Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Jan 22, 2009

Menarik Trafik Berkualiti Dengan SEO Pt.3

Menarik trafik dengan SEO (optimasi enjin carian) agak sukar untuk saya jelaskan pada mulanya. Manakan tidak, saya dah kaji daripada pelbagai sumber rujukan tapi ada sesetengah fakta yang agak bercanggah sikit. Sebab kebanyakan ebook SEO yang pernah saya baca adalah berdasarkan pengalaman dan kajian persendirian individu yang mahir pasal SEO. Kebanyakannya dah bertahun-tahun buat kajian pulak tu.

Sehubungan itu, saya akan lebih berhati-hati dalam menyampaikannya agar usaha anda menarik trafik melalui seo tak sia-sia kelak.

Dalam blueprint panduan clickbank, kemungkinan ada di antara anda yang berpendapat penerangannya tak detail sangat. Jadi, saya cuba tampung yang mana boleh. Saya mahu anda menguasai asasnya dengan kukuh. Kang jangan ada yang bosan plak bile bace entri yang agak panjang lebar ni.

Memula sekali, kita perlu mencari dan mengkaji kata kunci (keyword) yang sesuai. Sesuai di sini maksudnya ada kait mengait ngan produk yang nak dipromosikan. Pastikan dulu keyword tu kurang persaingan tetapi ada atau banyak permintaan.

Satu lagi perkara terpenting, keyword tersebut mestilah menguntungkan. Dalam ertikata lain, ia mampu menghasilkan komisen lumayan untuk anda. Itulah yang anda perlukan sebenarnya!

Proses mencari dan mengkaji keyword ni bertujuan memastikan anda berjaya menempatkan laman sesawang anda di enjin carian dulu. Kemudian, barulah anda boleh mengoptimasikannya pada 10 kedudukan teratas. Itulah konsep asas yang perlu anda tahu dan faham.


Setakat ni anda faham tak?


Pendek kata, anda mesti cari keyword yang sesuai dulu supaya mudah untuk menempatkan laman sesawang di enjin carian. Bila laman sesawang anda dah berada (index) di enjin carian, barulah senang nak bersaing dengan website/blog lain untuk berada di 10 kedudukan yang teratas.


Peringkat seterusnya, saya tunjukkan asas nak mencari keyword atau niche (bidang pengkhususan) yang sesuai. Saya ambil contoh produk tempatan dulu. Nanti anda boleh sesuaikan cara berikut untuk produk di clickbank marketplace.

Produk yang nak dipilih adalah berkaitan dengan niche perkahwinan. Sebabnya, saban tahun mesti ramai pasangan yang akan berkahwin. Jadi, sudah tentu produk berkaitan perkahwinan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi serta berterusan.

Sekarang, cuba bayangkan atau senaraikan terus perkataan yang bakal anda sendiri taip kalau nak cari info berkaitan perkahwinan?


Alamak... susah la nak bayangkan. Waduhh... pening kepala. Macamner ni erk???


Kalau anda rase susah, sila gunakan tool yang ada disediakan oleh google. Antaranya "Keyword Tool External". Boleh klik dekat "Google Keyword Tool External" kemudian nanti.


Sekarang saya tunjukkan sikit apa yang boleh kita buat dengan tool di atas. Bila anda klik pada link yang saya beri tu, ia akan ke page berikut.





Bila dah sampai ke situ, anda masukkan keyword yang dirasakan sesuai. Saya pilih kad kahwin dulu. Lihat hasilnya di bawah tu.





Kemudian, anda skrol tetikus anda ke bawah. Ada banyak idea keyword yang keluar di situ. Buat masa ni, anda tengok dulu semua keyword tu dan lihat anggaran purata cariannya dalam sebulan (Approx Avg Search Volume).





Dah panjang sangat pulak entri kali ni. Nanti saya sambung kemudian. Kita nak pilih keyword yang menguntungkan pada entri seterusnya. Kita minum dulu! :D

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...