Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Mar 19, 2009

Kenapa Pilih Keyword "Merancang Majlis Perkahwinan Impian"

Pada entri lepas, saya bercadang nak optimasikan keyword - "merancang majlis perkahwinan impian". Kepada anda yang tertanya-tanya kenapa dan mengapa keyword itu yang dipilih, saya cuba merungkaikannya di sini.

Bagi anda yang follow entri blog panduan clickbank ni sejak perbincangan tip seo: on-page optimization lagi, mesti perasan yang dulu saya cuba upkan keyword kad jemputan kad kahwin. Tapi disebabkan laman affiliate easykadkahwin.com ada masalah, terus saya kensel.

Anda mesti ingat, kita nak target keyword yang menguntungkan. Kalau dah tak untung, kita perlu ketepikannya. Abaikan terus. Jangan membuang masa anda. Itulah yang biasa dilakukan oleh pro affiliate dalam dan luar negara. Anggaplah affiliate sebagai satu model perniagaan internet anda.


Seperkara lagi, saya dah cuba test keyword ni dengan tool dari msn adlab. Saje nak tengok sama ada ia menguntungkan atau tak. Hasilnya, lihatlah screenshot di bawah.


screenshot keyword yang menguntungkan



Untuk menggunakan tool di atas, anda ikut saje turutan nombor yang saya tunjukkan. Masukkan keyword dalam kotak, pilih Query, klik Go dan lihatlah keputusannya.


Status - Commercial Intention dan Probability - 0.71



Andainya sebarang website atau keyword yang anda masukkan mendapat status Commercial Intention dan nilai Probability melebihi 0.5, itu petanda baik. Maknanya, orang yang melakukan carian tu berkemungkinan besar dah bersedia untuk membuat pembelian.


Saya bertambah lega apabila persaingan keyword ni tak banyak. Hanya perlu bersaing dengan 10 200 webpage. Lagilah senang kalau anda nak optimasikannya.


keputusan carian keyword yang merancang majlis perkahwinan impian



Cuma bila saya semak di keyword tool external, tiada sebarang carian yang dibuat terhadap keyword merancang majlis perkahwinan impian.


keputusan carian keyword tool external



Tapi yang peliknya, walaupun tiada sebarang carian yang dibuat, saya berjaya membuat jualan terhadap ebook 10 langkah bijak merancang majlis perkahwinan anda.


jualan affiliate majlis impian


Ini membuktikan walaupun tiada sebarang maklumat carian di google keyword tool external, anda masih boleh membuat jualan. Pelbagaikan keyword anda. Cari lagi 4 keyword yang lain tapi seakan-akan sama makna untuk tujuan optimasi.

Meskipun hanya sedikit jualan yang berjaya saya lakukan, sejak 3 bulan lepas memang sentiasa ada jualan. Ini membuktikan produk ini ada permintaan tetap. Dalam setahun, memang ada pasangan yang melansungkan perkahwinan.

Kalau mahukan jumlah jualan yang memberansangkan, cuba lipatgandakan usaha anda. Terus terang, saya tak buat promosi gila-gila untuk produk ini. Hanya promosi tahap biasa.


Apa yang saya lakukan -


1. Buat satu entri yang berkaitan perkahwinan di blog (bukan di blog ini).

Saya dah kaji, sejak saya buat artikel tu, semua klik yang menghasilkan jualan datang dari artikel tu. :D


2. Lepas tu submit ke laman social bookmarking (propeller dan digg).


3. Letak banner di blog.

Sebelum menyediakan artikel, ada 1 atau 2 sales datang dari banner.


Itu saja. Saya yakin dan percaya kalau anda;


- Post pelbagai artikel berkatan perkahwinan yang bagus di blog,
- Promosikan setiap entri di social networking, sosial bookmarking dan forum berkaitan perkahwinan,
- Selalu melawat ke pelbagai blog niche perkahwinan dan berikan komen yang bermutu dan
- Buat satu landing page khas atau ulasan tentang produk.


sudah tentu anda boleh meraih komisen yang lebih tinggi. :D


Kesimpulannya, saya sengaja nak bincangkan keyword merancang majlis perkahwinan impian dalam tips seo:off page optimization akan datang sebab ianya salah satu keyword yang menguntungkan. Kalau anda nak mempromosikan produk majlis impian ni, boleh daftar di sini.


p.s: Saya doakan anda pun boleh membuat jualan selepas ni. ;D

1 comments:

Anonymous said...

Good blog post! Keep it up!

Tai Zejan
clickbank

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...