Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Mar 19, 2009

Kenapa Pilih Keyword "Merancang Majlis Perkahwinan Impian"

Pada entri lepas, saya bercadang nak optimasikan keyword - "merancang majlis perkahwinan impian". Kepada anda yang tertanya-tanya kenapa dan mengapa keyword itu yang dipilih, saya cuba merungkaikannya di sini.

Bagi anda yang follow entri blog panduan clickbank ni sejak perbincangan tip seo: on-page optimization lagi, mesti perasan yang dulu saya cuba upkan keyword kad jemputan kad kahwin. Tapi disebabkan laman affiliate easykadkahwin.com ada masalah, terus saya kensel.

Anda mesti ingat, kita nak target keyword yang menguntungkan. Kalau dah tak untung, kita perlu ketepikannya. Abaikan terus. Jangan membuang masa anda. Itulah yang biasa dilakukan oleh pro affiliate dalam dan luar negara. Anggaplah affiliate sebagai satu model perniagaan internet anda.


Seperkara lagi, saya dah cuba test keyword ni dengan tool dari msn adlab. Saje nak tengok sama ada ia menguntungkan atau tak. Hasilnya, lihatlah screenshot di bawah.


screenshot keyword yang menguntungkan



Untuk menggunakan tool di atas, anda ikut saje turutan nombor yang saya tunjukkan. Masukkan keyword dalam kotak, pilih Query, klik Go dan lihatlah keputusannya.


Status - Commercial Intention dan Probability - 0.71



Andainya sebarang website atau keyword yang anda masukkan mendapat status Commercial Intention dan nilai Probability melebihi 0.5, itu petanda baik. Maknanya, orang yang melakukan carian tu berkemungkinan besar dah bersedia untuk membuat pembelian.


Saya bertambah lega apabila persaingan keyword ni tak banyak. Hanya perlu bersaing dengan 10 200 webpage. Lagilah senang kalau anda nak optimasikannya.


keputusan carian keyword yang merancang majlis perkahwinan impian



Cuma bila saya semak di keyword tool external, tiada sebarang carian yang dibuat terhadap keyword merancang majlis perkahwinan impian.


keputusan carian keyword tool external



Tapi yang peliknya, walaupun tiada sebarang carian yang dibuat, saya berjaya membuat jualan terhadap ebook 10 langkah bijak merancang majlis perkahwinan anda.


jualan affiliate majlis impian


Ini membuktikan walaupun tiada sebarang maklumat carian di google keyword tool external, anda masih boleh membuat jualan. Pelbagaikan keyword anda. Cari lagi 4 keyword yang lain tapi seakan-akan sama makna untuk tujuan optimasi.

Meskipun hanya sedikit jualan yang berjaya saya lakukan, sejak 3 bulan lepas memang sentiasa ada jualan. Ini membuktikan produk ini ada permintaan tetap. Dalam setahun, memang ada pasangan yang melansungkan perkahwinan.

Kalau mahukan jumlah jualan yang memberansangkan, cuba lipatgandakan usaha anda. Terus terang, saya tak buat promosi gila-gila untuk produk ini. Hanya promosi tahap biasa.


Apa yang saya lakukan -


1. Buat satu entri yang berkaitan perkahwinan di blog (bukan di blog ini).

Saya dah kaji, sejak saya buat artikel tu, semua klik yang menghasilkan jualan datang dari artikel tu. :D


2. Lepas tu submit ke laman social bookmarking (propeller dan digg).


3. Letak banner di blog.

Sebelum menyediakan artikel, ada 1 atau 2 sales datang dari banner.


Itu saja. Saya yakin dan percaya kalau anda;


- Post pelbagai artikel berkatan perkahwinan yang bagus di blog,
- Promosikan setiap entri di social networking, sosial bookmarking dan forum berkaitan perkahwinan,
- Selalu melawat ke pelbagai blog niche perkahwinan dan berikan komen yang bermutu dan
- Buat satu landing page khas atau ulasan tentang produk.


sudah tentu anda boleh meraih komisen yang lebih tinggi. :D


Kesimpulannya, saya sengaja nak bincangkan keyword merancang majlis perkahwinan impian dalam tips seo:off page optimization akan datang sebab ianya salah satu keyword yang menguntungkan. Kalau anda nak mempromosikan produk majlis impian ni, boleh daftar di sini.


p.s: Saya doakan anda pun boleh membuat jualan selepas ni. ;D
Read more »

Mar 15, 2009

Blog Panduan Clickbank Kembali Normal

Kepada anda yang berkunjung ke blog panduan clickbank lebih kurang dalam 5-15 jam yang lepas, ada sikit masalah terknikal yang berlaku.


Sebagai jalan penyelesaiannya, saya telah menukar template yang baru. Kini anda boleh meneruskan semula segala aktiviti yang ingin dilakukan di sini setelah terbantut seketika sebentar tadi.


Segala kesulitan amat dikesali. Kesabaran dan rasa tidak putus asa anda untuk mengunjungi blog ini turut saya hargai. :D


Sebagai tanda penghargaan, saya berikan anda 1 ebook plr secara percuma. Tajuknya "Affiliate Marketing For Newbies". Ia diberikan dalam MS Word. Maknanya anda boleh ubah isi kandungan ebook tu 100%. Kalau nak pecahkan kepada beberapa artikel pun boleh. Kemudian, buatlah promosi melalui pemasaran artikel. :D


ebook affiliate marketing for newbies



Read more »

Mar 14, 2009

Tips SEO: Off-Page Optimization

Lama dah saya tak update blog panduan clickbank. Maaflah atas kesulitan tu. Setelah panjang lebar menyentuh bab on-page optimization, meh kita beralih pada off-page optimization. Kaitan antara keduanya ibarat isi dengan kuku. Saling memerlukan untuk melonjakkan kedudukan blog (website) anda.


Sebagai permulaan, bagi anda yang belum tahu apa itu off-page optimization, saya bawakan maksudnya yang dipetik dari Wikipedia.


Off-page optimization (off-page SEO) are strategies for search engine optimization that are done off the pages of a website to maximize its performance in the search engines for target keywords related to the page content. Examples of off-page optimization include linking, and placing keywords within link anchor text. Methods of obtaining links can also be considered off-page optimization. These include:

* Press releases
* Article distribution
* Social networking via sites like Digg and Slashdot
* Link campaigns, such as asking complementary businesses to provide links
* Directory listings
* Link exchanges
* Three-way linking
* One-way linking
* Blogging
* Forum posting
* Multiway linking


Itulah pengertian off-page optimization secara formal. Bagi memastikan anda lebih jelas, saya akan menerangkan dengan bahasa yang mudah.


Tidak seperti on-page optimization, off-page optimization ni adalah strategi yang dilakukan bukan di dalam blog(website) anda sendiri. Maksudnya kerja-kerja optimasi SEO yang dilakukan di blog(website) lain dan menghubungkannya ke blog (website) anda.

Secara umumnya, ia merupakan proses yang melibatkan berapa banyak link yang anda terima dari luar. Istilah lain link yang diterima dari luar juga dipanggil backlink atau inbound link. Inbound link ni kata lawan kepada outbound link. Saya ada terangkan sikit mengenai outbound link di sini.


Antara kriteria yang patut dipersoalkan untuk memantapkan off-page optimization blog(website) anda;


1. Blog(website) lain yang memberikan outbound link kepada anda.

2. Anchor text yang digunakan untuk menghubungkannya ke blog anda.

3. Tajuk sesuatu kandungan yang dihubungkan ke blog anda.

4. Kepelbagaian alamat IP (IP address) yang dihubungkan ke blog anda.

5. Jumlah backlink yang diperolehi daripada website yang mempunyai google page rank(PR) tinggi.


Ini hanyalah sebahagian kecil daripadanya. Dalam kerja-kerja off-page optimization ni, banyak analisis yang perlu anda lakukan. Kalau berkesempatan nanti, saya akan share dengan anda semua. ;D



p.s: Saya bercadang nak tunjukkan mengoptimasi keyword BM lagi - merancang majlis perkahwinan impian.

p.p.s: Sebab keyword kad jemputan kahwin tu dah tak sesuai lagi. Saya try masuk laman affiliate easykadkahwin.com, tapi ada masalah. Terpaksalah kita abaikan dulu keyword tu.
Read more »

Mar 3, 2009

Tips SEO: Lanjutan Kisah Jangan Buat 2 Teknik Ni!

Selain keyword stuffing dan keyword hiding, masih ada beberapa elemen lain yang perlu anda hindari. Jangan sesekali buat sebab ianya sia-sia. Buang masa. Bila kedudukan SERP tergugat, usaha anda menarik trafik melalui SEO dah tak bermakna lagi.


1. Outbound link yang terlalu banyak


Outbound link ialah link yang dibawa keluar daripada blog atau website anda. Maknanya, bila pengunjung blog anda klik ke satu-satu link, mereka akan meninggalkan blog anda dan dibawa ke terus website lain.

Kalau website yang berlainan keyword dengan blog anda tu tak jadi masalah besar. Tujuan outbound link baik untuk menghubungkan sesuatu benda yang tiada langsung dalam blog (website) anda. Jadi anda memasukkan outbound link supaya pengunjung dapat dapat faedah tambahan. Tapi untuk melakukan langkah seterusnya, mereka masih perlu merujuk blog anda semula. :D

Contohnya saya ada berikan link Keyword Tool External pada entri lepas di sini dan ini. Tujuannya memberitahu anda boleh menggunakan tools tersebut untuk mencari keywords, kaji persaingan dan maklumat lain.

Sebaliknya, outbound link yang perlu dielakkan ialah link yang mempunyai keyword yang sama dengan blog (website) anda. Ia memberi kesan terhadap kedudukan SERP anda. Enjin carian akan menganggap website (anda letak pada outbound link) itu lebih penting daripada page anda.


[UPDATE]


2. Elakkan penggunaan flash dan animasi


Spiderbot enjin carian tak boleh baca (mengesan) fail flash dan animasi. Mereka cuma baca text (tulisan) sahaja.

Maknanya, kalau anda pikir dengan meletakkan flash membuatkan blog (website) nampak cool, ia sebenarnya tak membantu melonjakkan kedudukan blog anda langsung.

Sebaliknya, ia akan membuatkan blog anda lebih berat. Kalau dapat pengunjung yang malas nak tunggu lama, mereka akan terus meninggalkan blog anda. Kan dah rugi tu. :(


3. Duplicate content


Maksudnya anda meniru bulat-bulat isi kandungan daripada blog atau website lain. Tolong jangan buat benda ni. Enjin carian spt google boleh kesan perbuatan anda.

Apa yang harus anda buat ialah mengubah 30 - 40% daripada isi kandungan asal. Gunakan satu tool yang disediakan oleh pihak google iaitu Google Translate.

Ambil mana-mana artikel. Lebih elok cari artikel PLR (private label rights). Katakan dalam English. Simpan satu salinan artikel asal dalam notepad. Kemudian anda tukarkannya dalam bahasa lain spt Czech kemudian French.

Bila dah dapat artikel dalam French, tukar balik ke dalam English. "Copy" dan "paste" ke dalam notepad. Bandingkan dengan artikel asal yang anda cedok tadi.

Kalau dah ada perbezaan, anda betulkan grammar dll melalui MS Word. Itulah salah satu cara mengubah artikel.


Tapi kalau anda ambil artikel melalui direktori artikel spt ezinearticles dan goarticles, ianya tak dikira sebagai duplicate content. Sebab anda berikan kredit kepada penulis asal.

Sama juga kesnya kalau anda hantar entri blog anda ke social bookmarking seperti digg, propeller, stumbleupon dan mixx.


4. Cloaking


Melalui teknik ni, anda gunakan pelbagai nama untuk blog (website) anda. Ringkasnya, jangan cloak nama blog anda.
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...