Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Showing posts with label optimasi enjin carian. Show all posts
Showing posts with label optimasi enjin carian. Show all posts

Jan 31, 2009

Dapat Komisen Affiliate Panduan Clickbank?

Buat kali keduanya, saya hanya nak criter bab komisen affiliate panduan clickbank. November lalu, saya pernah menulis mengenainya. Kalau anda terlupa atau tak tahu, sila rujuk di sini.

Mengapa saya buat entri khas pasal komisen affiliate ini? Mudah saja. Saya nak anda tahu bahawa ilmu yang ada dalam panduan clickbank bukan hanya sesuai untuk mempromosikan produk affiliate clickbank semata-mata. Bahkan anda boleh applikasikan ilmu itu untuk mempromosikan sebarang produk lain.

Untuk mengelakkan rasa was-was, saya sertakan screenshot email yang diterima daripada pihak Mawardee dan Maybank2u bagi notifikasi pembayaran komisen.



Email daripada Mawardee



Email daripada Maybank2u


Alhamdulillah, saya berjaya menghasilkan 9 jualan. Iaitu untuk bulan November, Disember dan Januari. Secara puratanya, 3 jualan dalam sebulan.

Tak lupa juga, jutaan terima kasih buat Mawardee atas pembayaran tersebut. :D


Sebagai tanda terima kasih pada anda pula, saya dedahkan strategi yang diapplikasikan untuk menghasilkan jualan tersebut. Saya cuma guna 1/3 daripada 9 teknik yang dibincangkan dalam ebook panduan clickbank. Anda boleh rujuk dalam bahagian sistem trafik. :D


Strategi pertama ialah menggunakan social bookmarking dan web 2.0. Saya cuma submit ke digg, propeller dan buat squidoo lens. Dalam banyak2 social bookmarking, tu digg dan propeller agak berkesan pada saya dalam usaha menarik trafik. Saya juga nak cuba StumbleUpon nanti.


Keduanya, saya gunakan optimasi enjin carian (SEO). Topik yang sedang dibincangkan di blog panduan clickbank ni. Buat pengetahuan anda, saya akan memberi input seterusnya dalam masa terdekat. Harap anda datang ke sini lagi nanti.

Akhir sekali, pemasaran blog. Seperti yang anda lihat sekarang. Saya menggunakan blog sebagai medium untuk share sebarang maklumat berguna dengan anda. Saya sentiasa cuba menyediakan kandungan yang berkualiti agar kunjungan anda berbaloi. Harap anda dapat terus memberikan sokongan.


Satu strategi lain ialah dengan mengiklan di laman iklan percuma. Namun, sehingga sekarang saya belum nampak keberkesanan mengiklan di sana. Sebab itu saya tak berani nak rekomenkan anda mengiklan di laman tersebut.

Kalau anda meletakkan iklan berbayar (i.e banner atau hot ads) di laman iklan percuma tersebut mungkin lain hasilnya. Itu saya kurang pasti sebab tak pernah cuba.

Tapi, kalau anda nak gunakan iklan berbayar, lebih untung kalau mengiklan di berita harian online. Pulangannya lebih tinggi sebab ramai yang berkunjung ke sana setiap hari!


Sebelum berundur, saya amat berharap kepada anda yang benar-benar nak cari duit di internet, ebook panduan clickbank adalah salah satu rujukan yang bagus serta boleh didapati pada harga yang berpatutan.

Salam Maju Jaya dari saya!
Read more »

Jan 22, 2009

Menarik Trafik Berkualiti Dengan SEO Pt.3

Menarik trafik dengan SEO (optimasi enjin carian) agak sukar untuk saya jelaskan pada mulanya. Manakan tidak, saya dah kaji daripada pelbagai sumber rujukan tapi ada sesetengah fakta yang agak bercanggah sikit. Sebab kebanyakan ebook SEO yang pernah saya baca adalah berdasarkan pengalaman dan kajian persendirian individu yang mahir pasal SEO. Kebanyakannya dah bertahun-tahun buat kajian pulak tu.

Sehubungan itu, saya akan lebih berhati-hati dalam menyampaikannya agar usaha anda menarik trafik melalui seo tak sia-sia kelak.

Dalam blueprint panduan clickbank, kemungkinan ada di antara anda yang berpendapat penerangannya tak detail sangat. Jadi, saya cuba tampung yang mana boleh. Saya mahu anda menguasai asasnya dengan kukuh. Kang jangan ada yang bosan plak bile bace entri yang agak panjang lebar ni.

Memula sekali, kita perlu mencari dan mengkaji kata kunci (keyword) yang sesuai. Sesuai di sini maksudnya ada kait mengait ngan produk yang nak dipromosikan. Pastikan dulu keyword tu kurang persaingan tetapi ada atau banyak permintaan.

Satu lagi perkara terpenting, keyword tersebut mestilah menguntungkan. Dalam ertikata lain, ia mampu menghasilkan komisen lumayan untuk anda. Itulah yang anda perlukan sebenarnya!

Proses mencari dan mengkaji keyword ni bertujuan memastikan anda berjaya menempatkan laman sesawang anda di enjin carian dulu. Kemudian, barulah anda boleh mengoptimasikannya pada 10 kedudukan teratas. Itulah konsep asas yang perlu anda tahu dan faham.


Setakat ni anda faham tak?


Pendek kata, anda mesti cari keyword yang sesuai dulu supaya mudah untuk menempatkan laman sesawang di enjin carian. Bila laman sesawang anda dah berada (index) di enjin carian, barulah senang nak bersaing dengan website/blog lain untuk berada di 10 kedudukan yang teratas.


Peringkat seterusnya, saya tunjukkan asas nak mencari keyword atau niche (bidang pengkhususan) yang sesuai. Saya ambil contoh produk tempatan dulu. Nanti anda boleh sesuaikan cara berikut untuk produk di clickbank marketplace.

Produk yang nak dipilih adalah berkaitan dengan niche perkahwinan. Sebabnya, saban tahun mesti ramai pasangan yang akan berkahwin. Jadi, sudah tentu produk berkaitan perkahwinan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi serta berterusan.

Sekarang, cuba bayangkan atau senaraikan terus perkataan yang bakal anda sendiri taip kalau nak cari info berkaitan perkahwinan?


Alamak... susah la nak bayangkan. Waduhh... pening kepala. Macamner ni erk???


Kalau anda rase susah, sila gunakan tool yang ada disediakan oleh google. Antaranya "Keyword Tool External". Boleh klik dekat "Google Keyword Tool External" kemudian nanti.


Sekarang saya tunjukkan sikit apa yang boleh kita buat dengan tool di atas. Bila anda klik pada link yang saya beri tu, ia akan ke page berikut.





Bila dah sampai ke situ, anda masukkan keyword yang dirasakan sesuai. Saya pilih kad kahwin dulu. Lihat hasilnya di bawah tu.





Kemudian, anda skrol tetikus anda ke bawah. Ada banyak idea keyword yang keluar di situ. Buat masa ni, anda tengok dulu semua keyword tu dan lihat anggaran purata cariannya dalam sebulan (Approx Avg Search Volume).





Dah panjang sangat pulak entri kali ni. Nanti saya sambung kemudian. Kita nak pilih keyword yang menguntungkan pada entri seterusnya. Kita minum dulu! :D
Read more »

Jan 10, 2009

Menarik Trafik Berkualiti Dengan SEO Pt.2

Kalau anda masih musykil apa itu seo (optimasi enjin carian) dan konsepnye, saya nasihatkan anda bace dulu entri "menarik trafik berkualiti dengan seo". Pada episod ni, saya hanya nak tambah sikit maklumat asas yang perlu anda tau sebelum melangkah lebih jauh.

Menurut mentor saya, ada 4 jenis trafik yang boleh dibawa ke blog atau landing page anda:


1] Trafik secara terus (Direct traffic)

Trafik dari jenis ini biasanya adalah pelawat berulang (returning visitor). Anda pernah tak datang ke sini sebelum ini? Kalau pernah, maknanya anda ialah returning visitor.


2] Referral traffic

Anda biasanya datang ke satu-satu website (laman sesawang) atau blog setelah diperkenalkan oleh rakan-rakan ATAU

Menjumpainya melalui website atau blog lain. Sebagai contoh, cuba tengok kat menu bahagian atas sekali (tulisan putih). Nampak tak menu "SyokTrafik" dan "Zango"??

Kalau anda melawat ke sana melalui blog ini, maknanya laman "SyokTrafik" dan "Zango" tu mendapat "referral traffic" dari sini.


3] Search engine traffic (Trafik enjin carian)

Trafik inilah yang akan saya citer nanti. Datangnya dari enjin carian seperti google, yahoo dan msn. Trafik ini juga dipanggil organic and targeted traffic. Selalunya berkualiti sebab mereka memang tengah mencari sesuatu. Kadangkala, ada di antara mereka yang dah bersedia untuk membeli!

Kalau anda rekomenkan sesuatu produk yang berkaitan dengan apa yang mereka cari, kebarangkalian untuk mereka beli amat tinggi. :D


4] Trafik berbayar (Paid traffic)

Ada sesetengah agen affiliate menggunakan trafik jenis berbayar. Mereka mengiklankan produk affiliate di laman web yang popular ataupun sesuai dengan niche mereka. Contohnya kat ebay dan usfreeads.

Enjin carian (google) amat suka dengan usfreeads ni. Ntah kenape saya kurang pasti. Ada 2 jenis keahlian iaitu percuma dan berbayar (premium). Saya pernah diberitahu yang usfreeads (akaun premium) antara platform berkesan untuk anda mengiklankan produk affiliate!

Anda boleh tengok dulu laman usfreeads di SINI.

Antara kaedah trafik berbayar lain yang popular adalah pay per click  (google adwords), tempah iklan banner di blog popular dan sebagainya.


Itulah 4 jenis trafik yang boleh anda bawakan ke blog atau landing page. Seterusnya, barulah saya akan sambung dengan on-page optimization dan off-page optimization pada post akan datang.

Harap anda semua dapat tunggu dengan penuh sabar...


p/s: Kalau ada penerangan di atas yang kurang tepat, harap anda yang arif dapat perbetulkan di ruangan komen. Sekian, terima kasih.
Read more »

Jan 5, 2009

Menarik Trafik Berkualiti Dengan SEO

Menguasai SEO (Search Engine Optimization) atau Optimasi Enjin Carian adalah satu bonus besar buat agen affiliate. Lebih-lebih lagi untuk pasaran antarabangsa. Boleh dikatakan semua agen affiliate mengidamkan kedudukan teratas di enjin carian seperti google, yahoo dan msn. Paling idak pun first page!

Menurut wikipedia,

Search engine optimization (SEO) is the process of improving the volume and quality of traffic to a web site from search engines via "natural" ("organic" or "algorithmic") search results.


Ape kebende nye optimasi enjin carian nie. Tak paham lah?

Optimasi enjin carian (SEO) ni maksudnye blog, landing page atau laman sesawang (website) anda mesra enjin carian. Berada di kedudukan yang baik. Sebaik-baiknye page pertama lah, di kedudukan 10 teratas.

Orang surf internet sebab nak cari informasi dan hiburan. 85% (+-) daripada mereka gunakan enjin carian untuk explore apa yang dikehendaki. Bile mereka taip sebarang keywords (kata kunci), dan laman sesawang anda berada pada kedudukan pertama atau 10 kedudukan teratas.....

Sudah tentu kebarangkalian untuk klik dan mengunjungi laman sesawang anda adalah tinggi!

Bila ada orang melawat (trafik), anda perlu manfaatkan pelawat anda sebaik mungkin. Sediakan kandungan (content) yang dapat membantu mereka. Pastikan mereka tak kecewa setelah berada di laman sesawang anda.

Tapi jika anda bukan seorang yang pakar dalam sesuatu bidang, anda boleh mengesyorkan sesuatu panduan atau websites lain yang boleh membantu mereka.

Contohnya, anda mengunjungi blog ni. Anda tentunye mahukan info mengenai clickbank. Saya bukanlah seorang pakar clickbank. Saya masih lagi dalam proses pembelajaran. Saya hanya kongsikan limu yang tak seberape ni. Tapi saya dah menjumpai satu panduan yang dapat mengajar anda menjana pendapatan dengan clickbank. Kemudian saya pun syorkanlah kat semua individu yang memahami Bahasa Malaysia.

Pendek kata, kalo landing page/squeeze page anda pula yang berada di ranking top 10, kebarangkalian anda mendapatkan email prospek dan membuat jualan adalah tinggi!

Lebih kurang cenggitulah konsep dan kepentingan SEO ni.

Untuk melakukan optimasi enjin carian, anda pun perlukan ilmu. Tak boleh hentam kromo saje. Secara asasnye, anda perlu lakukan on-page optimization dan off-page optimization.

Kalo nak cite pasal on-page dan off-page optimization, penerangannye agak panjang lebar. 7 hari 7 malam pun belum tentu habis. Eeh, takderlah. Gurau-gurau je tu.

Saya sebenarnya tak mahu membebankan otak anda. Cukuplah sekadar anda paham dulu konsep asas dan kepentingan SEO. Lepas semuanye dah reda, saya akan buat entri khas berkaitan on-page optimization dan off-page optimization.

Senang-senang, anda jenguklah ke sini lagi.:D
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...