Ini adalah sambungan daripada tips seo: off-page optimization 3. Saya akan menerangkan taktik off-page optimization seterusnya iaitu dengan mengoptimasikan bahagian profil.
#4 Optimasi profil web sosial
Idea ni saya dapat daripada beberapa IM luar iaitu Eric Rockefeller dan Justin Brooke. Mereka telah mengoptimasikan bahagian profil pada laman web sosial yang;
- ber"PR" tinggi
- ranking Alexa yang rendah
- mempunyai ramai ahli berdaftar yang aktif
sebagai salah satu taktik mendapatkan backlink. Antara senarai laman web sosial yang boleh anda daftar dan mula mengoptimasikan bahagian profil adalah:
1. Myspace - http://www.myspace.com/
2. Digg - http://digg.com/
3. Propeller - http://www.propeller.com/
4. StumbleUpon - http://www.stumbleupon.com/
5. LinkedIn - http://www.linkedin.com/
6. Flickr - http://www.flickr.com/
7. Facebook - http://www.facebook.com/
8. YouTube - http://www.youtube.com/
9. Twitter - http://twitter.com/
10. Answers - http://www.answers.com/
11. EzineArticles - http://ezinearticles.com/
12. GoArticles - http://www.goarticles.com/
13. NowPublic - http://www.nowpublic.com/
14. HubPages - http://hubpages.com/
15. Squidoo - http://www.squidoo.com/
16. DesignFloat - http://www.designfloat.com/
17. PhotoBucket - http://photobucket.com/
18. SlideShare - http://www.slideshare.net/
19. Comcast - http://www.comcast.net/
20. Mybloglog - http://www.mybloglog.com/
dan banyak lagi. Buat permulaan, anda cuba dulu yang di atas. Ianya akan memakan masa anda sikit. Tapi anda boleh merasai hasilnya dalam jangkamasa panjang. :D
Sebagai preview, saya berikan sedikit gambaran bagaimana kita nak optimasi profil web sosial seperti yang digembar-gemburkan tadi. Saya pilih laman web MySpace sebagai bahan pembelajaran bersama.
Seperti biasa, anda daftar dulu di "www.myspace.com". Dalam kes ini, saya nak promosikan ebook panduan clickbank.
Jadi pada bahagian "Basic Info", saya gunakan "Panduan CB" sebagai display name. "First name" dan "last name" pula, saya gunakan "Panduan Clickbank". Seperti mana yang tertera di bawah;

Dalam bahagian "About Me", saya isikan sedikit maklumat berkaitan yang boleh menonjolkan kelebihan produk yang ingin dipromosikan. Anda boleh mencipta ayat yang lebih kreatif daripada saya. Ia semestinya akan mengambil masa untuk memerah otak.
Jangan lupa masukkan url blog anda dan "anchor text" nya sekali. Lihat screenshot berikut.

dan hasilnya akan jadi begini

dan tidak lupa juga, masukkan url myspace anda. Bergantung kepada nama blog atau nama produk yang dipromosikan.

Untuk lain-lain laman web sosial pun sama. Anda boleh buat optimasi pada bahagian profil mengikut konsep di atas. Bila anda dah faham konsep, senanglah untuk bertindak. ;D
#5 Pemasaran forum
Saya pernah menyentuh mengenai pemasaran forum sebelum ini di SINI.
Sedikit tambahan yang boleh saya berikan adalah;
1. Cari 5 hingga 6 forum dalam niche anda.
2. Pastikan forum tersebut aktif, ramai ahli dan ranking yang baik.
Taip saja "niche anda + forum". Contohnya niche anda ialah affiliate marketing. Taiplah "affiliate marketing forum". Tengok senarai forum yang berada dalam page pertama dulu. Bila dah jumpa yang sesuai, daftarlah segera dan sertai perbincangan.
3. Pilih forum yang dofollow untuk mendapatkan backlink.
4. Tumpukan pada "thread forum" yang khusus saja.
Biasanya akan ada thread yang khusus dalam setiap forum. Jadi fokus dan beri lebih tumpuan pada thread yang ada kaitan dengan niche atau produk yang anda promosi.
5. Selain pada bahagian signature, gunakan juga bahagian "Location". Isikan ruangan tersebut dengan meletakkan url blog (website) anda.
Lihat screenshot yang menunjukkan kedudukan "Location" setiap kali anda berkomunikasi di forum.

6. Optimasikan juga bahagian profil anda. Sama seperti yang telah dipelajari di bahagian optimasi profil web sosial tadi.
7. Satu perkara yang tidak kurang pentingnya adalah membina kredebiliti.
Mula membina kredibiliti sejak awal lagi. Jika anda mahir dalam sesuatu perkara yang dibincangkan, kongsi ilmu dan bantulah rakan forum yang lain. Anda pasti dihormati kelak.
Bagi anda yang masih dahagakan maklumat dan ingin mengetahui 2 kajian kes sebenar bagaimana membina kredibiliti di forum dan seterusnya mampu membuat jualan dalam masa singkat, dipersilakan ke laman web INI.
1 comments:
Good blog post! Keep it up!
Tai Zejan
clickbank
Post a Comment