Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Showing posts with label panduan clickbank. Show all posts
Showing posts with label panduan clickbank. Show all posts

Jan 31, 2009

Dapat Komisen Affiliate Panduan Clickbank?

Buat kali keduanya, saya hanya nak criter bab komisen affiliate panduan clickbank. November lalu, saya pernah menulis mengenainya. Kalau anda terlupa atau tak tahu, sila rujuk di sini.

Mengapa saya buat entri khas pasal komisen affiliate ini? Mudah saja. Saya nak anda tahu bahawa ilmu yang ada dalam panduan clickbank bukan hanya sesuai untuk mempromosikan produk affiliate clickbank semata-mata. Bahkan anda boleh applikasikan ilmu itu untuk mempromosikan sebarang produk lain.

Untuk mengelakkan rasa was-was, saya sertakan screenshot email yang diterima daripada pihak Mawardee dan Maybank2u bagi notifikasi pembayaran komisen.



Email daripada Mawardee



Email daripada Maybank2u


Alhamdulillah, saya berjaya menghasilkan 9 jualan. Iaitu untuk bulan November, Disember dan Januari. Secara puratanya, 3 jualan dalam sebulan.

Tak lupa juga, jutaan terima kasih buat Mawardee atas pembayaran tersebut. :D


Sebagai tanda terima kasih pada anda pula, saya dedahkan strategi yang diapplikasikan untuk menghasilkan jualan tersebut. Saya cuma guna 1/3 daripada 9 teknik yang dibincangkan dalam ebook panduan clickbank. Anda boleh rujuk dalam bahagian sistem trafik. :D


Strategi pertama ialah menggunakan social bookmarking dan web 2.0. Saya cuma submit ke digg, propeller dan buat squidoo lens. Dalam banyak2 social bookmarking, tu digg dan propeller agak berkesan pada saya dalam usaha menarik trafik. Saya juga nak cuba StumbleUpon nanti.


Keduanya, saya gunakan optimasi enjin carian (SEO). Topik yang sedang dibincangkan di blog panduan clickbank ni. Buat pengetahuan anda, saya akan memberi input seterusnya dalam masa terdekat. Harap anda datang ke sini lagi nanti.

Akhir sekali, pemasaran blog. Seperti yang anda lihat sekarang. Saya menggunakan blog sebagai medium untuk share sebarang maklumat berguna dengan anda. Saya sentiasa cuba menyediakan kandungan yang berkualiti agar kunjungan anda berbaloi. Harap anda dapat terus memberikan sokongan.


Satu strategi lain ialah dengan mengiklan di laman iklan percuma. Namun, sehingga sekarang saya belum nampak keberkesanan mengiklan di sana. Sebab itu saya tak berani nak rekomenkan anda mengiklan di laman tersebut.

Kalau anda meletakkan iklan berbayar (i.e banner atau hot ads) di laman iklan percuma tersebut mungkin lain hasilnya. Itu saya kurang pasti sebab tak pernah cuba.

Tapi, kalau anda nak gunakan iklan berbayar, lebih untung kalau mengiklan di berita harian online. Pulangannya lebih tinggi sebab ramai yang berkunjung ke sana setiap hari!


Sebelum berundur, saya amat berharap kepada anda yang benar-benar nak cari duit di internet, ebook panduan clickbank adalah salah satu rujukan yang bagus serta boleh didapati pada harga yang berpatutan.

Salam Maju Jaya dari saya!
Read more »

Jan 3, 2009

Cipta Virus Penarik Trafik

Dah lama saya tak mengupas kandungan panduan clickbank. Terakhir kalinya, post pasal teknik menarik trafik melalui pemasaran forum. Tu adalah teknik ke-5.

Sekarang, saya sambung dengan teknik ke-6 iaitu pemasaran viral. Viral atau lebih dikenali dengan virus. Virus yang boleh memberi kesan positif kepada model perniagaan internet anda. Dalam kes ni, sebagai agen affiliate kepada clickbank lah.


Apa tu pemasaran viral erkk??


Konsepnya lebih kurang camnilah macam iklan coke la pulak, katakan anda mencipta satu produk percuma i.e ebook, audio, video atau software. Dalam tu anda sertakan sekali link affiliate produk clickbank yang nak dipromosikan.

Kemudian anda berikan kepada pengunjung blog, rakan seforum, rakan sekelas/sepejabat, saudara-mara dan kenalan maya lain secara percuma. Seterusnya, jika ada yang mendapati produk percuma anda tu bagus, mereka pasti akan forward/berikannya kepada kenalan mereka yang lain pula.


Katalah sebagai permulaan, anda hanya bagi kat 3 orang rakan. Kemudian, setiap seorang rakan anda bagi kat 3 rakan mereka yang lain. Seterusnya, 3 rakan mereka yang lain tadi forward lagi kat 3 orang yang lain hinggalah tiada siapa lagi yang nak sebarkan produk percuma anda tu.


Dari sini, produk percuma anda tu dah merebak ke serata pelosok dunia hanya melalui internet. Ibaratnya macam surat berantailah kalau kat dunia offline.

Anda harus ingat, dalam produk percuma tadi ada link affiliate anda. Dalam ramai-ramai yang baca tu, mesti ada yang klik link affiliate anda. Katalah dalam 97 orang yang klik.
Daripada 97 orang yang klik link anda, katakan sekurang-kurangnya dalam 2 atau 3 orang beli produk clickbank yang anda promosikan.

Bila ada pembeli, maka adalah komisen untuk anda. :O)


Sekarang, anda nampak tak kepentingan pemasaran viral ni?


Kalau masih kabur, apa kata kita tengok satu contoh pemasaran viral yang dilakukan oleh seorang usahawan internet tempatan. Beliau adalah saudara Munawar yang merupakan penulis pakej jana wang adsense v2.5.


Beliau telah menawarkan satu modul percuma kepada pengunjung website beliau. Modul percuma tu ada kaitan dengan produk berbayar beliau. Jika pembaca berminat untuk mendalami lebih lanjut mengenainya, pasti pembaca tu akan membeli produk beliau. Paling tidak pun, pasti mereka tak teragak-agak untuk berkongsi dengan kenalan terdekat.

Untuk lebih jelas, anda boleh memuatturun modul tersebut di sini.

Buat pengetahuan anda, setiap agen affiliate pakej jana wang adsense ni turut dibekalkan dengan modul percuma sebagai strategi pemasaran viral. Jika ada yang membeli setelah membaca modul viral mereka, secara tak langsung mereka dapat komisenlah! :D


Uuuhh... dah panjang lebar rupanya celoteh saya ni. Diharapkan anda fahamlah serba sedikit mengenai tujuan dan kepentingan pemasaran viral ni dengan diri anda bila dah jadi affiliate clickbank nanti.


Kalau nak tahu teknik rahsia untuk mempercepatkan penyebaran produk viral anda, sila rujuk ebook panduan clickbank m.s 164. Jika anda belum memilikinya, saya tak boleh nak kata apa sebab ia tidak dijual lagi.
Read more »

Dec 9, 2008

5 Langkah Untuk Bermula Dengan Clickbank Pt. 4

Kalau ikut perancangan asal, inilah langkah terakhir anda untuk bermula dengan clickbank. Tapi kalau ada sebarang update, saya akan buat post khas kelak. ;D


Langkah 5: Lihat hasilnya dan lakukan penambahbaikan


Menurut mentor saya, kalau anda dah buat 4 langkah terdahulu, anda dah mampu menuai hasilnya sekarang. Banyak atau sikit komisen yang anda terima bukanlah isu kat sini.

Sebaliknya, anda perlu melipatgandakan usaha agar matlamat untuk mendapat cek dari pihak clickbank tercapai!

Perkara yang perlu anda tahu sekarang adalah;

i. Berapa ramai yang melawat website anda.

ii. Berapa ramai yang klik link affiliate anda.

iii. Berapa ramai yang membeli melalui link affiliate anda.

Masalahnya, bagaimana caranya anda nak track 3 perkara kat atas tadi??

Mula-mula, anda gi kat laman squidoo. Jika belum daftar, sila daftar dulu. Kemudian Login. 


1.0 Login ke akaun squidoo anda


Kemudian, untuk mengetahui statistik trafik website anda (squidoo lens), klik pula pada My Stats. Rujuk gambar di bawah.


 
2.0 Tengok statistik anda


Jika anda baru mendaftar, kemungkinan besar anda cuma ada satu lens saja. Jika belum ada lens, anda perlulah cipta satu. Ikut saja arahan yang disuruh. Kalau saya jumpa panduan squidoo dalam hard disk ni, nanti saya kongsi dengan anda, ok. :p


Kalau ada lebih daripada 1 lens, anda klik dulu kay My Stats. Kemudian pilih lens yang dikehendaki. Lepas itu, barulah anda dapat tengok Summary, Traffic dan Royalties. Macam kat bawah ni.


 
3.0 Lihat statistik lens anda di sini


Baiklah, ini adalah cara untuk tracking lens anda. Iaitu di sini anda dah tahu berapa ramai yang dah melawat website(squidoo lens) anda. Maknanya langkah no i. kat atas dah selesai. ;p


--- Relaks jap. Tarik nafas dalam-dalam dulu, dan lepaskan perlahan-lahan.

Dah lega?? Meh kita sambung. ---


Sekarang saya terangkan cara mengetahui berapa ramai yang klik dan membeli melalui link affiliate anda. Iaitu langkah no ii dan iii.

Mula-mula, pergi dulu ke ruangan Login Clickbank. Kalau belum daftar, sila daftar dulu. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk membuka akaun. Saya buka satu akaun dummy khas untuk tutorial ni.;p

Screenshot ada kat bawah.


 
4.0 Login akaun clickbank


Anda akan dibawa ke paparan seperti di bawah. Klik pada "Reporting".


 
 5.0 Akaun clickbank


Kemudian anda akan dibawa ke satu paparan yang akan dibuka pada tetingkap lain. Klik pada Analytics.

 
6.0  Paparan lain selepas klik "Reporting"


Pada paparan ini, anda klik Analytics dan dibawa pula ke paparan di bawah.


7.0 Set tarikh promosi


Pada page ni, anda boleh set tarikh promosi yang dibuat melalui squidoo lens. Saya menganggap anda hanya mempromosi melalui laman web2.0 squidoo saja dulu.

Mungkin anda boleh promosi produk yang berlainan melalui laman hubpages.com dan weebly.com. Tujuannya untuk memudahkan anda mengesan cara mana yang memberikan pulangan terbaik.

Ok, selepas anda dah klik Go pada rajah 7.0, anda akan dibawa terus ke page di bawah. Tunggu ia loading beberapa saat. Harap dapat bersabar. :p


8.0 Keputusan hasil usaha promosi


Pada rajah 8.0, anda dapat lihat hasil usaha promosi yang telah dilakukan. Di mana;

a. # Hops menunjukkan berapa kali link affiliate anda telah diklik melalui squidoo lens.

b. # Sales menunjukkan hasil jualan yang telah berjaya anda lakukan.

Saya cuma nak ingatkan yang di atas ni hanya contoh semata-mata. Ia sekadar untuk pembelajaran bersama.

Sebab kat squidoo lens tu saya promosikan ebook panduan clickbank, bukannya produk affiliate kat clickbank marketplace. Harap anda tak keliru. ;-)


---Ok, saya nak relaks lagi sekali.

Kita minum dulu barang seteguk dua air suam---

Wookey...

Sekarang kalau usaha anda sebelum ni tak berhasil, ada baiknya anda buat penambahbaikan dan split testing.

Macamner tuh???

Ada beberapa trik yang boleh anda buat. Antaranya adalah;

i. Ubah sikit isi kandungan squidoo lens anda. Baca semula, dan perbaiki struktur ayat agar lebih menarik perhatian pembaca.

ii. Tukar posisi link affiliate anda. Sama ada di atas, tengah mahu pun di bawah. Lakukan try and error. Perhatikan posisi mana yang paling mendapat banyak klik dan pilih kedudukan link lebih menguntungkan.

iii. Kalau perlu, ubah tajuk kepada ayat yang lebih mengujakan prospek untuk klik.

iv. Gunakan ayat tindakan yang berbeza seperti - download now, secure your place, get it now, invest now dll.


Akhirnya, selesai juga 5 langkah untuk bermula dengan clickbank. Segala kekurangan harap anda dapat luahkan di bahagian komen.

Harap anda dapat teruskan usaha untuk sukses dengan clickbank!
Read more »

Dec 7, 2008

5 Langkah Untuk Bermula Dengan Clickbank Pt. 3

Pada tahap ini, saya harap anda dah buat kajian dan faham langkah 1 dan langkah 2. Iaitu berkenaan produk untuk dijual dan mencari pembeli berpotensi. Kalau belum, baik anda baca post sebelum ni di sini dan juga sini.

Sekarang, anda akan teruskan dengan...


Langkah 3: Tempat untuk menjual (website)

Bila sebut pasal website, pasti akan terpacul di benak fikiran anda pasal nama domain (nama kedai online seperti teknikclickbank.com) dan webhosting (tapak kedai online). Itupun kalau anda pernah dengarlah. Kalau tak, tak mengapa. Saya takkan bincangkan di sini.

Sebabnya...

Anda boleh gunakan web 2.0 sebagai tempat untuk mempromosikan produk affiliate clickbank anda.

Antara web 2.0 yang dikatakan power adalah;

i. Hubpages - hubpages.com

ii. Squidoo - www.squidoo.com

iii. Weebly - www.weebly.com

Lagi satu, anda boleh gunakan servis web 2.0 di atas secara percuma. Kalau anda mempunyai bajet yang agak terhad, gunakanlah kesempatan ini sebaik mungkin.

Saya tak dapat nak terangkan pasal web 2.0 kat atas secara terperinci kat sini. Harap anda dapat explore sendiri. :)

Kalau saya jumpa balik ebook mengenai hubpages dan squidoo, saya akan letak kat blog ni. Nanti anda boleh download secara percuma. Kalau takde kat post ni, mungkin anda boleh cari kat bahagian sidebar sebelah kanan nanti. :p

Tapi saya tak janji sebab dah tak ingat kat mana ebook tu. Pasal weebly pula, saya belum explore lagi (sebab baru tau). Kalau ada info pasal weebly, saya akan update kelak.

Apa yang perlu anda tulis kat web 2.0 ni adalah artikel yang berkaitan dengan produk clickbank yang anda nak promosikan tuh. Anda taip kat google keyword yang berkaitan dengan produk tersebut.

Dalam kes ni saya ambil Master Clease Secrets 10 Day Diet sebagai contoh. Cari beberapa artikel yang anda rasa mampu memberi manfaat kepada pembaca. Kemudian anda olah semula artikel tu mengikut gaya penyampaian masing-masing. Tujuannya supaya ia menjadi artikel yang unik. Langkah ini juga memerlukan sedikit masa.

Cara lain untuk mendapatkan idea menulis artikel ialah dapatkan artikel yang ada lesen private label right (plr). Atau pergi kat laman wikipedia, ehow dan howtodothings.


Langkah 4: Mendapatkan trafik


Anda hantar artikel (yang dah ditulis di laman web 2.0 tadi) ke laman social bookmarking untuk menarik trafik. Antara social bookmarking yang berkesan adalah;

i. Propeller - www.propeller.com

ii. Digg - digg.com (Wajib ni)

iii. StumbleUpon - www.stumbleupon.com

iv. Reddit - www.reddit.com


Selain itu, cara menarik trafik adalah dengan menulis artikel submit ke artikel direktori. Anda boleh lihat senarai artikel direktori kat sini.


Nampaknya, kita terpaksa bersambung lagi. Saya ada hal sikit ni. Nanti saya akan sambung dengan langkah terakhir.
Read more »

Dec 3, 2008

5 Langkah Untuk Bermula Dengan Clickbank

Sudahkah anda mula menjana pendapatan dengan affiliate clickbank? Ataupun baru nak godek-godek clickbank marketplace? Kepada yang belum ataupun masih newbie dengan clickbank, saya akan kongsikan 5 langkah untuk bermula dengan clickbank.

Sebelum tu, anda belum tahu apa itu clickbank marketplace?

Inilah rupanya Clickbak Marketplace


Terus terang saya katakan, saya pun masih belum mula dengan clickbank ni. Masih lagi dalam proses pembelajaran. Sebab itulah saya beli ebook panduan clickbank tulisan Mawardee. Menjadi affiliate clickbank adalah perancangan akan datang saya. ;p

Harap-harap berjaya hendaknya. Amin.

Selain panduan clickbank, banyak lagi rujukan yang sudah dan bakal saya baca. Kalau ada strategi yang bagus, saya akan tulis kat sini. Harap anda yang lebih berpengalaman pun dapat kongsi idea kat sini. ;D

Buat masa ni, saya share dulu langkah asas untuk bermula dengan clickbank.

Mari kita sama-sama belajar. Iaitu ada 5 perkara;

1. Memilih produk digital untuk dijual

2. Mencari pembeli yang berpotensi

3. Tempat untuk anda menjual

4. Menarik perhatian pembeli atau mendapatkan trafik

5. Lihat hasilnya dan lakukan penambahbaikan

Kalau tengok perkara kat atas nampak macam simple. Budak sekolah pun boleh buat,kan? Tapi ia bukanlah semudah yang kita sangka. Banyak lagi kerja yang perlu dibuat lepas ni.

Buat permulaan, saya huraikan langkah 1 dulu iaitu;


Langkah 1: Memilih produk


Jangan sesekali meremehkan langkah 1 ni. Tersilap pilih, boleh jatuh kredibiliti anda nanti.

Di mana anda nak pilih produk?

Tentulah di clickbank marketplace...

Sebelum tu, anda dah daftar di clickbank ke belum?

Kalau dah, tahniah! Anda dah maju setapak ke depan.

Belum lagi?? Anda boleh daftar sekarang atau bila-bila masa saja di ruangan sign up clickbank.

Anda akan lihat sebijik macam ruangan kat bawah ni.


Sign up sebagai affiliate clickbank


Okay, sekarang berbalik pada pemilihan produk. Salah satu strategi ialah pilih produk yang anda minat atau ada pengetahuan mengenai perkara tersebut.

Katakanlah anda minat mengenai penjagaan kesihatan. Pilihlah kategori Health & Fitness. Lepas tu, pilih juga sub-kategori. Dalam contoh ni, saya ambil sub-kategori Alternative. Kemudian pilih Sort by => High Gravity dan tekan butang Go!

Dapat tak? Kalau tak, ikut perlahan-lahan. Takkan lari gunung dikejar...;p

Saya tunjuk screenshot nyer kat bawah ni;


Langkah pemilihan produk

Haaah! Anda dah nampak kan senarai produk yang ada dalam spec yang anda nak kat atas tadi.

Sekarang, saya nak pilih produk yang no. 4 iaitu Master Cleanse Secrets 10 Day Diet (Rujuk #5).

Seterusnya, kita perlulah mencari pembeli berpotensi untuk mempromosikan produk yang dah kita pilih. Untuk bab ni, saya sambung kemudian saja. Harap anda dapat datang lagi ke sini.
Read more »

Nov 23, 2008

Teknik PPC Unggul Promosi Google Adwords

Salam Hormat,

Anda pernah dengar tak pasal Google Adwords? Google Adwords merupakan medium pengiklanan popular bagi kebanyakan usahawan internet. Baik di Malaysia mahupun antarabangsa.

Tapi kebanyakan promosi yang dilakukan oleh usahawan internet Malaysia kat Google Adwords tu scam. Semuanya mempromosikan program yang tak boleh dipercayai. Huhuhu... jadi janganlah anda mudah terpedaya.

Ingat, saya cakap kebanyakannya saja, bukan semua tau!

Tapi saya akui yang potensi mengiklan melalui pay per click (ppc) Google Adwords memang hebat. Sebab saya dah lihat ramai usahawan internet yang mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Wow!!

Cuma masalahnya bagi newbie (macam saya gak la), agak takut nak keluarkan modal untuk mengiklan melalui ppc adwords. Mungkin takut sangat kalau rugi nanti! Huhuhu...

Oleh kerana ramai yang mentalitinya sebegitu (aku pun same la, aduss), ada satu ebook percuma yang boleh kita baca. Iaitu ebook Teknik PPC Unggul Promosi Adwords.

Dalam tu ada diterangkan teknik menulis iklan yang menarik perhatian prospek dan cara mengoptimasikan iklan ppc adwords anda. 2 skill ni memang perlu dikuasai dulu sebelum bermain dengan api adwords. Penulis ada menunjukkan skali hasil kajian beliau!

Hasilnya, beliau mendapat beratus klik sehari dan kos per klik (cpc) serendah 12 sen.

Anda boleh download dan tengok sendiri teknik yang dikongsikan oleh penulis di Teknik PPC Unggul Promosi Google Adwords.


[Nota] Ebook di atas mungkin sudah tidak dijual lagi pada masa ini. Harap maklum. Sekiranya anda masih tetap nak mengetahui selok belok google adwords, boleh cuba ke laman S A

Kalau masih ingat, anda juga boleh dapat kupon percuma untuk mengiklan melalui google adwords ni. Salah satu panduan yang ada menunjukkan secara terperinci senarai link nak dapatkan kupon ppc percuma ialah ebook ppc percuma. Saya ada mengulas tentangnya di SINI.

Takpun anda google jer "free ppc coupons", nanti banyakla result yang kuar.


Selamat berPPC!

p.s: Bukan 0.12 sen seperti yang ditunjukkan kat web jualan tu. Hehehe... rasanya ada typo di situ.

p.p.s: Untuk mempromosi produk di clickbank, salah satu teknik promosi yang disyorkan dalam panduan clickbank adalah ppc adwords. Sila rujuk balik post lepas di SINI.
Read more »

Komisen Affiliate Panduan Clickbank

Salam Hormat,

Hari minggu ni saya nak citer skit pasal komisen affiliate panduan clickbank. Sedar atau tidak, selain daripada menimba ilmu dengan ebook panduan clickbank ni, anda boleh cari duit di internet dengan mempromosikannya.

Caranya adalah menyertai program affiliate panduan clickbank. Saya kurang pasti sama ada ia dibuka kepada umum atau hanya kat pembeli yang sah. Apa yang pasti, saya dah join affiliate panduan clickbank ni. Hehehe...

Lebih kurang 12 hari lepas, saya baru dapat komisen dari Mawardee. Walaupun cuma dapat buat 2 jualan, saya dah bersyukur sangat. Sebab saya cuma promosi kat blog ni dan beberapa laman iklan percuma saja.

Bukti pembayaran ada kat bawah ni...



Email daripada Mawardee




Email daripada Maybank


Thanks bebanyak Mawardee!

Apa yang lebih mengharukan, blog ni pun saya tak update selalu. Kalau sempat saya update. Sebab blog ni hanya saya khaskan untuk ulasan ebook panduan clickbank. Ulasan ni pun belum habis lagi. Haha...saya tak habis baca lagi...

Nanti saya sambung siri ulasan ni.

Saya ulas secara detail supaya anda dapat gambaran hampir tepat pasal ebook ni. Hasrat saya satu jer, nak bantu anda yang betul2 nak cari duit di internet. Mendaftar sebagai affiliate kat clickbank adalah salah satu model perniagaan internet yang boleh anda pilih.

Biasalah kan, kalau nak menceburi satu2 bidang, kita mesti berguru atau ada guide, kan? Supaya tak tersesat jalan dan memendekkan learning curve kita.

Itulah rasionalnya saya syorkan dan buat ulasan kat sini. Di samping tu, saya dapat gak refresh balik sikit2 info yang dah dibaca. :D


Semoga Anda Makin Sukses!


p.s: Dengan harganya masih lagi RM49, anda sebenarnya dapat ilmu yang lebih bernilai daripada apa yang anda bayar.
Read more »

Sep 19, 2008

247 Cara Menarik Trafik

Salam Sejahtera,

Masalah menarik trafik ke blog atau website antara masalah besar yang sering dihadapi oleh kebanyakan usahawan internet. Implikasi kekurangan jumlah trafik bermakna kuranglah peluang anda nak mendapatkan jualan. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, dalam panduan clickbank ada diterangkan secara panjang lebar 9 cara menarik trafik. Anda boleh rujuk dalam bab sistem trafik.

Kepada yang belum berkesempatan memiliki panduan clickbank lagi, saya ada alternatif lain buat anda. Iaitu sebuah laporan bertajuk "The Traffic Tips Report". Ia baru sahaja diedarkan 3 hari lepas dan ditulis oleh Justin Michie.

Laporan ini ditulis dalam Bahasa Inggeris. Tapi isinya memang ringkas dan mudah difahami. Kandungannya disenaraikan melalui point ringkas. Ada "247 cara menarik trafik" yang didedahkan hasil pengalaman 5 tahun (kalau tak silap saya).

Selain itu, laporan ini turut disokong oleh pakar - Adsense Joel Comm dan pakar Internet Marketing - Willie Crawford.

Malah laporan yang turut dijual di sesetengah website ni boleh anda dapatkan secara PERCUMA di bawah.


Free Traffic Tips Report - CLICK HERE!




Saya ada satu KEJUTAN buat anda. Berita yang pasti anda suka iaitu pasal cari duit atau buat duit dengan mempromosikan report "The Traffic Tips Report"!

Anda akan dibayar $1 untuk setiap seorang yang download melalui link anda. Peluang ini terbuka kepada seluruh penduduk dunia dan dibuka sehingga 30 September 2008 sahaja.

Untuk buat duit melalui report ini, saya galakkan anda buat promosi secara besar-besaran dalam masa yang agak terhad!

Promosikan melalui forum (melalui signature), iklankan di ruangan iklan, blog (macam saya buat ni), PPC (kalau ada budget super lebih) dan kalau anda ada mailing list bolehlah email kepada subscriber anda.

Baiklah, pembayaran akan dibayar pada 31/10/2008 sekiranya tiada masalah yang dihadapi oleh Justin Michie. Bayaran akan dibayar melalui paypal.

Ehem...ehem.. kalau anda dapat promosikannya dengan baik, lepas raya ni tak perlulah fikirkan masalah pokai atau poket kosong!


Selamat Mendownload Selagi Boleh!
Read more »

Sep 9, 2008

Nak Trafik Percuma ke Web Anda?

Bagi seseorang blogger atau webmaster, trafik adalah elemen terpenting untuk mempopularkan laman mereka. Makin banyak trafik yang berkualiti, makin tinggilah peluang mereka untuk menjana pendapatan. Tapi bukan senang nak tarik trafik ni.


Anda perlu melipatgandakan usaha promosi dengan pelbagai cara. Apabila menguji sesuatu kaedah promosi, catatkan hasilnya. Buat perbandingan strategi mana yang lebih baik? Bila dah dapat hasilnya nanti, anda cuma perlu ulang saja teknik yang telah membuahkan hasil.


Malah dalam panduan clickbank ni, cara menarik trafik percuma seterusnya juga adalah melalui pemasaran artikel.


Anda tulis artikel dan hantarkan ke artikel direktori.


Untuk menulis artikel ni ada tips dan strateginya. Semuanya, ada dikongsikan dalam ebook panduan clickbank.


Biasalah, ada tips yang saya dah sedia maklum tapi ada juga beberapa lagi tips tambahan yang telah saudara Mawardee kongsikan di dalam ebook panduan clickbank beliau.


Sikit tips dari saya:



#1: Cari artikel-artikel PLR (Private Label Rights) berbahasa Inggeris.


Artikel PLR ni anda boleh ubah sesuka hati mengikut citarasa dan kreativiti anda.

Tak tau mana nak cari artikel PLR?

Anda boleh dapatkan secara percuma di;

a. Resell Rights Mastery - Anda boleh dapat pelbagai ebook free dalam pelbagai niche

b. 3LR Content - 3lrcontent.com (Milik Jonathan Leger)

c. Atau type jer ayat "free plr articles" dan pilih yang mana berkenan.



#2 Lepas dah dapat artikel PLR, ubahlah kandungannya dalam 30% ke 40%.


Boleh gunakan tool language yang telah Google sediakan di;

http://www.google.com/language_tools



#3 Setelah artikel anda dah siap, bolehlah submit ke artikel direktori seperti;


• Ezine Articles - http://www.ezinearticles.com/

• Article Dashboard - http://www.articledashboard.com/

• Article Marketer - http://www.articlemarketer.com/



#4 Ulang semula langkah #1 hingga #3 untuk artikel yang lain


Itulah secara ringkas langkah yang boleh anda buat. Kebanyakan ebook yang saya baca, memang begitulah asasnya. Selebihnya, adalah anda perlu bertindak untuk memulakannya!

Tapi kalau anda rasa ianya masih tak cukup dan agak keliru, lepas tu anda inginkan tips yang lebih "power", saya syorkan anda klik di sini untuk mendownloadnya!

Itu saja! =D
Read more »

Aug 5, 2008

SISTEM KAJIAN: MEMILIH ITU PENTING

Mari kita sambung sikit mengenai sistem kajian dalam Panduan Clickbank ni. Ingin saya tekankan di sini bahagian sistem kajian ini teramatlah penting. Lebih-lebih lagi kepada anda yang masih newbie.

Sebagai permulaan, kita mesti tahu produk tu dapat menukar prospek kepada pelanggan atau tidak? Ada satu tip rahsia yang dikongsikan di sini iaitu;

Produk yang tak menghasilkan jualan selepas XXX orang pelawat melawat laman web tersebut, adalah produk yang tak berjaya menukar prospek kepada pelanggan dengan agresif. Tinggalkan produk ini dan cari produk lain. Biasanya kuasa ini banyak ditentukan oleh salesletter iaitu surat jualan dan **** ***** pada laman web tersebut.

Ruang yang bertanda XXX dan **** ***** itu terpaksa saya rahsiakan. Sebabnya itulah antara ilmu baru yang saya dapat melalui ebook panduan clickbank ni. Dalam mana-mana e-book lain sama ada berbahasa Malaysia atau Inggeris, saya tidak nampak penekanan ini.

Sebagai tambahan, ada 2 langkah penting dalam menilai dan memilih mana satu produk yang kita boleh promosikannya iaitu:

A. Langkah 1: Mencari Produk Melalui Tools di Clickbank

Penekanan - langkah ini perlu di"highlight" oleh newbie atau kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan clickbank ni.
Tujuannya bagi memastikan kita dapat cari duit di clickbank walaupun terpaksa bersaing dengan agen affiliate yang dah bertaraf "otai'. :)

B. Langkah 2: Mencari Produk "Converting" dengan Sistem Pemarkahan "CR" - Conversion Rate

Ada 8 kriteria yang berlainan. Langkah ini sesuai bukan sahaja untuk mempromosikan produk di clickbank semata-mata, tetapi boleh juga digunakan untuk mempromosikan produk di PayDotCom!
Di sini, kita akan diajar kaedah membuat penilaian terhadap sesuatu produk tu dengan menggunakan sistem pemarkahan.
Jika sebelum ni, kita memang tak tahu nak menilai. Sekarang tidak lagi! :p

Akhir sekali, sistem pemarkahan ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam pemilihan produk. Sekurang-kurangnya, sebelum nak mempromosikan sesuatu produk, kita dah ada satu senjata penting!


Read more »

Aug 4, 2008

PANDUAN CLICKBANK: SISTEM KAJIAN

Salam Sejahtera,
Kita telahpun sampai ke peringkat sistem kajian dalam Panduan Clickbank ni. Sistem kajian ni amat penting sebelum kita melangkah lebih jauh lagi. Jika tersilap langkah, maka sia-sialah usaha kita selama ni. Segala usaha promosi tidak mendatangkan apa-apa keuntungan. Masa terbuang, tenaga habis begitu saja dan bil elektrik pun bertambah. Adusss....
Dalam sistem kajian, kita diajar bagaimana cara nak memilih produk. Produk apa yang boleh dan patut kita promosikan.
Jika tidak mahu rugi, ada beberapa kita kriteria yang menyebabkan kadar jualan sesuatu produk itu rendah. Tapi yang paling utama ialah:
[+] Kualiti surat jualan (salesletter) laman web yang rendah.
[+] Kualiti produk yang rendah.
[+] Kualiti sistem follow-up yang rendah atau tiada langsung.
-petikan dari e-book Panduan Clickbank
Namun, anda tidak perlu risau sangat. Ini kerana dalam Panduan Clickbank ni ada didedahkan teknik rahsia mencari produk yang terjual. Maksudnya, lepas ni kita boleh tahu produk apa yang boleh terjual dengan laris.

Inilah langkah awal yang terpenting kalau anda betul-betul serius nak cari duit yang lumayan di clickbank ni! :)

Akhir kata, setakat ini saja yang saya boleh kongsikan. Saya nak sambung baca Panduan Clickbank ni.

Nanti saya kongsikan lagi input yang boleh anda semua dapat di dalamnya. Tapi kalau anda dah sedia nak cari duit di Clickbank dengan kadar segera, dapatkannya terus di SINI.

Read more »

Aug 2, 2008

PERLU TAHU TENTANG CLICKBANK

Secara umumnya, proses asas untuk mencari duit di Clickbank ada 5 iaitu:


1. Mendaftar sebagai agen affiliate melalui alamat di bawah;

http://www.clickbank.com/affiliateAccountSignup.htm?key=


2. Melakukan kajian dan memilih produk yang sesuai untuk dijual. Boleh lihat page marketplace Clickbank di http://www.clickbank.com/marketplace.htm


3. Setelah mengenalpasti produk yang sesuai, jangan lupa dapatkan link affiliate atau hoplink anda.


4. Promosi produk yang telah dipilih. Langkah ini paling kritikal. Anda perlu melakukan promosi yang efektif supaya dapat menghasilkan jualan. Kalau tiada jualan, tiadalah duit!


5. Jika berjaya menghasilkan jualan dan mencecah had minima pembayaran, anda akan menerima cek dari Clickbank. Saat yang paling mengembirakan dan menjadi idaman setiap agen affiliate. :D


Ok, selesai satu perkara asas. Selepas ini banyak lagi persoalan yang perlu kita ketahui sebelum menceburkan diri di Clickbank ni. Contohnya seperti persoalan yang sering ditanya oleh orang ramai, polisi pembelian, soaljawab tentang akaun & pendaftaran serta soaljawab tentang marketplace.

Semua ini ada diterangkan di bahagian panduan asas dalam Panduan Clickbank ini. Setakat ini, saya pernah membaca beberapa e-book Clickbank berbahasa Malaysia tapi tiada satu pun yang menerangkan perkara yang tidak kurang pentingnya ini.

Orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Tapi kalau dah terlajak di Clickbank silap-silap kena banned, anda yang rugi. :-(

Lebih-lebih lagi kalau dah dapat buat jualan dan melepasi had minima pembayaran, kan ke rugi namanya tu! Penat-penat promosi tiba-tiba kena banned. Rugi tau.


Sebab itulah saya syorkan anda yang belum biasa dengan clickbank, dapatkan Panduan Clickbank ni sebelum dinaikkan harga kelak. :D Belajarlah secara teratur dan bersistematik dengan cara yang betul.


Tak kira apa jualah tindakan kita, pastikan kita merujuk pada panduan yang berkaitan.


Menurut Dr. Fadzilah Kamsah, buku-buku yang pernah dibaca juga boleh dianggap sebagai guru atau mentor beliau.


Akhir kata, jika anda mahu menceburi atau mula mencari duit melalui clickbank, Panduan Clickbank Teknik Clickbank adalah sumber terbaik dalam Bahasa Malaysia setakat ini!


P.S: Ebook panduan clickbank telah ditutup jualannya. Sila dapatkan ebook Teknik Clickbank bagi meneruskan hasrat anda mempelajari teknik menjana pendapatan sebagai affiliate antarabangsa. 
Read more »

Aug 1, 2008

SENARAI PRODUK DIGITAL DI CLICKBANK

Salam Sejahtera,

Mari kita lihat pula senarai produk yang ada dijual di Clickbank ni. Untuk makluman semua, produk yang dijual adalah produk digital sahaja. Maksudnya setelah membeli, kita perlu download produk tersebut. Kalau nak baca pun, melalui skrin komputer saja. Contohnya seperti e-book, software, skrip, video, grafik dan seumpamanya. Kalau nak cetak (print) e-book pun boleh gak. Saya faham kekadang kita lebih selesa membaca buku fizikal kan? Boleh dibawa ke mana saja.


Namun, di Clickbank ni memang tiada sebarang produk fizikal yang dijual.

Jadi, macam mana nak buat duit dari Clickbank ni?

Mudah saja, daftarlah sebagai agen affiliate. Jika ada produk berbahasa Inggeris jadilah publisher di Clickbank.

Di sini saya akan tekankan lebih kepada agen affiliate. Tugas kita ialah mempromosikan produk yang ada di Clickbank ni. Kalau berjaya membuat jualan, dapatlah komisen. Hooray!


Senarai produk yang boleh kita promosikan terdapat dalam pelbagai kategori dan sub-kategori.

Contoh kategori yang ada seperti business to business, health & fitness, home & family, computing & internet, money & employment, marketing & ads dan banyak lagi.

Sekarang kita tengok pula bahagian sub-kategori. Sebagai contoh saya ambil kategori health & fitness. Sub-kategorinya seperti women health, beauty, mental health, nutrition dan diet.

Ya, memang banyak produk yang boleh kita promosikan. Sebab itulah orang kata bukan saya saja yang kata Clickbank ini lubuk emas!

Untuk mendapatkan emas tu, kita perlulah mempunyai ilmu, strategi, teknik, usaha serta promosi yang betul dan efektif.

Kalau anda benar-benar serius nak menjana pendapatan di internet, salah satu caranya adalah menjadi agen affiliate di Clickbank. Jikalau anda masih buntu untuk memulakan projek ini, saya syorkankan anda dapatkan satu panduan yang berkualiti dalam bahasa Malaysia.


Nak berjaya mestilah ada guru, kan?

Seseorang yang ingin cemerlang dalam apa jua bidang pun mesti ada guru dan mesti berguru. Dan ini yang orang kadang-kadang terlepas pandang.

- Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah


Panduan yang dimaksudkan ialah Panduan Clickbank. Download ebook dan bonus tambahan lain hanya di sini.

Nanti saya akan sambung kembali, apa lagi info berharga yang ada dalam Panduan Clickbank.


[MAAF] Ebook panduan clickbank telah ditamatkan jualannya. Pautan di atas telah saya sambungkan ke laman web Teknik Clickbank agar anda boleh memantapkan ilmu mengenai clickbank.
Read more »

Jul 31, 2008

KANDUNGAN UTAMA PANDUAN CLICKBANK

Sebagai permulaan, saya ingin ceritakan apa yang ada di dalam Panduan Clickbank ni. Ada 3 komponen dalam panduan ini iaitu Panduan Asas, Sistem Kajian dan Sistem Trafik.

Pertamanya, saya nak terangkan dulu maklumat yang ada di dalam file panduan asas. Apa-apa benda pun kita buat, mestilah tahu perkara asas dulu kan? Bila dah ada asas yang kukuh, barulah selamba jer melangkah ke peringkat seterusnya. Hehehe.

Antara perkara yang diterangkan dalam panduan asas ni ialah memahami konsep asas affiliate, apa itu affiliate, bagaimana sistem affiliate itu berfungsi dan jenis program affiliate.


Setelah jelas diterangkan semua perkara di atas, tibalah masa untuk tackle mengenali dengan lebih dekat lagi apa itu cinta clickbank!

Mulai saat ini, sesiapa yang belum kenal tetapi nak sangat mengetahui apa itu clickbank, segalanya bakal terjawab. Penerangan mengenai clickbank dan bagaimana ia berfungsi akan ditunjukkan satu persatu kepada kita. :D

Untuk makluman awak, status keahlian clickbank ni ada dua iaitu publisher dan affiliate.

Kalau awak ada produk digital untuk dipasarkan melalui clickbank, bolehlah daftar sebagai publisher. Pendaftaran sebagai publisher akan dikenakan bayaran sebanyak $49.95 untuk pengaktifan. Bayaran ini dikenakan sekali sahaja tau.

Tapi sebelum mendaftar sebagai publisher, haruslah mendaftar sebagai agen affiliate dulu. :p Kemudian, barulah "upgrade" status sebagai publisher.


Kalau nak tahu lebih lanjut dengan cepat mengenai panduan asas ni, boleh belajar ilmu ni dari ebook Panduan Clickbank.

Demi anda, saya akan cungkil lebih mendalam lagi mengenai panduan asas dalam ebook panduan clickbank.


[UPDATE] Jualan ebook panduan clickbank telahpun ditutup. Tapi, anda boleh belajar perkara yang sama melalui teknik berbeza dan lebih fokus menerusi Ebook Teknik Clickbank.
Read more »

Jul 18, 2008

KEMUNCULAN BLOG PANDUAN CLICKBANK

Salam Sejahtera,

Pertama sekali, jutaan terima kasih kepada yang sudi mengunjungi blog Panduan Clickbank. Selamat datang dan salam berkenalan dari saya.

Sebagai pengenalan, blog Panduan Clickbank ini diwujudkan bertujuan untuk berkongsi informasi tentang Clickbank. Kalau tak salah saya, sejak April 2008 pihak Clickbank telah membuka keahliannya kepada rakyat Malaysia.

Ini tentunya satu berita gembira buat rakyat Malaysia. Hooray! Sebelum ini, memang ramai yang sudah dan sedang seronok buat duit dari Clickbank ni. Cuma, mungkin ada yang terpaksa membuka virtual office di US dan tak kurang juga yang meletakkan alamat di Singapura.

Namun, sekarang ni semua dah boleh meletakkan alamat rumah di Malaysia untuk menerima cek dari Clickbank.

Harapnya, selepas ini Clickbank tidak menutup pintu pada rakyat Malaysia lagilah. :D

Okaylah, nanti saya akan kongsi lagi cerita tentang Clickbank ni lagi yer. :p
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...