Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Oct 18, 2009

Intipati "10 Formula Baru Clickbank" Versi Penuh

Laporan 10 Formula Baru Clickbank versi penuh telah pun saya terima beberapa hari lepas. Setelah meneliti keseluruhan kandungannya, saya bercadang menulis beberapa intipatinya di sini khusus buat anda. Andainya, anda mahukan versi percuma, sila rujuk entri bertajuk Link Download "10 Formula Baru Clickbank" dahulu.

Dalam versi penuh, 10 masalah yang dinyatakan telah diberikan formula penyelesaiannya. Tiada lagi ruang-ruang kosong yang ditinggalkan. Semuanya teka-teki yang bermain di fikiran anda semasa membaca versi percuma telah terjawab.

Antara formula baru clickbank yang menarik minat saya ialah masalah ke-3, mengenai pay per click (ppc) google adwords. Seingat saya, penerangan mengenai adwords dalam ebook panduan clickbank tak begitu banyak. Kalau tak rujuk ebook lain yang lebih detail, pasti anda akan rugi.

contoh iklan ppc adwords Google Sniper

Contoh iklan ppc adwors Google Sniper


Tapi dalam laporan ini, anda diberi tips menulis iklan ppc. Terdapat beberapa perkataan yang perlu anda masukkan bagi mengurangkan kerugian anda. Perkataan-perkataan itulah yang membantu anda mendapatkan prospek yang benar-benar berminat mendapatkan produk yang sedang anda promosikan.


Di samping itu, 2 masalah besar yang menghantui agen affiliate ialah soal perancangan dan promosi. Keduanya amat penting. Kalau tiada perancangan, dah tentulah sukar untuk mencapai matlamat mendapatkan jualan pertama di clickbank. Begitu halnya dengan promosi. Anda perlu kreatif dalam memanipulasikan setiap teknik promosi yang digunakan.

Andai betullah anda menghadapi 2 masalah di atas, kaedah memanipulasi teknik promosi dan pelan 3 bulan untuk teknik ppc adwords, SEO, pemasaran video, artikel, web 2.0 blog dan email telah disediakan. Anda cuma perlu sesuaikan dengan masa yang dimiliki untuk mengikuti pelan tersebut. Cepat atau lambat tak penting.

Formula terakhir ialah bagaimana untuk anda mengetahui tarikh sebenar produk-produk hebat akan dilancarkan. Anda juga boleh berhubung terus dengan nama-nama besar dalam industri ini. Caranya ialah dengan menyertai sebuah forum eksklusif. Anda boleh dapatkan nama forum tu dalam laporan 10 Formula Clickbank versi penuh.
Read more »

Oct 3, 2009

Clickbank Training Giveaway Dari Bill McRea

Saya ada sesuatu yang berkaitan clickbank untuk dikongsi bersama anda. "Sesuatu" yang saya maksudkan ialah "Clickbank Training Giveaway", karya Bill McRea. Clickbank training giveaway ni mengandungi audio beserta transkrip dan peta minda. Anda juga akan menerima 5 siri video sebagai material sokongan. Di mana setiap hari anda akan menerima 1 video.


Perbincangan audio dan transkrip lebih menjurus kepada "list building". Anda akan dapati bagaimana cara melakukannya dengan betul serta bagaimana cara anda nak mengembangkannya.

Apa faedah yang anda dapat dalam clickbank training giveaway? Mudah saja. Anda tak payahlah ulangi segala kesilapan yang telah Bill buat selama ni. :D


Anda boleh dapatkan segala material clickbank training giveaway di sini sekarang.


Sekiranya anda masih kurang faham cara-cara mendapatkan latihan clickbank daripada Bill McRea, ikutilah langkah beserta screenshot yang saya sediakan.


1. Sila ke laman utama Clickbank Training Giveaway di sini.

2. Berikan nama dan email pada ruangan yang disediakan. Klik "Instant Download".

3. Masukkan kombinasi huruf dan nombor yang muncul pada ruangan yang disediakan. Klik butang "Submit".

ppl clickbank training 2



4. Semak email yang anda daftarkan sebentar tadi. Ada tak email daripada Bill McRea?


ppl clickbank training 3



Kalau ada, buka email tu dan klik pada link pengesahan.

5. Anda akan dibawakan terus ke laman download produk.


ppl clickbank training 4




Beres! Semua material sudah ada di tangan anda sekarang. Tapi tunggu dulu!

Anda berminat nak buat duit sampingan tak? Caranya ialah dengan mempromosi Clickbank Training Giveaway ni kepada umum. Sekurang-kurangnya anda perlu dapatkan 10 referral yang sah untuk menerima bayaran. Setiap referral yang anda kenalkan akan dibayar usd1. Program ini juga dikenali sebagai pay per lead (ppl).

Jika berminat, anda teruskanlah dengan langkah seterusnya.


6. Cuba anda skrol ke bawah sikit pada laman download yang tadi.

ppl clickbank training 5



Bila dah jumpa arahan seperti di atas, klik pada perkataan yang ada dalam kotak. Anda akan dibawa ke laman seterusnya seperti tertera di bawah.


ppl clickbank training 6



7. Klik pada perkataan dalam kotak di atas. Kemudian anda akan diminta mengisi butiran peribadi. Rujuk screenshot di bawah.

ppl clickbank training 7



Lepas dah selesai segala butiran wajib(dalam kotak kuning), anda akan menerima satu lagi email. Kali ini daripada McRea Marketing Inc pula. Dalam tu ada diberikan "username" dan "password" anda. Pastikan anda tak buang email tu.

Sekarang anda boleh "login" ke akaun untuk mendapatkan link affiliate masing-masing dan mulakanlah mempromosi. :D
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...