Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Showing posts with label kad kahwin. Show all posts
Showing posts with label kad kahwin. Show all posts

Feb 27, 2009

Tips SEO: Jangan Buat 2 Teknik Ni!

Episod tips SEO kali ini masih lagi membincangkan hal on-page optimization. Cuma ianya lebih santai berbanding entri2 yang lepas. Hanya sekadar pesanan agar anda tak terlalu ghairah dalam melakukan proses on-page optimization. Jangan terlalu "excited", sebab ada sesetengah tindakan anda mungkin memakan diri. Kesannya, blog anda akan dikenakan penalti atau di"banned" oleh google.


Antara teknik yang patut anda elakkan dan jangan memandai-mandai nak buat seperti berikut;



1. Keyword Stuffing


Saya kurang arif tentang istilah sebenarnya dalam BM. Tapi saya akan beritahu konsep dia kat sini.

Apa yang perlu anda buat; tidak mengulangi keyword yang sama maksud melebihi 3 kali. Sama ada pada meta tag atau pun isi kandungan blog.

Saya tunjukkan sikit kat sini dengan mengambil contoh pada meta tag. Rujuk entri lepas di sini. Sila buka dalam "new window" atau "new tab" (klik kanan tetikus anda tu) supaya lebih mudah faham. :)

Skrol sampai ke bawah dan rujuk gambar terakhir. Saya ada tunjukkan contoh meta descriptions dan meta keywords. Perhatikan pada meta keywords (yang bawah tu).


Apa yang saya tulis kat situ? - "kad jemputan kahwin, perkahwinan, tempahan, software kad kahwin". Itu sajer, kan. :D

Kalau yang dikatakan keyword stuffing tu lebih kurang macam ni - "kad jemputan kahwin, kad jemputan perkahwinan, kad jemputan murah, kad jemputan tebal, tempahan kad kahwin, software kad kahwin, buat kad kahwin, design kad kahwin"


Kalau anda perhatikan di atas, keyword kad jemputan dan kad kahwin tu banyak kali saya ulang. Dalam 4 kali. Dah kira banyak tu. Pastikan anda semua tak buat macam tu.

Dalam isi kandungan entri blog/website anda pun sama. Jangan terlampau banyak sangat mengulang keyword anda. Ikut saje garis panduan yang dah saya berikan dalam keyword density :D



2. Keyword Hiding


Maksudnya anda menyembunyikan keyword. Anda letak warna keyword pada entri sama dengan warna latarbelakang sesuatu blog atau website.

Contohnya, blog panduan clickbank ni background dia warna putih dan tulisannya berwarna kelabu.

Kalau saya buat keyword hiding, maksudnya tulisan pada entri ni saya letak warna putih. Sama dengan warna background blog. Jadi, anda takkan nampak sebarang tulisanlah. Hanya warna putih semata-mata. Kalau ada pun, hanya tulisan yang bukan keyword lah.

Biasanye, orang buat keyword hiding ni untuk mengaburi spider(bot) enjin carian. Konon-kononnya nakkan ranking SERP yang tinggi la tu. Tapi mereka tak tahu yang spider tu lebih bijak. Dapat mengesan apa yang mereka dah buat. Akibatnya mereka yang kene penalti. Ayoyo... padan muka diorang. Wakaka...

Jadi, kalau anda nak selamat, jangan amalkan ilmu hitam keyword hiding ni. :D


Rasanye cukuplah saya bagi dulu 2 teknik yang perlu anda elakkan. Selebihnya saya akan berikan pada entri akan datang. Kita jumpa lagi kemudian. :D
Read more »

Jan 23, 2009

Menarik Trafik Berkualiti Dengan SEO Pt.4

Dalam entri lepas, saya memilih untuk taipkan keyword "kad kahwin". Hasilnya, anda akan nampak senarai keyword yang mempunyai permintaan. Izinkan saya senarai beberapa keyword tersebut di bawah bagi memudahkan rujukan anda.


"kad kahwin"

"kad kahwin murah"

"kad perkahwinan"

"kad jemputan kahwin"

"koleksi kad kahwin"

"kad kahwin melayu"

"contoh kad kahwin"

"design kad kahwin"

"kad kahwin online"

"tempahan kad kahwin"

"kad undangan kahwin"

"contoh kad jemputan kahwin"

"tempah kad kahwin"



Sebelum anda pilih mana-mana keyword di atas, ingat tak yang saya ada memberi penekanan pasal keyword yang menguntungkan?!

Ya, betul! Anda mesti memilih keyword yang membolehkan anda mendapat duit. Dengan menggunakan keyword tu, anda boleh mendapatkan komisen berkaitan sesuatu produk yang akan anda promosikan.


Agak-agaknya, daripada 13 keyword di atas yang mana agaknya boleh memberikan keuntungan kepada anda? Cubalah saudara-saudari teka. :)

Kalau diikutkan pada pemintaan, dah tentulah keyword kad kahwin, kad perkahwinan, dan kad jemputan kahwin yang menjadi pilihan. Sebab anggaran purata cariannya dalam sebulan adalah beribu-ribu lemon!

Sekarang, anda jangan lupa untuk melihat berapa banyak persaingan yang wujud bagi 3 keyword di atas. Meh kita rujuk rajah di bawah.



Jumlah persaingan bagi keyword kad kahwin




Jumlah persaingan bagi keyword kad perkahwinan




Jumlah persaingan bagi keyword kad jemputan kahwin



Hasil daripada menganalisa keputusan di atas, keyword kad jemputan kahwin mempunyai persaingan yang paling sikit. Anda cuma perlu bersaing dengan 26,300 website atau webpage saja. Ini sudah bagus!


Tapi, adakah dengan mengoptimasikan keyword kad jemputan kahwin pada laman sesawang anda boleh memberikan sebarang keuntungan?

Bagaimana cara untuk anda mengetahuinya??

Senang saja. Cuba anda taip affiliate + "kad jemputan kahwin". Takpun taip aje "kad jemputan kahwin" + affiliate. Dua-dua cara pun boleh.

Ada tak mana-mana pihak yang menawarkan program affiliate. Cari pada keputusan yang terpapar pada 10 hingga 20 kedudukan teratas. Setelah meneliti, saya menjumpai 2 program affiliate yang boleh anda sertai.

Pertama, easykadkahwin dan keduanya maskahwin yang hilang. Lihat pada kedudukan ke-9 dan 10 di bawah.





Kemudiannya, adakah kedua-dua webjualan tersebut mempunyai conversion rate yang tinggi? Kalau ia tak mempunyai conversion rate yang tinggi, sia-sia lah usaha promosi anda. Susah nak menghasilkan sebarang jualan kelak!

Hah! Bab ni saya tak dapat nak cerita la. Sebab rahsianya dah ada dibincangkan dalam panduan clickbank! Anda boleh mendalaminya di situ.



Sekarang, berbalik pada keyword yang menguntungkan. Tak habis criter lagi. Menurut mentor saya, keyword yang menguntungkan ni biasanya mengandungi perkataan tertentu. Contohnya perkataan yang menyuruh anda bertindak ataupun ulasan terhadap sesuatu produk seperti;


"ulasan produk easy kad kahwin"

"ulasan ebook maskahwin yang hilang"

"download produk easy kad kahwin"

"download ebook maskahwin yang hilang"

"beli produk easy kad kahwin"

"beli ebook maskahwin yang hilang"



Ataupun anda boleh cuba keyword "tempah kad kahwin" atau "buat kad kahwin sendiri".


Bagi produk di clickbank marketplace pula, saya ambil satu contoh produk iaitu SEO Lies. Anda boleh buat macam ni;


"seo lies review"

"review of seo lies"

"download seo lies"

"buy seo lies"



Sebabnya, semua kata kunci di atas dah terbukti mampu menghasilkan jualan. Cuma anda perlu memanipulasikannya sebaik mungkin. Buatlah ulasan dengan memberikan maklumat yang dapat membantu para pembaca anda.

Jelaskan kelebihan dan keunikan produk tersebut berbanding yang lain, apa faedahnya kalau pembaca membeli produk tersebut dan jangan lupa sertakan kekurangannya sekali. Pastikan anda buat ulasan yang neutral. Elakkan "over promise" dan "hype" terhadap apa yang bakal pembaca perolehi jika membeli produk tersebut.


Sebaliknya, kalau sesuatu produk tu ada kekurangan, cuba tampung dengan memberikan bonus. Pasti pembaca tu akan berterima kasih pada anda!


Pada tahap ni, anda seharusnya dah ada idea bagaimana nak mencari dan menempatkan keyword yang menguntungkan pada kedudukan terbaik. Cuma ada lagi bab on-page optimization dan off-page optimization yang bakal diterangkan kelak. Bab tu, nanti kita sambung pada entri mendatang.
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...