Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Dec 29, 2008

Ebook Rujukan Pemasaran Forum

Pemasaran forum sememangnya salah satu strategi menarik trafik ke blog, web jualan, landing page serta squeeze page yang biasa digunakan oleh kebanyakan Netpreneur. Selain percuma, jika anda bijak memanfaatkan taktik ni, peluang membuat jualan agak cerah.

Dalam panduan clickbank pun ada dibincangkan hal ni. Anda boleh rujuk pada m/s 155 dalam ebook sistem trafik. Mungkin sesetengah anda menganggap penerangan kat dalam tu agak basic. Lebih-lebih lagi kalau anda dah biase berforum.

Sebagai bonus buat anda yang mengunjungi blog panduan clickbank, ada 1 ebook rujukan berkaitan pemasaran forum untuk dikongsi. Ia ditulis dalam English oleh Borge Hansen. Tajuknya 'Forum Marketing Secrets'.





Beliau telah memberikannya kepada saya beserta dengan lesen private label rights (plr).


Anda boleh download dengan hanya KLIK DI SINI.


Di dalamnya, ada maklumat tambahan serta strategi yang boleh dipakai bagi memulakan projek clickbank anda pada masa depan. Mungkin salah satu azam 2009 anda untuk mendapat cek pertama dari Clickbank??


Semoga azam 2009 anda dan saya tercapai!


~~~ Salam Maal Hijrah 1430 kepada seluruh umat Islam ~~~


p/s: Sebaliknya, bagi anda yang ingin membina kredibiliti di forum, ada beberapa case study yang telah dimuatkan di SINI.
Read more »

Dec 28, 2008

4 Ebook Rujukan Promosi Produk Clickbank

Artikel bersiri 5 langkah untuk bermula dengan clickbank dahpun berakhir. Bagi melengkapkan pengetahuan anda mengenai cara mempromosi melalui laman web 2.0, saya dah jumpa ebook rujukan squidoo dan hubpages. Sebagai bonus, saya sertakan sekali ebook berkaitan yahoo answers bagi memantapkan skill promosi anda!

Kalau masih terpinga-pinga mengapa saya nak berikan ebook squidoo dan hubpages, sila ke entri terdahulu di SINI.

Tanpa berlengah, saya dengan rase rendah diri menjemput anda yang berminat agar mendownload 4 ebook rujukan untuk mempromosi produk clickbank spt di bawah.


1. Squidoo Profits



Link download = Klik Squidoo Profits


2. HubPages Guide



Link download = Klik HubPages Guides


3. HubPages Blueprint



Link download = Klik HubPages Blueprint


4. Yahoo! Answers



Link download = Klik Yahoo! Answers


Selamat Mendownload!
Read more »

Dec 9, 2008

5 Langkah Untuk Bermula Dengan Clickbank Pt. 4

Kalau ikut perancangan asal, inilah langkah terakhir anda untuk bermula dengan clickbank. Tapi kalau ada sebarang update, saya akan buat post khas kelak. ;D


Langkah 5: Lihat hasilnya dan lakukan penambahbaikan


Menurut mentor saya, kalau anda dah buat 4 langkah terdahulu, anda dah mampu menuai hasilnya sekarang. Banyak atau sikit komisen yang anda terima bukanlah isu kat sini.

Sebaliknya, anda perlu melipatgandakan usaha agar matlamat untuk mendapat cek dari pihak clickbank tercapai!

Perkara yang perlu anda tahu sekarang adalah;

i. Berapa ramai yang melawat website anda.

ii. Berapa ramai yang klik link affiliate anda.

iii. Berapa ramai yang membeli melalui link affiliate anda.

Masalahnya, bagaimana caranya anda nak track 3 perkara kat atas tadi??

Mula-mula, anda gi kat laman squidoo. Jika belum daftar, sila daftar dulu. Kemudian Login. 


1.0 Login ke akaun squidoo anda


Kemudian, untuk mengetahui statistik trafik website anda (squidoo lens), klik pula pada My Stats. Rujuk gambar di bawah.


 
2.0 Tengok statistik anda


Jika anda baru mendaftar, kemungkinan besar anda cuma ada satu lens saja. Jika belum ada lens, anda perlulah cipta satu. Ikut saja arahan yang disuruh. Kalau saya jumpa panduan squidoo dalam hard disk ni, nanti saya kongsi dengan anda, ok. :p


Kalau ada lebih daripada 1 lens, anda klik dulu kay My Stats. Kemudian pilih lens yang dikehendaki. Lepas itu, barulah anda dapat tengok Summary, Traffic dan Royalties. Macam kat bawah ni.


 
3.0 Lihat statistik lens anda di sini


Baiklah, ini adalah cara untuk tracking lens anda. Iaitu di sini anda dah tahu berapa ramai yang dah melawat website(squidoo lens) anda. Maknanya langkah no i. kat atas dah selesai. ;p


--- Relaks jap. Tarik nafas dalam-dalam dulu, dan lepaskan perlahan-lahan.

Dah lega?? Meh kita sambung. ---


Sekarang saya terangkan cara mengetahui berapa ramai yang klik dan membeli melalui link affiliate anda. Iaitu langkah no ii dan iii.

Mula-mula, pergi dulu ke ruangan Login Clickbank. Kalau belum daftar, sila daftar dulu. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk membuka akaun. Saya buka satu akaun dummy khas untuk tutorial ni.;p

Screenshot ada kat bawah.


 
4.0 Login akaun clickbank


Anda akan dibawa ke paparan seperti di bawah. Klik pada "Reporting".


 
 5.0 Akaun clickbank


Kemudian anda akan dibawa ke satu paparan yang akan dibuka pada tetingkap lain. Klik pada Analytics.

 
6.0  Paparan lain selepas klik "Reporting"


Pada paparan ini, anda klik Analytics dan dibawa pula ke paparan di bawah.


7.0 Set tarikh promosi


Pada page ni, anda boleh set tarikh promosi yang dibuat melalui squidoo lens. Saya menganggap anda hanya mempromosi melalui laman web2.0 squidoo saja dulu.

Mungkin anda boleh promosi produk yang berlainan melalui laman hubpages.com dan weebly.com. Tujuannya untuk memudahkan anda mengesan cara mana yang memberikan pulangan terbaik.

Ok, selepas anda dah klik Go pada rajah 7.0, anda akan dibawa terus ke page di bawah. Tunggu ia loading beberapa saat. Harap dapat bersabar. :p


8.0 Keputusan hasil usaha promosi


Pada rajah 8.0, anda dapat lihat hasil usaha promosi yang telah dilakukan. Di mana;

a. # Hops menunjukkan berapa kali link affiliate anda telah diklik melalui squidoo lens.

b. # Sales menunjukkan hasil jualan yang telah berjaya anda lakukan.

Saya cuma nak ingatkan yang di atas ni hanya contoh semata-mata. Ia sekadar untuk pembelajaran bersama.

Sebab kat squidoo lens tu saya promosikan ebook panduan clickbank, bukannya produk affiliate kat clickbank marketplace. Harap anda tak keliru. ;-)


---Ok, saya nak relaks lagi sekali.

Kita minum dulu barang seteguk dua air suam---

Wookey...

Sekarang kalau usaha anda sebelum ni tak berhasil, ada baiknya anda buat penambahbaikan dan split testing.

Macamner tuh???

Ada beberapa trik yang boleh anda buat. Antaranya adalah;

i. Ubah sikit isi kandungan squidoo lens anda. Baca semula, dan perbaiki struktur ayat agar lebih menarik perhatian pembaca.

ii. Tukar posisi link affiliate anda. Sama ada di atas, tengah mahu pun di bawah. Lakukan try and error. Perhatikan posisi mana yang paling mendapat banyak klik dan pilih kedudukan link lebih menguntungkan.

iii. Kalau perlu, ubah tajuk kepada ayat yang lebih mengujakan prospek untuk klik.

iv. Gunakan ayat tindakan yang berbeza seperti - download now, secure your place, get it now, invest now dll.


Akhirnya, selesai juga 5 langkah untuk bermula dengan clickbank. Segala kekurangan harap anda dapat luahkan di bahagian komen.

Harap anda dapat teruskan usaha untuk sukses dengan clickbank!
Read more »

Dec 7, 2008

5 Langkah Untuk Bermula Dengan Clickbank Pt. 3

Pada tahap ini, saya harap anda dah buat kajian dan faham langkah 1 dan langkah 2. Iaitu berkenaan produk untuk dijual dan mencari pembeli berpotensi. Kalau belum, baik anda baca post sebelum ni di sini dan juga sini.

Sekarang, anda akan teruskan dengan...


Langkah 3: Tempat untuk menjual (website)

Bila sebut pasal website, pasti akan terpacul di benak fikiran anda pasal nama domain (nama kedai online seperti teknikclickbank.com) dan webhosting (tapak kedai online). Itupun kalau anda pernah dengarlah. Kalau tak, tak mengapa. Saya takkan bincangkan di sini.

Sebabnya...

Anda boleh gunakan web 2.0 sebagai tempat untuk mempromosikan produk affiliate clickbank anda.

Antara web 2.0 yang dikatakan power adalah;

i. Hubpages - hubpages.com

ii. Squidoo - www.squidoo.com

iii. Weebly - www.weebly.com

Lagi satu, anda boleh gunakan servis web 2.0 di atas secara percuma. Kalau anda mempunyai bajet yang agak terhad, gunakanlah kesempatan ini sebaik mungkin.

Saya tak dapat nak terangkan pasal web 2.0 kat atas secara terperinci kat sini. Harap anda dapat explore sendiri. :)

Kalau saya jumpa balik ebook mengenai hubpages dan squidoo, saya akan letak kat blog ni. Nanti anda boleh download secara percuma. Kalau takde kat post ni, mungkin anda boleh cari kat bahagian sidebar sebelah kanan nanti. :p

Tapi saya tak janji sebab dah tak ingat kat mana ebook tu. Pasal weebly pula, saya belum explore lagi (sebab baru tau). Kalau ada info pasal weebly, saya akan update kelak.

Apa yang perlu anda tulis kat web 2.0 ni adalah artikel yang berkaitan dengan produk clickbank yang anda nak promosikan tuh. Anda taip kat google keyword yang berkaitan dengan produk tersebut.

Dalam kes ni saya ambil Master Clease Secrets 10 Day Diet sebagai contoh. Cari beberapa artikel yang anda rasa mampu memberi manfaat kepada pembaca. Kemudian anda olah semula artikel tu mengikut gaya penyampaian masing-masing. Tujuannya supaya ia menjadi artikel yang unik. Langkah ini juga memerlukan sedikit masa.

Cara lain untuk mendapatkan idea menulis artikel ialah dapatkan artikel yang ada lesen private label right (plr). Atau pergi kat laman wikipedia, ehow dan howtodothings.


Langkah 4: Mendapatkan trafik


Anda hantar artikel (yang dah ditulis di laman web 2.0 tadi) ke laman social bookmarking untuk menarik trafik. Antara social bookmarking yang berkesan adalah;

i. Propeller - www.propeller.com

ii. Digg - digg.com (Wajib ni)

iii. StumbleUpon - www.stumbleupon.com

iv. Reddit - www.reddit.com


Selain itu, cara menarik trafik adalah dengan menulis artikel submit ke artikel direktori. Anda boleh lihat senarai artikel direktori kat sini.


Nampaknya, kita terpaksa bersambung lagi. Saya ada hal sikit ni. Nanti saya akan sambung dengan langkah terakhir.
Read more »

Dec 5, 2008

5 Langkah Untuk Bermula Dengan Clickbank Pt. 2

[ Ini adalah kesinambungan kepada tulisan yang lepas => 5 langkah untuk bermula dengan clickbank. ]


Langkah 2: Mendapatkan pembeli


Menjual pada prospek yang berminat dengan produk digital yang anda promosikan adalah tindakan yang tepat. ;p

Okay, kita ambil contoh produk yang dah dipilih sebelum ni. Iaitu Master Cleanse Secrets 10 Day Diet.

Kerja anda sekarang ialah mencari keyword yang sering digunakan oleh pengguna internet. Ia juga mestilah berkaitan dengan produk tersebut.

Antara keyword yang berkaitan adalah fat loss, weight loss, diet dan seumpamanya. Dalam kes ni, kalau anda google 3 keyword tadi, anda akan dapat result yang terlalu banyak.

Result yang terlalu banyak hanya menyukarkan anda untuk bersaing dengan website/blog lain. Sebaik-baiknya cari result di bawah 500 000. Kalau tak dapat cari, sebagai permulaan carilah keyword yang mempunyai result di bawah 2 juta.


Dapat, tak?


Kalau masih keliru, harap anda study dan buat research pasal keyword ni perlahan-lahan.


Sebagai contoh, saya pilih keyword lemonade diet recipe. Kalau anda lihat, ada lebih kurang 300 000 result. Tak caye? Tengok kat bawah ni...

 
Result yang diperolehi kat sebelah kanan 


Tapi sebelum itu, saya gunakan keyword tool external untuk mencari keyword yang bersesuaian dan memang ada dicari oleh pengguna internet. ;p 


 
Keyword lemonade diet recipe dan keyword lain yang boleh dipakai


Antara tool lain yang sama fungsinya yang anda boleh pakai -



Nanti anda try sendiri, ok?

Langkah seterusnya anda cari lagi keyword yang hampir sama. Nak senang amik saje list keyword yang ada dalam rajah kat atas tu. Pilih dalam 5-10 keyword.

Aaaa... pastikan anda semak (taip) balik keyword yang lain kat google. Lihat hasilnya. Pilih yang resultnya kurang daripada 2 juta. Lagi kurang lagi bagus! (Proses ni makan masa skit)

Oleh sebab proses ni memakan masa, nanti kita sambung lagi......
Read more »

Dec 3, 2008

5 Langkah Untuk Bermula Dengan Clickbank

Sudahkah anda mula menjana pendapatan dengan affiliate clickbank? Ataupun baru nak godek-godek clickbank marketplace? Kepada yang belum ataupun masih newbie dengan clickbank, saya akan kongsikan 5 langkah untuk bermula dengan clickbank.

Sebelum tu, anda belum tahu apa itu clickbank marketplace?

Inilah rupanya Clickbak Marketplace


Terus terang saya katakan, saya pun masih belum mula dengan clickbank ni. Masih lagi dalam proses pembelajaran. Sebab itulah saya beli ebook panduan clickbank tulisan Mawardee. Menjadi affiliate clickbank adalah perancangan akan datang saya. ;p

Harap-harap berjaya hendaknya. Amin.

Selain panduan clickbank, banyak lagi rujukan yang sudah dan bakal saya baca. Kalau ada strategi yang bagus, saya akan tulis kat sini. Harap anda yang lebih berpengalaman pun dapat kongsi idea kat sini. ;D

Buat masa ni, saya share dulu langkah asas untuk bermula dengan clickbank.

Mari kita sama-sama belajar. Iaitu ada 5 perkara;

1. Memilih produk digital untuk dijual

2. Mencari pembeli yang berpotensi

3. Tempat untuk anda menjual

4. Menarik perhatian pembeli atau mendapatkan trafik

5. Lihat hasilnya dan lakukan penambahbaikan

Kalau tengok perkara kat atas nampak macam simple. Budak sekolah pun boleh buat,kan? Tapi ia bukanlah semudah yang kita sangka. Banyak lagi kerja yang perlu dibuat lepas ni.

Buat permulaan, saya huraikan langkah 1 dulu iaitu;


Langkah 1: Memilih produk


Jangan sesekali meremehkan langkah 1 ni. Tersilap pilih, boleh jatuh kredibiliti anda nanti.

Di mana anda nak pilih produk?

Tentulah di clickbank marketplace...

Sebelum tu, anda dah daftar di clickbank ke belum?

Kalau dah, tahniah! Anda dah maju setapak ke depan.

Belum lagi?? Anda boleh daftar sekarang atau bila-bila masa saja di ruangan sign up clickbank.

Anda akan lihat sebijik macam ruangan kat bawah ni.


Sign up sebagai affiliate clickbank


Okay, sekarang berbalik pada pemilihan produk. Salah satu strategi ialah pilih produk yang anda minat atau ada pengetahuan mengenai perkara tersebut.

Katakanlah anda minat mengenai penjagaan kesihatan. Pilihlah kategori Health & Fitness. Lepas tu, pilih juga sub-kategori. Dalam contoh ni, saya ambil sub-kategori Alternative. Kemudian pilih Sort by => High Gravity dan tekan butang Go!

Dapat tak? Kalau tak, ikut perlahan-lahan. Takkan lari gunung dikejar...;p

Saya tunjuk screenshot nyer kat bawah ni;


Langkah pemilihan produk

Haaah! Anda dah nampak kan senarai produk yang ada dalam spec yang anda nak kat atas tadi.

Sekarang, saya nak pilih produk yang no. 4 iaitu Master Cleanse Secrets 10 Day Diet (Rujuk #5).

Seterusnya, kita perlulah mencari pembeli berpotensi untuk mempromosikan produk yang dah kita pilih. Untuk bab ni, saya sambung kemudian saja. Harap anda dapat datang lagi ke sini.
Read more »

Nov 23, 2008

Teknik PPC Unggul Promosi Google Adwords

Salam Hormat,

Anda pernah dengar tak pasal Google Adwords? Google Adwords merupakan medium pengiklanan popular bagi kebanyakan usahawan internet. Baik di Malaysia mahupun antarabangsa.

Tapi kebanyakan promosi yang dilakukan oleh usahawan internet Malaysia kat Google Adwords tu scam. Semuanya mempromosikan program yang tak boleh dipercayai. Huhuhu... jadi janganlah anda mudah terpedaya.

Ingat, saya cakap kebanyakannya saja, bukan semua tau!

Tapi saya akui yang potensi mengiklan melalui pay per click (ppc) Google Adwords memang hebat. Sebab saya dah lihat ramai usahawan internet yang mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Wow!!

Cuma masalahnya bagi newbie (macam saya gak la), agak takut nak keluarkan modal untuk mengiklan melalui ppc adwords. Mungkin takut sangat kalau rugi nanti! Huhuhu...

Oleh kerana ramai yang mentalitinya sebegitu (aku pun same la, aduss), ada satu ebook percuma yang boleh kita baca. Iaitu ebook Teknik PPC Unggul Promosi Adwords.

Dalam tu ada diterangkan teknik menulis iklan yang menarik perhatian prospek dan cara mengoptimasikan iklan ppc adwords anda. 2 skill ni memang perlu dikuasai dulu sebelum bermain dengan api adwords. Penulis ada menunjukkan skali hasil kajian beliau!

Hasilnya, beliau mendapat beratus klik sehari dan kos per klik (cpc) serendah 12 sen.

Anda boleh download dan tengok sendiri teknik yang dikongsikan oleh penulis di Teknik PPC Unggul Promosi Google Adwords.


[Nota] Ebook di atas mungkin sudah tidak dijual lagi pada masa ini. Harap maklum. Sekiranya anda masih tetap nak mengetahui selok belok google adwords, boleh cuba ke laman S A

Kalau masih ingat, anda juga boleh dapat kupon percuma untuk mengiklan melalui google adwords ni. Salah satu panduan yang ada menunjukkan secara terperinci senarai link nak dapatkan kupon ppc percuma ialah ebook ppc percuma. Saya ada mengulas tentangnya di SINI.

Takpun anda google jer "free ppc coupons", nanti banyakla result yang kuar.


Selamat berPPC!

p.s: Bukan 0.12 sen seperti yang ditunjukkan kat web jualan tu. Hehehe... rasanya ada typo di situ.

p.p.s: Untuk mempromosi produk di clickbank, salah satu teknik promosi yang disyorkan dalam panduan clickbank adalah ppc adwords. Sila rujuk balik post lepas di SINI.
Read more »

Komisen Affiliate Panduan Clickbank

Salam Hormat,

Hari minggu ni saya nak citer skit pasal komisen affiliate panduan clickbank. Sedar atau tidak, selain daripada menimba ilmu dengan ebook panduan clickbank ni, anda boleh cari duit di internet dengan mempromosikannya.

Caranya adalah menyertai program affiliate panduan clickbank. Saya kurang pasti sama ada ia dibuka kepada umum atau hanya kat pembeli yang sah. Apa yang pasti, saya dah join affiliate panduan clickbank ni. Hehehe...

Lebih kurang 12 hari lepas, saya baru dapat komisen dari Mawardee. Walaupun cuma dapat buat 2 jualan, saya dah bersyukur sangat. Sebab saya cuma promosi kat blog ni dan beberapa laman iklan percuma saja.

Bukti pembayaran ada kat bawah ni...



Email daripada Mawardee




Email daripada Maybank


Thanks bebanyak Mawardee!

Apa yang lebih mengharukan, blog ni pun saya tak update selalu. Kalau sempat saya update. Sebab blog ni hanya saya khaskan untuk ulasan ebook panduan clickbank. Ulasan ni pun belum habis lagi. Haha...saya tak habis baca lagi...

Nanti saya sambung siri ulasan ni.

Saya ulas secara detail supaya anda dapat gambaran hampir tepat pasal ebook ni. Hasrat saya satu jer, nak bantu anda yang betul2 nak cari duit di internet. Mendaftar sebagai affiliate kat clickbank adalah salah satu model perniagaan internet yang boleh anda pilih.

Biasalah kan, kalau nak menceburi satu2 bidang, kita mesti berguru atau ada guide, kan? Supaya tak tersesat jalan dan memendekkan learning curve kita.

Itulah rasionalnya saya syorkan dan buat ulasan kat sini. Di samping tu, saya dapat gak refresh balik sikit2 info yang dah dibaca. :D


Semoga Anda Makin Sukses!


p.s: Dengan harganya masih lagi RM49, anda sebenarnya dapat ilmu yang lebih bernilai daripada apa yang anda bayar.
Read more »

Oct 17, 2008

Berforum Pun Satu Cara Tarik Trafik

Salam Sejahtera,

Dalam mood Syawal yang masih belum luntur ni, saya nak silitkan gak ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin buat pengunjung blog panduan clickbank.

Saya nak citer skit je iaitu mengenai cara tarik trafik ke website anda melalui forum. Kebanyakan daripada anda mesti pernah join mana-mana forum, kan?

Berforum pun merupakan teknik yang ada dibincangkan dalam ebook Kuasa Forum. Anda boleh mendapatkannya kalau mahu mempelajari strategi pemasaran forum lebih mendalam.


Bagi yang belum tau, takper. Saya akan story skit tip-tip yang boleh anda pakai lepas ni. :D


1. Join mana-mana forum yang berkaitan (sama niche) dengan produk yang anda nak promote.

2. Perkenalkan diri anda dengan gaya yang menyenangkan forumer lain. Budak baru belajar lah katakan.

3. Tengok thread yang banyak mendapat replies atau view yang tinggi. Tu tandanya topik tersebut "hot"!

4. Join perbincangan tu. Bersosiallah dengan forumer yang lain. Berforumlah dengan bijak dan sebaik-baiknya bantu jawab pertanyaan forumer yang lain.

5. Bila anda dah dapat reputasi yang baik atau disenangi serta dipercayai ramai, barulah boleh memulakan promote.

6. Promote di bahagian "signature" dan ruangan yang sediakan (pengiklanan).

7. Buatlah review tentang produk tu dengan seikhlas mungkin. Nyatakan kebaikan dan kekurangannya.

8. Ulang langkah 1-7 di forum-forum lain pula.

9. Jangan cepat berputus asa dan teruskan usaha anda tu.


Semoga Anda Sukses!


Read more »

Sep 19, 2008

247 Cara Menarik Trafik

Salam Sejahtera,

Masalah menarik trafik ke blog atau website antara masalah besar yang sering dihadapi oleh kebanyakan usahawan internet. Implikasi kekurangan jumlah trafik bermakna kuranglah peluang anda nak mendapatkan jualan. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, dalam panduan clickbank ada diterangkan secara panjang lebar 9 cara menarik trafik. Anda boleh rujuk dalam bab sistem trafik.

Kepada yang belum berkesempatan memiliki panduan clickbank lagi, saya ada alternatif lain buat anda. Iaitu sebuah laporan bertajuk "The Traffic Tips Report". Ia baru sahaja diedarkan 3 hari lepas dan ditulis oleh Justin Michie.

Laporan ini ditulis dalam Bahasa Inggeris. Tapi isinya memang ringkas dan mudah difahami. Kandungannya disenaraikan melalui point ringkas. Ada "247 cara menarik trafik" yang didedahkan hasil pengalaman 5 tahun (kalau tak silap saya).

Selain itu, laporan ini turut disokong oleh pakar - Adsense Joel Comm dan pakar Internet Marketing - Willie Crawford.

Malah laporan yang turut dijual di sesetengah website ni boleh anda dapatkan secara PERCUMA di bawah.


Free Traffic Tips Report - CLICK HERE!




Saya ada satu KEJUTAN buat anda. Berita yang pasti anda suka iaitu pasal cari duit atau buat duit dengan mempromosikan report "The Traffic Tips Report"!

Anda akan dibayar $1 untuk setiap seorang yang download melalui link anda. Peluang ini terbuka kepada seluruh penduduk dunia dan dibuka sehingga 30 September 2008 sahaja.

Untuk buat duit melalui report ini, saya galakkan anda buat promosi secara besar-besaran dalam masa yang agak terhad!

Promosikan melalui forum (melalui signature), iklankan di ruangan iklan, blog (macam saya buat ni), PPC (kalau ada budget super lebih) dan kalau anda ada mailing list bolehlah email kepada subscriber anda.

Baiklah, pembayaran akan dibayar pada 31/10/2008 sekiranya tiada masalah yang dihadapi oleh Justin Michie. Bayaran akan dibayar melalui paypal.

Ehem...ehem.. kalau anda dapat promosikannya dengan baik, lepas raya ni tak perlulah fikirkan masalah pokai atau poket kosong!


Selamat Mendownload Selagi Boleh!
Read more »

Sep 9, 2008

Nak Trafik Percuma ke Web Anda?

Bagi seseorang blogger atau webmaster, trafik adalah elemen terpenting untuk mempopularkan laman mereka. Makin banyak trafik yang berkualiti, makin tinggilah peluang mereka untuk menjana pendapatan. Tapi bukan senang nak tarik trafik ni.


Anda perlu melipatgandakan usaha promosi dengan pelbagai cara. Apabila menguji sesuatu kaedah promosi, catatkan hasilnya. Buat perbandingan strategi mana yang lebih baik? Bila dah dapat hasilnya nanti, anda cuma perlu ulang saja teknik yang telah membuahkan hasil.


Malah dalam panduan clickbank ni, cara menarik trafik percuma seterusnya juga adalah melalui pemasaran artikel.


Anda tulis artikel dan hantarkan ke artikel direktori.


Untuk menulis artikel ni ada tips dan strateginya. Semuanya, ada dikongsikan dalam ebook panduan clickbank.


Biasalah, ada tips yang saya dah sedia maklum tapi ada juga beberapa lagi tips tambahan yang telah saudara Mawardee kongsikan di dalam ebook panduan clickbank beliau.


Sikit tips dari saya:



#1: Cari artikel-artikel PLR (Private Label Rights) berbahasa Inggeris.


Artikel PLR ni anda boleh ubah sesuka hati mengikut citarasa dan kreativiti anda.

Tak tau mana nak cari artikel PLR?

Anda boleh dapatkan secara percuma di;

a. Resell Rights Mastery - Anda boleh dapat pelbagai ebook free dalam pelbagai niche

b. 3LR Content - 3lrcontent.com (Milik Jonathan Leger)

c. Atau type jer ayat "free plr articles" dan pilih yang mana berkenan.



#2 Lepas dah dapat artikel PLR, ubahlah kandungannya dalam 30% ke 40%.


Boleh gunakan tool language yang telah Google sediakan di;

http://www.google.com/language_tools



#3 Setelah artikel anda dah siap, bolehlah submit ke artikel direktori seperti;


• Ezine Articles - http://www.ezinearticles.com/

• Article Dashboard - http://www.articledashboard.com/

• Article Marketer - http://www.articlemarketer.com/



#4 Ulang semula langkah #1 hingga #3 untuk artikel yang lain


Itulah secara ringkas langkah yang boleh anda buat. Kebanyakan ebook yang saya baca, memang begitulah asasnya. Selebihnya, adalah anda perlu bertindak untuk memulakannya!

Tapi kalau anda rasa ianya masih tak cukup dan agak keliru, lepas tu anda inginkan tips yang lebih "power", saya syorkan anda klik di sini untuk mendownloadnya!

Itu saja! =D
Read more »

Sep 5, 2008

Tarik Trafik - Cara Berbayar atau Neutral?

Sebelum memulakan bicara, rasanya masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam. Tak kira walau di mana anda berada, mudah-mudahan semua dapat menjalani ibadah puasa sebaik mungkin.

Agak lama saya membiarkan blog panduan clickbank ni tanpa berita. :( Sorry lah kalau ada yang tertunggu-tunggu kupasan selanjutnya tentang sistem trafik ni.

Dalam chapter "sistem trafik", anda akan didedahkan kepada cara menarik trafik secara berbayar dan juga neutral. Neutral ni boleh saya katakan sebagai trafik percuma juga. Sebabnya, anda boleh tarik trafik tanpa mengeluarkan kos!

Senang cerita, 2 cara menarik trafik secara bebayar adalah melalui pay per click dan pemasaran email. (Fuhhh...ada diterangkan dengan panjang lebar dalam ebook panduan clickbank).


Selebihnya, anda akan ditunjukkan cara menarik trafik secara percuma seperti social bookmarking / laman web 2.0 dan lain-lain seperti post terdahulu. Anda boleh rujuk di sini.


Apa yang dapat saya mampu bocorkan di sini adalah:

Gunakan LAMAN WEB 2.0 seperti SQUIDOO, HUBPAGES, FRIENDSTER, MYSPACE dan lain-lain untuk menarik trafik.


Penerangan menggunakan laman web 2.0 seperti Squidoo dan Hubpages ada diterangkan secara jelas. Saya yakin anda boleh ikut penerangan bergambarajah yang disediakan.

Tapi sebagai ganjaran buat anda yang berkunjung ke sini, saya ada bonus tambahan. Ya, semestinya ilmu tambahan yang boleh anda pelajari dalam usaha menarik trafik melalui Friendster!


Saya dah upload 5 file yang berkaitan, jadi anda boleh terus download melalui link di bawah;

1. Myspace 1

2. Myspace 2

3. Myspace 3

4. Myspace 4

5. Myspace 5


Selepas dah download, anda bolehlah mengkaji dan mempraktikkan apa yang serasi dengan anda. Semoga semua ebook di atas dapat menambahkan nilai pengetahuan anda tentang Friendster.

Lastly but not least, jika anda masih mahukan bimbingan lanjut mengenai cari duit dengan clickbank dalam bahasa Malaysia, boleh mendalaminya melalui [+] Teknik Clickbank [+].


Selamat Berpuasa Sepanjang Ramadhan 1429!
Read more »

Aug 19, 2008

Ulasan Ebook PPC Percuma

Seperti yang dinyatakan sebelum ni, satu ebook tambahan yang diperlukan sebagai rujukan ialah ppc percuma. Justeru itu, saya ingin membuat ulasan ebook ppc percuma di sini supaya awak semua jelas apa kandungannya di akhir nanti.

Kalau ada yang terlupa, pada bab sistem trafik dalam panduan clickbank, ada diterangkan 9 cara menarik trafik. Cara pertama adalah melalui pay per click (ppc). Tapi ia tidak menerangkan beberapa info penting yang ada dalam ebook ppc percuma ni.

Atas dasar itulah wujudnya entri ni. Supaya anda dapat gambaran kasar mengenainya. Pada akhir nanti, anda dah boleh tentukan sama ada anda betul-betul memerlukannya atau tidak. :D


Ebook ppc percuma ni mengandungi 69 mukasurat. Antara kandungannya adalah;

1. Pengenalan

2. Definisi Ringkas

3. Yahoo Search Marketing (YSM)

4. Google Adwords

5. Microsoft Adcenter

6. Lain-lain Pay Per Click Program

7. Penutup


Ulasan terperinci hanya menjurus kepada perkara no. 3 dan 4 saja. Iaitu Yahoo Search Marketing (YSM) dan Google Adword.

Sebab ia adalah "core" ebook ppc percuma ni. Itulah matlamat utama yang nak disampaikan pada anda. Tumpukan perhatian anda mulai saat ini, ok.

Pada bahagian YSM, anda akan diterangkan tentang kos yang diperlukan untuk melakukan pengiklanan. Kos minima ialah USD30. Saya tahu, anda mesti kata mahal kan?

Tapi tunggu. Jangan berhenti berharap dulu! Sebab di sini anda akan diajar cara mudah menjimatkan bayaran deposit. Seterusnya akan menguntungkan strategi pengiklanan anda.

Anda akan diberikan link mendapatkan kupon USD25, USD50, USD75 dan USD100. Sekarang nampak tak bagaimana yang dikatakan menguntungkan?

Anda keluarkan dulu sedikit modal, kemudian dapatkan kupon USD100 dalam ebook ppc percuma. Di situ saja anda dah dapat melipatgandakan pengiklanan anda!

Langkah-langkahnya dan beberapa tip khas ada ditunjukkan dalam ebook ni beserta gambarajah. Pastinya lebih mudah buat anda memahamkannya. Jikalau ada masalah, dapatkan bantuan di forum khas pembeli ppc percuma. :D

Meh beralih ke bahagian Google Adwords pula. Ada 6 cara yang ditunjukkan bagi mendapatkan kupon Adwords. Setiap cara ada kelebihan dan kekurangannya.

6 cara yang ditunjukkan adalah;

1. Menggunakan link-link kupon (USD55)

2. Menggabungkan 2 atau lebih akaun (USD150)

3. Beli hosting dan dapat kupon Adwords USD125

4. Memohon kupon Google/link promosi (Euro 30)

5. Membeli kupon pelbagai nilai daripada penjual tak rasmi

6. Menjejak link promosi kupon Adwords


Langkah dan syarat membuat pengiklanan di Google Adwords ni lebih mudah berbanding dengan mengiklan di YSM. Kos mengaktifkannya pun lebih murah iaitu USD5 sahaja!

Kesimpulannya, melalui Google Adwords anda hanya memerlukan USD5 untuk bermula. Kemudian boleh mendapatkan kupon bernilai USD55, USD150, USD125, Euro 30 dan nilai lain mengikut 6 cara di atas.

Anda boleh pilih mana satu cara yang sesuai dengan diri sendiri. Saya tak dapat nak tunjukkan di sini. Sebab bab ini agak kritikal.

Anda boleh download ebook ppc percuma untuk gambaran yang lebih jelas di samping menggunakan support yang disediakan.


Sebelum berpisah, ebook tambahan kepada PPC Percuma yang turut dipakejkan sekali ialah Rahsia 7 Dalam Adwords dan Adwords Jejak Terakhir.

Pastikan anda membaca ketiga-tiga ebook ni untuk lebih faham dan jelas.

Akhir kata, semoga ulasan ini dapat menjelaskan apa yang anda nak tahu mengenai ebook PPC Percuma. Saya dah cuba huraikan sebaik mungkin. Kini keputusan terletak pada tangan anda.

Jika anda mahukan keuntungan dalam pengiklanan, tapi masih tercari-cari teknik yang menguntungkan maka ebook PPC Percuma adalah jawapannya.

Sebaliknya, jika anda dah tahu teknik yang saya sebutkan kat atas, ebook ppc percuma bukanlah menjadi keperluan, tetapi pakej lengkap teknik clickbank adalah jawapannya. Sebabnya, ilmu yang ada tu boleh diapplikasikan untuk mempromosi produk-produk clickbank.

Pesanan terakhir berapa kali akhir daaa, saya akan sambung dengan ulasan sistem trafik selepas ini.


***Pastikan anda isikan alamat emel pada ruangan paling atas di bahagian tepi kanan supaya tak ternanti-nanti dengan post terbaru pada masa akan datang.***


[UPDATE] Saya baru menyemak laman ppc percuma dan mungkin ia telah ditutup jualannya. Sebagai alternatif, anda boleh mempelajari pengiklanan ppc melalui laman web seni adwords.
Read more »

Aug 13, 2008

PENGENALAN SISTEM TRAFIK

Salam Sejahtera,

Setelah selesai mendedahkan panduan asas dan sistem kajian, mari kita beralih kepada sistem trafik pula. Penerangan tentang sistem trafik ni memang panjang dan paling saya suka. Sebab ada 7 9 cara menarik trafik.


9 Cara Menarik Trafik yang dibincangkan ialah:

[2] Pemasaran Email
[3] Social Bookmarking / Web 2.0
[4] Pemasaran Artikel / E-zine
[5] Pemasaran Forum
[6] Pemasaran Viral
[7] Teknik Search Engine Optimisation (SEO)
[8] Pemasaran Blog
DAN
[9] Pemasaran Video

Sebelum kita menjelajah lebih jauh kandungan ebook panduan clickbank ni, saya sarankan awak supaya memiliki panduan ppc percuma dulu kalau anda nak belajar mempromosi melalui ppc google adwords. Ia bertujuan memantapkan lagi pengetahuan anda tentang pay per click ni. Selain tu, anda boleh jimatkan kos pengiklanan tau!

Inilah dia rupa cover ebook panduan ppc percuma yang saya katakan tu. :D




Pada tulisan akan datang, saya akan buat ulasan khas tentang ebook panduan ppc percuma ni. Moga-moga anda dapat hint apa kandungan yang ada di dalamnya. Selepas itu, barulah buat keputusan sama ada perlu memiliki panduan ni atau sebaliknya.

Kepada anda yang dah memilikinya, harap dapat nantikan ulasan seterusnya berkaitan sistem trafik dalam panduan clickbank. Sementara menunggu post seterusnya, anda boleh baca post-post lepas mengenai ebook panduan clickbank yang telah saya sediakan supaya lebih jelas.

Jumpa lagi!
Read more »

Aug 8, 2008

SISTEM KAJIAN: APA LAGI YANG PERLU DIKAJI

Salam Sejahtera,

Pada tulisan sebelum ini, saya ada sentuh tentang kriteria pemilihan produk yang dikongsikan dalam ebook panduan clickbank. Bila dah buat penilaian melalui kriteria yang diberikan, ada lagi homework yang perlu kita buat! Ya, ia tidak berakhir di situ saja.

Selain dari menilai, kita juga perlu memilih produk-produk yang masih baru dan hot! Dengan cara ini, pastinya peluang untuk membuat jualan lebih cerah. :p Bayangkan jika kita menjadi yang terawal mempromosikan sesuatu produk, pastinya kebarangkalian untuk menjual itu lebih tinggi!

Ada 2 cara yang dibongkarkan untuk menggunakan kelebihan ini. Untuk maklumat lanjut, ada diterangkan lebih lanjut dalam ebook panduan clickbank.

Kemudian, dalam ghairah mempromosi, jangan lupa sembunyikan link affiliate(hoplink) anda. Silap haribulan, kita langsung tak dapat komisen. Rugi plak nanti. :(

Ada banyak cara yang ditunjukkan. Antara cara sembunyikan link yang biasa saya gunakan;

1. Goo.gl (milik google)
2. SnipUrl
3. TinyUrl

Bila dah sembunyikan link affiliate, selamat sikit rasanya. Tak payah bimbang tentang masalah kebocoran komisen dan seumpamanya.

Untuk menjadi seorang agen affiliate yang "smart", kita perlulah melakukan tracking ke atas produk yang kita promosikan. Dari mana datangnya trafik yang menguntungkan? Apabila dah dapat kesan, bolehlah tumpu dan gandakan terhadap trafik tersebut.

Tapi nak "tracking" pakai apa?

Ada 2 cara yang ditunjukkan. Satu, menggunakan software pro versi penuh (ada disertakan bersama pakej ebook panduan clickbank). Ia sesuai kepada mereka yang dah ada hosting sendiri. Keduanya, sesuai untuk yang belum ada hosting sendiri iaitu menggunakan tool percuma yang berfungsi untuk "track" link affiliate kita.

Saya dah cuba yang percuma ini. Kita boleh "track" jumlah klik dan unik klik. Lepas tu boleh "edit", "reset" dan "delete" sebarang link affiliate yang kita mahu. Boleh masukkan lebih daripada satu link affiliate. Tapi saya tak pasti berapa had maksimumnya. Tiada dinyatakan pula di situ. Anda masukkan sajalah sebanyak mana yang boleh, okay. :p

Akhir sekali, sistem kajian ni disudahi dengan panduan asas sistem tracking. Ini bermakna, apa yang perlu anda kaji tentang clickbank sudah terjawab dalam bab sistem kajian.

Sekarang, saya nak sambung baca sistem trafik pula. Panjang betul bab ni. Ada 198 muka surat. Nanti saya akan dedahkan kat sini kandungannya secara kasar. Kalau nak terang dan jelas, sukacitanya saya mempersilakan anda download panduan clickbank sementara masih murah.

Selamat Mendownload!
Read more »

Aug 5, 2008

SISTEM KAJIAN: MEMILIH ITU PENTING

Mari kita sambung sikit mengenai sistem kajian dalam Panduan Clickbank ni. Ingin saya tekankan di sini bahagian sistem kajian ini teramatlah penting. Lebih-lebih lagi kepada anda yang masih newbie.

Sebagai permulaan, kita mesti tahu produk tu dapat menukar prospek kepada pelanggan atau tidak? Ada satu tip rahsia yang dikongsikan di sini iaitu;

Produk yang tak menghasilkan jualan selepas XXX orang pelawat melawat laman web tersebut, adalah produk yang tak berjaya menukar prospek kepada pelanggan dengan agresif. Tinggalkan produk ini dan cari produk lain. Biasanya kuasa ini banyak ditentukan oleh salesletter iaitu surat jualan dan **** ***** pada laman web tersebut.

Ruang yang bertanda XXX dan **** ***** itu terpaksa saya rahsiakan. Sebabnya itulah antara ilmu baru yang saya dapat melalui ebook panduan clickbank ni. Dalam mana-mana e-book lain sama ada berbahasa Malaysia atau Inggeris, saya tidak nampak penekanan ini.

Sebagai tambahan, ada 2 langkah penting dalam menilai dan memilih mana satu produk yang kita boleh promosikannya iaitu:

A. Langkah 1: Mencari Produk Melalui Tools di Clickbank

Penekanan - langkah ini perlu di"highlight" oleh newbie atau kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan clickbank ni.
Tujuannya bagi memastikan kita dapat cari duit di clickbank walaupun terpaksa bersaing dengan agen affiliate yang dah bertaraf "otai'. :)

B. Langkah 2: Mencari Produk "Converting" dengan Sistem Pemarkahan "CR" - Conversion Rate

Ada 8 kriteria yang berlainan. Langkah ini sesuai bukan sahaja untuk mempromosikan produk di clickbank semata-mata, tetapi boleh juga digunakan untuk mempromosikan produk di PayDotCom!
Di sini, kita akan diajar kaedah membuat penilaian terhadap sesuatu produk tu dengan menggunakan sistem pemarkahan.
Jika sebelum ni, kita memang tak tahu nak menilai. Sekarang tidak lagi! :p

Akhir sekali, sistem pemarkahan ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam pemilihan produk. Sekurang-kurangnya, sebelum nak mempromosikan sesuatu produk, kita dah ada satu senjata penting!


Read more »

Aug 4, 2008

PANDUAN CLICKBANK: SISTEM KAJIAN

Salam Sejahtera,
Kita telahpun sampai ke peringkat sistem kajian dalam Panduan Clickbank ni. Sistem kajian ni amat penting sebelum kita melangkah lebih jauh lagi. Jika tersilap langkah, maka sia-sialah usaha kita selama ni. Segala usaha promosi tidak mendatangkan apa-apa keuntungan. Masa terbuang, tenaga habis begitu saja dan bil elektrik pun bertambah. Adusss....
Dalam sistem kajian, kita diajar bagaimana cara nak memilih produk. Produk apa yang boleh dan patut kita promosikan.
Jika tidak mahu rugi, ada beberapa kita kriteria yang menyebabkan kadar jualan sesuatu produk itu rendah. Tapi yang paling utama ialah:
[+] Kualiti surat jualan (salesletter) laman web yang rendah.
[+] Kualiti produk yang rendah.
[+] Kualiti sistem follow-up yang rendah atau tiada langsung.
-petikan dari e-book Panduan Clickbank
Namun, anda tidak perlu risau sangat. Ini kerana dalam Panduan Clickbank ni ada didedahkan teknik rahsia mencari produk yang terjual. Maksudnya, lepas ni kita boleh tahu produk apa yang boleh terjual dengan laris.

Inilah langkah awal yang terpenting kalau anda betul-betul serius nak cari duit yang lumayan di clickbank ni! :)

Akhir kata, setakat ini saja yang saya boleh kongsikan. Saya nak sambung baca Panduan Clickbank ni.

Nanti saya kongsikan lagi input yang boleh anda semua dapat di dalamnya. Tapi kalau anda dah sedia nak cari duit di Clickbank dengan kadar segera, dapatkannya terus di SINI.

Read more »

Aug 2, 2008

PERLU TAHU TENTANG CLICKBANK

Secara umumnya, proses asas untuk mencari duit di Clickbank ada 5 iaitu:


1. Mendaftar sebagai agen affiliate melalui alamat di bawah;

http://www.clickbank.com/affiliateAccountSignup.htm?key=


2. Melakukan kajian dan memilih produk yang sesuai untuk dijual. Boleh lihat page marketplace Clickbank di http://www.clickbank.com/marketplace.htm


3. Setelah mengenalpasti produk yang sesuai, jangan lupa dapatkan link affiliate atau hoplink anda.


4. Promosi produk yang telah dipilih. Langkah ini paling kritikal. Anda perlu melakukan promosi yang efektif supaya dapat menghasilkan jualan. Kalau tiada jualan, tiadalah duit!


5. Jika berjaya menghasilkan jualan dan mencecah had minima pembayaran, anda akan menerima cek dari Clickbank. Saat yang paling mengembirakan dan menjadi idaman setiap agen affiliate. :D


Ok, selesai satu perkara asas. Selepas ini banyak lagi persoalan yang perlu kita ketahui sebelum menceburkan diri di Clickbank ni. Contohnya seperti persoalan yang sering ditanya oleh orang ramai, polisi pembelian, soaljawab tentang akaun & pendaftaran serta soaljawab tentang marketplace.

Semua ini ada diterangkan di bahagian panduan asas dalam Panduan Clickbank ini. Setakat ini, saya pernah membaca beberapa e-book Clickbank berbahasa Malaysia tapi tiada satu pun yang menerangkan perkara yang tidak kurang pentingnya ini.

Orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Tapi kalau dah terlajak di Clickbank silap-silap kena banned, anda yang rugi. :-(

Lebih-lebih lagi kalau dah dapat buat jualan dan melepasi had minima pembayaran, kan ke rugi namanya tu! Penat-penat promosi tiba-tiba kena banned. Rugi tau.


Sebab itulah saya syorkan anda yang belum biasa dengan clickbank, dapatkan Panduan Clickbank ni sebelum dinaikkan harga kelak. :D Belajarlah secara teratur dan bersistematik dengan cara yang betul.


Tak kira apa jualah tindakan kita, pastikan kita merujuk pada panduan yang berkaitan.


Menurut Dr. Fadzilah Kamsah, buku-buku yang pernah dibaca juga boleh dianggap sebagai guru atau mentor beliau.


Akhir kata, jika anda mahu menceburi atau mula mencari duit melalui clickbank, Panduan Clickbank Teknik Clickbank adalah sumber terbaik dalam Bahasa Malaysia setakat ini!


P.S: Ebook panduan clickbank telah ditutup jualannya. Sila dapatkan ebook Teknik Clickbank bagi meneruskan hasrat anda mempelajari teknik menjana pendapatan sebagai affiliate antarabangsa. 
Read more »

Aug 1, 2008

SENARAI PRODUK DIGITAL DI CLICKBANK

Salam Sejahtera,

Mari kita lihat pula senarai produk yang ada dijual di Clickbank ni. Untuk makluman semua, produk yang dijual adalah produk digital sahaja. Maksudnya setelah membeli, kita perlu download produk tersebut. Kalau nak baca pun, melalui skrin komputer saja. Contohnya seperti e-book, software, skrip, video, grafik dan seumpamanya. Kalau nak cetak (print) e-book pun boleh gak. Saya faham kekadang kita lebih selesa membaca buku fizikal kan? Boleh dibawa ke mana saja.


Namun, di Clickbank ni memang tiada sebarang produk fizikal yang dijual.

Jadi, macam mana nak buat duit dari Clickbank ni?

Mudah saja, daftarlah sebagai agen affiliate. Jika ada produk berbahasa Inggeris jadilah publisher di Clickbank.

Di sini saya akan tekankan lebih kepada agen affiliate. Tugas kita ialah mempromosikan produk yang ada di Clickbank ni. Kalau berjaya membuat jualan, dapatlah komisen. Hooray!


Senarai produk yang boleh kita promosikan terdapat dalam pelbagai kategori dan sub-kategori.

Contoh kategori yang ada seperti business to business, health & fitness, home & family, computing & internet, money & employment, marketing & ads dan banyak lagi.

Sekarang kita tengok pula bahagian sub-kategori. Sebagai contoh saya ambil kategori health & fitness. Sub-kategorinya seperti women health, beauty, mental health, nutrition dan diet.

Ya, memang banyak produk yang boleh kita promosikan. Sebab itulah orang kata bukan saya saja yang kata Clickbank ini lubuk emas!

Untuk mendapatkan emas tu, kita perlulah mempunyai ilmu, strategi, teknik, usaha serta promosi yang betul dan efektif.

Kalau anda benar-benar serius nak menjana pendapatan di internet, salah satu caranya adalah menjadi agen affiliate di Clickbank. Jikalau anda masih buntu untuk memulakan projek ini, saya syorkankan anda dapatkan satu panduan yang berkualiti dalam bahasa Malaysia.


Nak berjaya mestilah ada guru, kan?

Seseorang yang ingin cemerlang dalam apa jua bidang pun mesti ada guru dan mesti berguru. Dan ini yang orang kadang-kadang terlepas pandang.

- Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah


Panduan yang dimaksudkan ialah Panduan Clickbank. Download ebook dan bonus tambahan lain hanya di sini.

Nanti saya akan sambung kembali, apa lagi info berharga yang ada dalam Panduan Clickbank.


[MAAF] Ebook panduan clickbank telah ditamatkan jualannya. Pautan di atas telah saya sambungkan ke laman web Teknik Clickbank agar anda boleh memantapkan ilmu mengenai clickbank.
Read more »

Jul 31, 2008

KANDUNGAN UTAMA PANDUAN CLICKBANK

Sebagai permulaan, saya ingin ceritakan apa yang ada di dalam Panduan Clickbank ni. Ada 3 komponen dalam panduan ini iaitu Panduan Asas, Sistem Kajian dan Sistem Trafik.

Pertamanya, saya nak terangkan dulu maklumat yang ada di dalam file panduan asas. Apa-apa benda pun kita buat, mestilah tahu perkara asas dulu kan? Bila dah ada asas yang kukuh, barulah selamba jer melangkah ke peringkat seterusnya. Hehehe.

Antara perkara yang diterangkan dalam panduan asas ni ialah memahami konsep asas affiliate, apa itu affiliate, bagaimana sistem affiliate itu berfungsi dan jenis program affiliate.


Setelah jelas diterangkan semua perkara di atas, tibalah masa untuk tackle mengenali dengan lebih dekat lagi apa itu cinta clickbank!

Mulai saat ini, sesiapa yang belum kenal tetapi nak sangat mengetahui apa itu clickbank, segalanya bakal terjawab. Penerangan mengenai clickbank dan bagaimana ia berfungsi akan ditunjukkan satu persatu kepada kita. :D

Untuk makluman awak, status keahlian clickbank ni ada dua iaitu publisher dan affiliate.

Kalau awak ada produk digital untuk dipasarkan melalui clickbank, bolehlah daftar sebagai publisher. Pendaftaran sebagai publisher akan dikenakan bayaran sebanyak $49.95 untuk pengaktifan. Bayaran ini dikenakan sekali sahaja tau.

Tapi sebelum mendaftar sebagai publisher, haruslah mendaftar sebagai agen affiliate dulu. :p Kemudian, barulah "upgrade" status sebagai publisher.


Kalau nak tahu lebih lanjut dengan cepat mengenai panduan asas ni, boleh belajar ilmu ni dari ebook Panduan Clickbank.

Demi anda, saya akan cungkil lebih mendalam lagi mengenai panduan asas dalam ebook panduan clickbank.


[UPDATE] Jualan ebook panduan clickbank telahpun ditutup. Tapi, anda boleh belajar perkara yang sama melalui teknik berbeza dan lebih fokus menerusi Ebook Teknik Clickbank.
Read more »

Jul 18, 2008

KEMUNCULAN BLOG PANDUAN CLICKBANK

Salam Sejahtera,

Pertama sekali, jutaan terima kasih kepada yang sudi mengunjungi blog Panduan Clickbank. Selamat datang dan salam berkenalan dari saya.

Sebagai pengenalan, blog Panduan Clickbank ini diwujudkan bertujuan untuk berkongsi informasi tentang Clickbank. Kalau tak salah saya, sejak April 2008 pihak Clickbank telah membuka keahliannya kepada rakyat Malaysia.

Ini tentunya satu berita gembira buat rakyat Malaysia. Hooray! Sebelum ini, memang ramai yang sudah dan sedang seronok buat duit dari Clickbank ni. Cuma, mungkin ada yang terpaksa membuka virtual office di US dan tak kurang juga yang meletakkan alamat di Singapura.

Namun, sekarang ni semua dah boleh meletakkan alamat rumah di Malaysia untuk menerima cek dari Clickbank.

Harapnya, selepas ini Clickbank tidak menutup pintu pada rakyat Malaysia lagilah. :D

Okaylah, nanti saya akan kongsi lagi cerita tentang Clickbank ni lagi yer. :p
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...