Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Jan 3, 2009

Cipta Virus Penarik Trafik

Dah lama saya tak mengupas kandungan panduan clickbank. Terakhir kalinya, post pasal teknik menarik trafik melalui pemasaran forum. Tu adalah teknik ke-5.

Sekarang, saya sambung dengan teknik ke-6 iaitu pemasaran viral. Viral atau lebih dikenali dengan virus. Virus yang boleh memberi kesan positif kepada model perniagaan internet anda. Dalam kes ni, sebagai agen affiliate kepada clickbank lah.


Apa tu pemasaran viral erkk??


Konsepnya lebih kurang camnilah macam iklan coke la pulak, katakan anda mencipta satu produk percuma i.e ebook, audio, video atau software. Dalam tu anda sertakan sekali link affiliate produk clickbank yang nak dipromosikan.

Kemudian anda berikan kepada pengunjung blog, rakan seforum, rakan sekelas/sepejabat, saudara-mara dan kenalan maya lain secara percuma. Seterusnya, jika ada yang mendapati produk percuma anda tu bagus, mereka pasti akan forward/berikannya kepada kenalan mereka yang lain pula.


Katalah sebagai permulaan, anda hanya bagi kat 3 orang rakan. Kemudian, setiap seorang rakan anda bagi kat 3 rakan mereka yang lain. Seterusnya, 3 rakan mereka yang lain tadi forward lagi kat 3 orang yang lain hinggalah tiada siapa lagi yang nak sebarkan produk percuma anda tu.


Dari sini, produk percuma anda tu dah merebak ke serata pelosok dunia hanya melalui internet. Ibaratnya macam surat berantailah kalau kat dunia offline.

Anda harus ingat, dalam produk percuma tadi ada link affiliate anda. Dalam ramai-ramai yang baca tu, mesti ada yang klik link affiliate anda. Katalah dalam 97 orang yang klik.
Daripada 97 orang yang klik link anda, katakan sekurang-kurangnya dalam 2 atau 3 orang beli produk clickbank yang anda promosikan.

Bila ada pembeli, maka adalah komisen untuk anda. :O)


Sekarang, anda nampak tak kepentingan pemasaran viral ni?


Kalau masih kabur, apa kata kita tengok satu contoh pemasaran viral yang dilakukan oleh seorang usahawan internet tempatan. Beliau adalah saudara Munawar yang merupakan penulis pakej jana wang adsense v2.5.


Beliau telah menawarkan satu modul percuma kepada pengunjung website beliau. Modul percuma tu ada kaitan dengan produk berbayar beliau. Jika pembaca berminat untuk mendalami lebih lanjut mengenainya, pasti pembaca tu akan membeli produk beliau. Paling tidak pun, pasti mereka tak teragak-agak untuk berkongsi dengan kenalan terdekat.

Untuk lebih jelas, anda boleh memuatturun modul tersebut di sini.

Buat pengetahuan anda, setiap agen affiliate pakej jana wang adsense ni turut dibekalkan dengan modul percuma sebagai strategi pemasaran viral. Jika ada yang membeli setelah membaca modul viral mereka, secara tak langsung mereka dapat komisenlah! :D


Uuuhh... dah panjang lebar rupanya celoteh saya ni. Diharapkan anda fahamlah serba sedikit mengenai tujuan dan kepentingan pemasaran viral ni dengan diri anda bila dah jadi affiliate clickbank nanti.


Kalau nak tahu teknik rahsia untuk mempercepatkan penyebaran produk viral anda, sila rujuk ebook panduan clickbank m.s 164. Jika anda belum memilikinya, saya tak boleh nak kata apa sebab ia tidak dijual lagi.

4 comments:

Anonymous said...

Good blog post! Keep it up!

Tai Zejan
clickbank

Mefranz said...

Info yang menarik..

panduancb said...

Thanks Mefranz. :D

Anonymous said...

Overcoming Anxiety Attacks

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...