Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Feb 9, 2009

Tips SEO: On-page Optimization 2

Tips seo bahagian on-page optimization yang bakal diterangkan lebih tertumpu kepada penggunaan blog platform blogger. Seperti blog panduan clickbank ni. Kalau anda guna blog wordpress, dah tak perlu lakukan step ini sebab ada plugin tertentu yang boleh di"install".

On-page optimization yang dimaksudkan di atas adalah meta tag. Optimasi terhadap meta tag merangkumi meta title, meta keywords dan meta description. Meta title dan description amat penting dan semua enjin carian menggunakannya.

Manakala meta keywords pun penting, cuma enjin carian google saja yang tak menggunakannya. Sebaliknya, enjin carian lain seperti yahoo dan msn tetap mengambilkira kewujudannya.

Meta tag penting kerana crawler (spider atau bot) enjin carian (SE) pertama sekali akan melihat pada kod programming ini. Mengoptimumkan meta tag dengan baik mampu memberikan anda kelebihan apabila pengguna internet mencari keywords atau maklumat yang mereka kehendaki.


1. Meta title tag

Secara default, tajuk blog anda yang akan muncul pada SE. Bukannya tajuk untuk setiap entri. Perbezaan antara tajuk blog dan tajuk entri lebih kurang cenggini. Saya ambil contoh yang ada kat blog panduan clickbank. Mudah skit nak paham.

Tajuk blog - Panduan Clickbank | Cari Duit Dengan Affiliate Clickbank

Tajuk entri - Tips SEO: On-page Optimization

Untuk memastikan blog anda mesra seo, edit sikit pada bahagian kod programming (html) untuk memastikan setiap entri anda diindex oleh SE.

Hakikatnya, title tag ni menerangkan tentang kandungan website anda. Kandungan blog anda biasanya menceritakan pelbagai topik. Tak seperti squeeze page atau landing page yang hanya ada 1-5 page saje.

Jika anda gunakan tajuk blog, maksudnya ia terlalu umum. Kita nak target kepada pengguna yang lebih spesifik. Supaya setiap kandungan blog anda mampu bersaing pada kedudukan terbaik dan menguntungkan anda. Hasilnya nanti, lebih banyak page blog anda yang dijumpai (diindex) di SE. Yeahh!


Oleh itu, ikuti cara mudah di bawah ini.


1.1 Pada akaun blogger anda, klik pada "layout".

1.2 Pada halaman "layout", pilih "edit html".




1.3 Bila anda berada kat page di bawah,




klik "Ctrl + F", isi kod di bawah pada kotak kosong yang disediakan.



Atau cari saje secara manual pada page "Edit HTML". Ianya terletak kat bahagian atas.

1.4 Highlight kod tu, dan gantikan dengan kod di bawah pula,



1.5 Klik "Save Template" untuk simpan perubahan yang anda dah lakukan. Siap!


Tips - Anda boleh masukkan lebih daripada 1 keyword pada title tag, tapi pastikan ia tak melebihi 65 huruf.


2. Meta description tag

Fungsi meta description di mata SE adalah menggambarkan keseluruhan isi kandungan (content) blog atau website anda. Ia haruslah ringkas dan padat tetapi menarik. Masukkan sekali keyword utama anda pada awal description.

Description yang menarik akan membuatkan pengguna internet lebih cenderung untuk klik dan seterusnya melawat blog (website anda)!

Anda pasti akan lebih beruntung kalau mereka membeli apa yang anda jual atau promo! :D


3. Meta keyword tag

Masukkan keyword utama anda dan 4 keyword tambahan pada ruangan ini. Jangan ulangi 3 kata kunci yang sama.

Contoh keyword yang dah kita bincangkan adalah kad jemputan kahwin, kad kahwin, software kad kahwin, tempahan kad kahwin dan kad jemputan perkahwinan.

Nanti saya tunjukkan contoh meletakkan dan penggunaan meta description dan meta keyword sekali di bawah.

Caranya lebih mudah dan hampir sama dengan meta title tag. Tak perlu menukar sebarang kod html lagi. Cuma perlu tambah saje. :D


Ikut step 1.1 dan 1.2 di atas. Berikutnya, anda ikuti langkah dalam rajah di bawah;




Apa yang perlu diubah adalah tulisan berwarna merah. Gantikan dengan description dan keywords anda.


Sebagai contoh;




Setelah berpuashati, klik "Save Template" dan siap!



Wokei! Tips seo untuk meta tag dah settle. Saya akan teruskan pembelajaran on-page optimization dalam masa terdekat.

Sementara menanti entri terbaru, silakan melawat entri terdahulu yang mungkin anda terlepas pandang. :)

2 comments:

Anonymous said...

Good blog post! Keep it up!

Tai Zejan
clickbank

Anonymous said...

Amazing Post! A great read.

Zac Effron

Overcoming Anxiety Attacks

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...