Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

May 4, 2009

Tips SEO: Off-Page Optimization 3

Bila kita dah komen di blog "nofollow" atau "dofollow" secara konsisten, ada beberapa lagi taktik lain bagi memantapkan lagi off-page optimization blog(website) masing-masing. Boleh reka widget atau template yang cun, mengoptimakan "profil" pada laman web sosial serta bergiat aktif di forum.

Semua taktik di atas juga boleh disebut sebagai usaha mendapatkan backlink sebanyak mungkin ke blog anda. Lagi banyak backlink, lagilah bagus. Itu tandanya blog anda kelihatan meletup penting di mata enjin carian. :D

Penting dan meletup yang saya maksudkan adalah dapat menarik lebih ramai pengunjung, meningkatkan page rank (PR) dan semestinya mendapat kedudukan yang baik di enjin carian.


Oh tidak! Saya tak berape nak fahamlah menatang backlink ni?


Secara ilmiahnya, saya sertakan dulu takrifannya menurut "Wikipedia",

backlink menurut cik Wiki kita


Backlinks (or back-links (UK)) are incoming links to a website or web page.


Dalam bahasa mudahnya, macam ni.

Anda nampak tak perkataan "Wikipedia" di atas tu? Kalau klik perkataan "Wikipedia", anda akan dibawa ke satu website lain. Sebabnya, saya dah masukkan kod html yang mengandungi alamat url menuju ke halaman "Wikipedia" tu.

Kesimpulannya, saya dah senang-senang berikan 1 backlink kepada web "Wikipedia".


Sekarang anda dah "nampak" kan sikit mengenai apa itu backlink dan kepentingannya?

Kalau begitu, saya masuk balik kepada taktik off-page optimization. Teruskan pembacaan anda dengan penuh sabar yeah. ;D



#2 Mencipta widget yang cool


Sebelum itu, anda boleh tengok dulu salah satu contoh "widget" melalui screenshot berikut.


contoh widget


Kalau anda berupaya merekacipta widget yang menarik dan cool, pasti ramai blogger atau webmaster yang akan meletakkannya di blog mereka. Terutamanya jika widget yang anda reka tu ada kaitan dengan niche diorang.

Contohnya cam widget di atas tu. Widget social bookmarking. Boleh dikatakan semua blogger memerlukannya. Tapi mereka hanya akan meletakkan widget tu di blog jika merasakan ianya menarik dan sesuai dengan selera masing-masing. Lumrahlah tu. Lain orang, lain seleranya.

Tapi, katakanlah ada 50 blogger yang memasang widget anda di blog mereka. Hah! Senang-senang anda dah dapat 50 backlink.


Kalau anda tak tahu nak buat widget sendiri, boleh "outsource". Maksudnya upah orang lain buatkan anda 1 widget. Boleh cari programmer di Scriptlance.com. Upahnya mungkin dalam lingkungan $50.


Mahal lar bro. Mana nak cekau duit banyak tu?


Rileks... cool down. Itu hanyalah salah satu taktik untuk mendapatkan backlink dengan cepat. Mungkin buat permulaan, anda belum mampu lagi. Tapi kalau anda dah ada steady income, taktik ni boleh digunakan. Ini cuma sekadar idea untuk anda semua. :D


Sebagai tempat mencari idea untuk merekacipta widget, anda boleh "explore" sendiri di

- www.widgetbox.com

- www.google.com/ig/directory?synd=open



#3 Menyediakan template(layout) yang menarik


Konsep template dan widget ni hampir sama. Ada pelbagai macam template. Blogger template, wordpress template, Joomla, Drupal, myspace layout etc. Jika anda dapat menyediakan template yang menarik dan percuma, pasti beribu-ribu orang yang akan menggunakannya.

Bila anda membenarkan orang lain menggunakan template secara percuma, biasanya anda akan meminta blogger tersebut meninggalkan satu link pada bahagian footer. Link ke blog anda sebagai credit. Secara tak langsung, anda dah dapat satu backlink dari situ.

Satu contoh link pada bahagian footer setiap template percuma seperti screenshot di bawah.


contoh credit pada footer


Saya sedar yang 2 tips seo di atas lebih sesuai untuk anda yang anda kemahiran dalam bab kod html dan seumpamanya. Lagi satu, kalau anda ada modal untuk mengupah pihak ketiga iaitu programmer.

Jika anda tiada kriteria di atas, anda tunggu tips off-page optimization seterusnya iaitu mengoptimakan profil dan pemasaran forum. Saya akan sambung kemudian hanya untuk anda. ;D



p/s: Sebelum itu, kalau anda ingin buat homework dulu, boleh download ebook percuma di entri terdahulu saya di SINI.

1 comments:

Anonymous said...

Good blog post! Keep it up!

Tai Zejan
clickbank

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...