Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Jan 10, 2009

Menarik Trafik Berkualiti Dengan SEO Pt.2

Kalau anda masih musykil apa itu seo (optimasi enjin carian) dan konsepnye, saya nasihatkan anda bace dulu entri "menarik trafik berkualiti dengan seo". Pada episod ni, saya hanya nak tambah sikit maklumat asas yang perlu anda tau sebelum melangkah lebih jauh.

Menurut mentor saya, ada 4 jenis trafik yang boleh dibawa ke blog atau landing page anda:


1] Trafik secara terus (Direct traffic)

Trafik dari jenis ini biasanya adalah pelawat berulang (returning visitor). Anda pernah tak datang ke sini sebelum ini? Kalau pernah, maknanya anda ialah returning visitor.


2] Referral traffic

Anda biasanya datang ke satu-satu website (laman sesawang) atau blog setelah diperkenalkan oleh rakan-rakan ATAU

Menjumpainya melalui website atau blog lain. Sebagai contoh, cuba tengok kat menu bahagian atas sekali (tulisan putih). Nampak tak menu "SyokTrafik" dan "Zango"??

Kalau anda melawat ke sana melalui blog ini, maknanya laman "SyokTrafik" dan "Zango" tu mendapat "referral traffic" dari sini.


3] Search engine traffic (Trafik enjin carian)

Trafik inilah yang akan saya citer nanti. Datangnya dari enjin carian seperti google, yahoo dan msn. Trafik ini juga dipanggil organic and targeted traffic. Selalunya berkualiti sebab mereka memang tengah mencari sesuatu. Kadangkala, ada di antara mereka yang dah bersedia untuk membeli!

Kalau anda rekomenkan sesuatu produk yang berkaitan dengan apa yang mereka cari, kebarangkalian untuk mereka beli amat tinggi. :D


4] Trafik berbayar (Paid traffic)

Ada sesetengah agen affiliate menggunakan trafik jenis berbayar. Mereka mengiklankan produk affiliate di laman web yang popular ataupun sesuai dengan niche mereka. Contohnya kat ebay dan usfreeads.

Enjin carian (google) amat suka dengan usfreeads ni. Ntah kenape saya kurang pasti. Ada 2 jenis keahlian iaitu percuma dan berbayar (premium). Saya pernah diberitahu yang usfreeads (akaun premium) antara platform berkesan untuk anda mengiklankan produk affiliate!

Anda boleh tengok dulu laman usfreeads di SINI.

Antara kaedah trafik berbayar lain yang popular adalah pay per click  (google adwords), tempah iklan banner di blog popular dan sebagainya.


Itulah 4 jenis trafik yang boleh anda bawakan ke blog atau landing page. Seterusnya, barulah saya akan sambung dengan on-page optimization dan off-page optimization pada post akan datang.

Harap anda semua dapat tunggu dengan penuh sabar...


p/s: Kalau ada penerangan di atas yang kurang tepat, harap anda yang arif dapat perbetulkan di ruangan komen. Sekian, terima kasih.

1 comments:

Blogger said...

Grab free website marketing tools at TraffiCheap.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...