Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Apr 30, 2009

Tips SEO: Off-Page Optimization 2

Hasil pembacaan, pemerhatian dan pemahaman yang dibuat selama ini, saya mendapati yang off-page optimization ada persamaannya dengan cara menarik trafik. Itulah yang dapat saya cungkil. Cuma skop off-page optimization ini teramatlah luas. Tiada batasan. Ibarat seperti membina sebuah empayar untuk mengukuhkan blog atau website anda di alam siber.


Antara teknik off-page yang biasa didengari seperti komen di blog dan menyertai forum yang sama niche anda, menghantar artikel ke direktori artikel (i.e ezinearticles.com), menghantar entri blog anda ke laman web social bookmarking (i.e digg.com, propeller.com, stumbleupon.com, mixx.com etc) serta menyertai web social networking (i.e myspace, facebook, friendster).


Walaupun ianya nampak biasa, jika dibuat secara konsisten dan terancang, anda pasti akan menikmati kesannya kelak. Sebab kebanyakan pakar dalam bidang ini mengakui yang ianya cara yang efektif dan percuma. :D



#1 Komen di blog yang ada kaitan dengan topik anda


1. Pergi ke - http://blogsearch.google.com

blog commenting 1


2. Taipkan topik blog atau website anda. Katakan saya pilih "affiliate marketing tips". Kemudian, klik pada kotak "Search Blogs".

Hasilnya, anda akan nampak senarai blog yang ada.

blog commenting 2


Pilih dan klik pada blog yang berada pada senarai teratas sekali.

3. Baca ringkasan entri blog tersebut.

4. Berikan komen yang berkaitan.


Semasa meninggalkan komen, anda perlu mengisi 4 item - nama, email, url website dan komen yang berkaitan dengan sesuatu entri.

Pada ruangan nama, masukkanlah salah satu daripada kata kunci anda (i.e majlis perkahwinan, majlis impian, perkahwinan impian). Tujuannya adalah untuk membina "anchor text" setiap kali anda melawat sesebuah blog.

Di bahagian komen pula, pastikan anda meninggalkan komen yang bernas. Ada kaitan dengan artikel yang ditulis pada blog tersebut. Komen yang berkualiti secara tak langsung akan menambah minat orang lain untuk melawat ke website anda.

"Anchor text" yang menarik (pada bahagian nama) disertakan dengan komen yang bermutu pastinya akan membuatkan pembaca lain "gatal" tangan untuk klik padanya. Seterusnya mereka akan dibawa melawat ke website anda. :D


Jangan terlalu risau jika anda komen di blog yang nofollow. Link anda tetap akan dikira.

Tapi kalau anda tetap nak cari blog yang dofollow saja, boleh cari senarai blog berkaitan di;


- - > Do Follow Blogs Directory = http://www.dofollowblogs.com/


- - > Blog DoFollow Diver = http://www.inlineseo.com/dofollowdiver/

Di bawah ni saya tunjukkan screenshot turutan langkah mencari blog dofollow di inlineseo.com;

blog commenting 3


1 - Taip niche blog yang berkaitan.

2 - Tekan butang "Search".

3 - Senarai blog dofollow akan keluar.



Begitulah serba sedikit tips seo bahagian off-page optimization yang boleh saya share buat sementara waktu ini. Saya akan sambung kemudian ...

3 comments:

Blogger said...

Want to join new affiliate networks?
Visit this affiliate directory to take a look at the ultimate list of affiliate programs.

Blogger said...

Online Video Marketing

Submit Your articles To Over 200 Blogs & Directories Instantly.

Blogger said...

QUANTUM BINARY SIGNALS

Get professional trading signals sent to your cell phone daily.

Follow our trades right now & make up to 270% per day.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...