Jangan lupa masukkan anchor text link pada entri blog atau landing page anda!


#4 Meletakkan alt text dalam imej

Menyelitkan gambar dalam entri blog anda mampu menarik lebih ramai pembaca. Malangnya, enjin carian tak dapat nak baca sebarang bentuk imej atau gambar. Hanya text yang akan dikesan.

Inilah fungsi alt text. Letakkan di bahagian imej dengan menambah kod seperti berikut.

penerangan anchor text link


Mula-mula, anda daftarkan diri kat photobucket.com dan upload imej kat situ. Lepas itu barulah anda boleh buat teknik on-page optimization ni. :D

Dekat akaun photobucket anda, copy "direct link" imej yang nak letak kat dalam blog. Merujuk imej di atas, direct link adalah tulisan biru. Lepas tu, tambahkan kod yang berwarna hitam seperti di atas. Akhir sekali, masukkan keyword anda pada ruangan tulisan merah.



Begitulah tips tambahan bagi anda yang ingin belajar seo. Saya dah cuba huraikan apa yang terdaya. Segala kekurangan atau apa saje yang ingin anda kongsi, sila gunakan ruang comment. Tapi episod seo ni belum berakhir lagi. Ada lagi sequel bakal menemui anda!
Read more »

Feb 11, 2009

Tips SEO: On-page Optimization 3

Tips SEO bahagian on-page optimization seterusnya ialah penstrukturan terhadap blog atau website. Merancang proses ni dengan baik mampu meningkatkan kedudukan (SERP) blog anda. SERP tu singkatan kepada "search engine results page".

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan anda, bila saya sebut website ia juga merujuk kepada landing page atau squeeze page. Nak sebut semua, macam panjang sangat. Tak mesra pembaca la plak. :D

Tips :Ini kerana top affiliate sering menggunakan landing page sebagai medium mempromosi produk clickbank selain blog. Conversion rate landing page lebih tinggi!


Ada beberapa tempat yang perlu ditekankan dalam proses penstrukturan ini. Saya senaraikannya satu persatu bagi memudahkan pemahaman anda.


1. Letakkan kata kunci pada navigation bar.

Cuba anda tengok navigation bar (menu bar) kat atas blog panduan clickbank ni. Perhatikan bahagian menu "home" tu. Saya ada letakkan sekali keyword kat situ.

Kalau anda perasan, sebelum ni saya pun tak memasukkan sebarang keyword kat situ. Mentor saya yang menasihatkan agar ianya diletakkan. Jadi saya ikutlah nasihat pakar. :D

Penyelesaiannya, anda carilah template yang ada menu bar. Terdapat banyak template menarik di btemplates.com. Preview dulu dan download terus kalau dah berpuashati.

Melainkan anda mahir dengan kod html, boleh ubahsuai sendiri mengikut skill dan citarasa yang diingini.


2. Masukkan kata kunci pada tajuk atau heading

Untuk blog, masukkan satu atau 2 keyword dalam tajuk entri. Tapi jangan lebih-lebih, nanti boleh membawa padah. Silap haribulan, enjin carian kenakan penalti kat blog anda.

Heading biasanya digunakan untuk landing page. Selitkan keyword anda kat situ. Pastikan ayat kat heading tu lebih kepada penyelesaian masalah. Jika kena target market anda, pasti jumlah jualan meningkat!


3. Kata kunci pada perenggan pertama

Setiap kali anda menulis artikel dalam blog, pastikan keyword anda berada pada ayat pertama dalam perenggan pertama. Kalau letak di permulaan ayat lagi baik. Landing page pun sama gak.

Saya suruh buat macam tu sebab spider bot mula membaca kandungan blog dan segala jenis website dari bahagian atas sebelah kiri (left hand side) anda.

Itulah sebabnya anda perlu memastikan yang spider bot menjumpai keyword anda seawal yang mungkin.


4. Kata kunci pada footer

Bahagian yang paling bawah sekali iaitu footer jangan sesekali diabaikan. Ia tetap memberi kesan terhadap on-page optimization.

Selalunya, kalau anda beli atau upah orang lain membuat sesuatu template, minta mereka masukkan keyword anda pada bahagian footer.

Kalau template percuma, biasanya anda disuruh mengekalkan url pereka asal sesebuah template. Ianya sebagai tanda penghargaan dan backlink atas penat lelah pencipta dan pengubahsuai template tersebut.

Tetapi anda boleh hubungi mereka untuk berunding tentang membuang url asal dan gantikannya dengan keyword anda. Anda mungkin akan diminta membayar sejumlah amaun sebagai balasan.

Cubalah nego secara bijaksana dan dapatkan harga yang memuaskan kedua-dua belah pihak.


Siri ke-3 on-page optimization ni terpaksa saya hold dulu. Saya sambung kemudian. Pada anda yang benar-benar nak belajar seo, harap dapat singgah selalu ke sini. Saya akan share ilmu seo yang tak seberapa ni dengan anda semua sebagai tanda terima kasih yang tak terhingga.
Read more »

Feb 9, 2009

Tips SEO: On-page Optimization 2

Tips seo bahagian on-page optimization yang bakal diterangkan lebih tertumpu kepada penggunaan blog platform blogger. Seperti blog panduan clickbank ni. Kalau anda guna blog wordpress, dah tak perlu lakukan step ini sebab ada plugin tertentu yang boleh di"install".

On-page optimization yang dimaksudkan di atas adalah meta tag. Optimasi terhadap meta tag merangkumi meta title, meta keywords dan meta description. Meta title dan description amat penting dan semua enjin carian menggunakannya.

Manakala meta keywords pun penting, cuma enjin carian google saja yang tak menggunakannya. Sebaliknya, enjin carian lain seperti yahoo dan msn tetap mengambilkira kewujudannya.

Meta tag penting kerana crawler (spider atau bot) enjin carian (SE) pertama sekali akan melihat pada kod programming ini. Mengoptimumkan meta tag dengan baik mampu memberikan anda kelebihan apabila pengguna internet mencari keywords atau maklumat yang mereka kehendaki.


1. Meta title tag

Secara default, tajuk blog anda yang akan muncul pada SE. Bukannya tajuk untuk setiap entri. Perbezaan antara tajuk blog dan tajuk entri lebih kurang cenggini. Saya ambil contoh yang ada kat blog panduan clickbank. Mudah skit nak paham.

Tajuk blog - Panduan Clickbank | Cari Duit Dengan Affiliate Clickbank

Tajuk entri - Tips SEO: On-page Optimization

Untuk memastikan blog anda mesra seo, edit sikit pada bahagian kod programming (html) untuk memastikan setiap entri anda diindex oleh SE.

Hakikatnya, title tag ni menerangkan tentang kandungan website anda. Kandungan blog anda biasanya menceritakan pelbagai topik. Tak seperti squeeze page atau landing page yang hanya ada 1-5 page saje.

Jika anda gunakan tajuk blog, maksudnya ia terlalu umum. Kita nak target kepada pengguna yang lebih spesifik. Supaya setiap kandungan blog anda mampu bersaing pada kedudukan terbaik dan menguntungkan anda. Hasilnya nanti, lebih banyak page blog anda yang dijumpai (diindex) di SE. Yeahh!


Oleh itu, ikuti cara mudah di bawah ini.


1.1 Pada akaun blogger anda, klik pada "layout".

1.2 Pada halaman "layout", pilih "edit html".




1.3 Bila anda berada kat page di bawah,




klik "Ctrl + F", isi kod di bawah pada kotak kosong yang disediakan.



Atau cari saje secara manual pada page "Edit HTML". Ianya terletak kat bahagian atas.

1.4 Highlight kod tu, dan gantikan dengan kod di bawah pula,



1.5 Klik "Save Template" untuk simpan perubahan yang anda dah lakukan. Siap!


Tips - Anda boleh masukkan lebih daripada 1 keyword pada title tag, tapi pastikan ia tak melebihi 65 huruf.


2. Meta description tag

Fungsi meta description di mata SE adalah menggambarkan keseluruhan isi kandungan (content) blog atau website anda. Ia haruslah ringkas dan padat tetapi menarik. Masukkan sekali keyword utama anda pada awal description.

Description yang menarik akan membuatkan pengguna internet lebih cenderung untuk klik dan seterusnya melawat blog (website anda)!

Anda pasti akan lebih beruntung kalau mereka membeli apa yang anda jual atau promo! :D


3. Meta keyword tag

Masukkan keyword utama anda dan 4 keyword tambahan pada ruangan ini. Jangan ulangi 3 kata kunci yang sama.

Contoh keyword yang dah kita bincangkan adalah kad jemputan kahwin, kad kahwin, software kad kahwin, tempahan kad kahwin dan kad jemputan perkahwinan.

Nanti saya tunjukkan contoh meletakkan dan penggunaan meta description dan meta keyword sekali di bawah.

Caranya lebih mudah dan hampir sama dengan meta title tag. Tak perlu menukar sebarang kod html lagi. Cuma perlu tambah saje. :D


Ikut step 1.1 dan 1.2 di atas. Berikutnya, anda ikuti langkah dalam rajah di bawah;




Apa yang perlu diubah adalah tulisan berwarna merah. Gantikan dengan description dan keywords anda.


Sebagai contoh;




Setelah berpuashati, klik "Save Template" dan siap!



Wokei! Tips seo untuk meta tag dah settle. Saya akan teruskan pembelajaran on-page optimization dalam masa terdekat.

Sementara menanti entri terbaru, silakan melawat entri terdahulu yang mungkin anda terlepas pandang. :)
Read more »

Feb 6, 2009

Tips SEO: On-page Optimization

Bila dah menemui keyword yang menguntungkan, carilah 4 keyword yang berlainan tetapi mempunyai maksud yang hampir sama. Sebelum ini, saya pilih kad jemputan kahwin sebagai keyword utama. Cuba variasikan keyword tersebut.

Tujuan kita cari 4 keyword lain adalah untuk mengoptimasikan website atau blog kita. Maknanya, peluang website kita dijumpai oleh pengguna lebih tinggi. Nampak tak kepentingannya kat situ?

Caranya sama seperti sebelum ini. Gunakan keyword tool external untuk melihat permintaan terhadapnya. Permintaan di sini maksudnya berapa banyak carian yang dilakukan terhadap keyword tersebut.


Kemudian, tengok berapa banyak persaingan untuk setiap keyword. Gunakan google untuk tengok jumlah persaingan anda. Buat proses ini dengan teliti. Sebab peringkat ini amat kritikal. Ia secara tak langsung boleh menentukan pendapatan kita. Kalau anda buat sambil lewa, rugi plak nanti.

Untuk menentukan kedudukan di enjin carian, anda perlu gunakan satu formula keyword effectiveness index (KEI). KEI ni diperkenalkan oleh Sumantra Roy (salah seorang pakar seo).



Sekarang, saya tunjukkan satu contoh menggunakan formula KEI. Saya pilih keyword utama kita; kad jemputan kahwin.


Jumlah carian kad jemputan kahwin



Persaingan kad jemputan kahwin


Hasilnya, KEI yang diperolehi seperti berikut.



Untuk nilai KEI, takde sebarang julat yang ditetapkan. Ia bergantung kepada senarai kata kunci yang anda pilih. Pilihlah 4 kata kunci yang mempunyai nilai KEI tertinggi selain keyword utama.


Kesimpulannya, selain keyword utama, anda boleh pilih 4 keyword sampingan. Selepas mengira KEI nyer, berikut adalah keyword pilihan.

"kad kahwin"

"tempahan kad kahwin"

"software kad kahwin"

"kad jemputan perkahwinan"


Sampai tahap ini, proses mencari keyword yang sesuai dan menguntungkan boleh dikatakan hampir sempurna. Tugas on-page optimization selanjutnya adalah nama domain, title tag, meta tag, heading tag, keyword density, highlighting keyword dan anchor text link.

Walaupun on-page optimization hanya mempengaruhi kedudukan enjin carian sebanyak 10%, ia tetap penting. Ia adalah asas untuk mengukuhkan kedudukan blog atau landing page anda di enjin carian.



Saya mulakan dengan nama domain atau nama blog anda. Kalau anda guna platform blogger, namakan blog anda dengan;

kad-jemputan-kahwin.blogspot.com



Sebaliknya, untuk domain berbayar, anda boleh pilih;

kadjemputankahwin.com



Pemilihan nama blog dan domain ni perlulah ada kaitan dengan niche atau produk yang anda promosikan. Secara tak langsung, pengunjung akan rasa lebih yakin dan selesa dengan anda.

Ada sesetengah pakar seo menyarankan meletakkan nama tempat anda sekali pada nama domain. Ini bagi mengkhususkan lagi target market anda. Katakan anda tinggal di Kajang, Selangor. Boleh namakan blog atau website anda sebagai;

"kad-kahwin-kajang.blogspot.com"

"kajang-specialist-kad-kahwin.blogspot.com"

"kadkahwinkajang.com"

"kajangspecialistkadkahwin.com"

Untuk menarik perhatian, pilihlah nama yang "catchy" serta mampu menarik perhatian pengunjung. Anda perlukan masa untuk mendapatkan idea ni. Sebab idea takkan datang selalu. Tapi hasilnya pasti berbaloi kelak.

Untuk tips seo on-page optimization seterusnya, saya akan sambung kemudian. Moga anda terhibur dengan entri ini.
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...