Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

May 16, 2009

Keyphrase Tambahan Mempromosi "Ebook Majlis Impian"

Apa itu keyphrase? Mungkin itulah persoalan yang bermain di kepala anda. Tapi takpe. Jangan pening dengan istilah tu. Saya terangkan sikit. Sebenarnya, istilah keyphrase nie sama aje maksudnya dengan keyword. Dalam bahasa Melayu, anda panggil "kata kunci".

Cuma biasanya istilah keyword mewakili satu pekataan. Contohnya;


- merisik

- pertunangan

- perkahwinan



Manakala keyphrase pula mengandungi 2 atau lebih perkataan. Contohnya;


- majlis perkahwinan yang diberkati

- merancang majlis perkahwinan sederhana


Lagi satu, keyphrase adalah singkatan kepada keyword phrase. Sekarang anda dah boleh bezakan di antara keduanya, kan? :D


Kalau begitu, baik kita teruskan dengan topik asal. Berkaitan dengan keyphrase lain yang boleh anda gunakan untuk mempromosi ebook majlis impian. Itu pun kalau anda mahu.

Sebab semalam, saya rasa tergerak hati nak kaji keyphrase apa yang bersangkut-paut dengan produk majlis impian ni. Iya lah, lepas dapat komisen drpd Pn. Amalia. Apa agaknya yang pengguna(khususnya yang nak kawin) cari untuk merealisasikan hari bersejarah mereka. Hasilnya, anda boleh lihat sendiri di bawah;


- majlis perancangan perkahwinan

- merancang perkahwinan menurut Islam

- perancangan bajet kahwin

- rancang majlis kahwin

- rancang majlis perkahwinan

- senarai belanja majlis kahwin

- tips mengendalikan majlis perkahwinan


Kenapa saya sengaja dedahkan keyphrase di atas? Kan keyword tu selalunya menjadi rahsia sulit seseorang agen affiliate? Betul ker keyphrase tu, bro?


Sebelum lebih banyak soklan atau kemusykilan yang timbul di minda anda, biar saya jelaskan sikit keraguan tu.


Saya mahu memberikan nilai tambah kepada anda sebagai pembaca blog ini. Saya kaji, dan saya share dengan anda. Saya yakin dengan berkongsi keyphrase di atas, ia boleh membantu anda sikit sebanyak dalam proses SEO.

Tapi ianya bukan jaminan mutlak untuk anda membuat jualan setelah mengetahui keyphrase di atas. Semuanya bergantung kepada teknik dan aspek lain yang lebih menyeluruh.


Kepada anda yang masih belum dapat duit internet, inilah kesempatan terbaik. Manfaatkan maklumat yang ada dan mula mendapatkan pendapatan pertama anda.

Daftar sebagai agen affiliate di ImpianPengantin.com (url terbaru selepas jualan dibuka semula) dan mulakan promosi anda. Gunakan senarai keyphrase di atas sebagai nadi penggerak untuk memulakan usaha anda.

Untuk teknik promosi, saya cadangkan anda mula dengan buat beberapa artikel berkaitan majlis perkahwinan di blog. Kalau takde, wujudkan satu blog dengan niche perkahwinan. Lagi banyak artikel yang anda tulis, lebih tinggi peluang untuk membuat jualan. Lepas itu barulah teruskan dengan teknik promosi lain. :D



P/S: Anda boleh merujuk entri terdahulu untuk mendapatkan idea promosi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...