Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Feb 13, 2009

Tips SEO: On-page Optimization 4

Sudahkah anda memahami tips seo berkaitan penstrukturan keyword blog dan landing page pada entri lepas? Andainya belum, anda boleh baca pada bila-bila masa saje di sini. Bagi yang dah clear, teruskan bersama saya dalam siri on-page optimization bahagian ke-4.

Bagi menyokong proses penstrukturan blog, anda mesti mengukuhkan teknik tersebut dengan beberapa perkara. Antaranya keyword density, highlight keyword, anchor text link dan meletakkan alt text. Saya akan bincangkannya dengan anda semua sebentar saje lagi. :D



#1 Keyword density

Dalam BM, ia disebut kepadatan kata kunci. Atau dalam istilah kejuruteraan ia dipanggil ketumpatan kata kunci. Tak kisahlah tu. Saya cuma nak anda faham konsepnya betul-betul.

Nilai keyword density yang terbaik sekitar 3% - 5%. Ada sebahagian pakar yang kata 5% - 7%. Sukar untuk menentukan nilai yang betul-betul tepat. Jangan melebihi 10% sudah. Sebab enjin carian akan menganggap blog anda sebagai spam. Lebih buruk lagi, ranking SERP blog terus jatuh.

Katakan artikel atau entri blog anda mengandungi 500 patah perkataan. Keyword yang dipilih adalah clickbank. Kalau keyword density 3%, maknanya artikel anda perlu mengandungi perkataan "clickbank" sebanyak 15 patah. Atau dalam kata lainnya, ada perkataan "clickbank" yang berulang sebanyak 15 kali.

Ingat ya, keyword yang dikira adalah satu perkataan saje. Iaitu "clickbank". Bukannya long tail keyword seperti "ulasan ebook panduan clickbank". Itulah konsep yang perlu anda fahami untuk keyword density.



#2 Highlight keyword

Highlight keyword ni mudah saje. Anda perlu "bold", "italic" dan "underlined" untuk menekankan sesuatu keyword.

Tetapi highlight keyword ni bertempat. Iaitu di tempat yang pertama sekali anda meletakkan keyword tersebut.

Berbeza dengan keyword density, highlight keyword ni perlu dilakukan untuk keseluruhan long tail keyword. Bukannya keyword tunggal.

Awas! Anda cuma perlu highlight sekali saje untuk setiap keyword. Jangan over-do. Saya pernah over-do sebelum ni, lepas ni tak naklah ulang kesilapan sama.



#3 Anchor text link

Saya petik sikit mengenai anchor text link daripada wikipedia,

Anchor text usually gives the user relevant descriptive or contextual information about the content of the link's destination. The anchor text may or may not be related to the actual text of the URL of the link.


Satu contoh untuk menerangkan penyataan di atas;

anchor text link ulasan ebook panduan clickbank

Tulisan biru tu merupakan link blog saya dan tulisan merah pula anchor text link yang saya gunakan. Saya gunakan keyword pada anchor text tu. Bila saya masukkan kod anchor text link di atas, ia akan jadi begini => ulasan ebook panduan clickbank

Bila anda klik anchor text link tu, ia akan membawa anda terus ke halaman utama blog ini. Anchor text link ni menghubungkan antara satu page dengan page yang lain. Dalam aspek lain, saya memberitahu bahawa halaman utama saya adalah penting di mata enjin carian!

Seperkara lagi, gunakan keyword yang berlainan bila anda masukkan anchor text link pada masa yang lain. Pelbagaikan keyword anda. Biarkan ianya nampak neutral.

Teknik anchor text link ni boleh dibuat untuk off-page optimization juga. Bab tu kita bincangkan kemudian.

Tips: Gantikan tulisan biru tu dengan link affiliate clickbank anda. Lepas itu, masukkan keyword produk affiliate clickbank anda pada ruangan tulisan merah. Jangan lupa masukkan anchor text link pada entri blog atau landing page anda!


#4 Meletakkan alt text dalam imej

Menyelitkan gambar dalam entri blog anda mampu menarik lebih ramai pembaca. Malangnya, enjin carian tak dapat nak baca sebarang bentuk imej atau gambar. Hanya text yang akan dikesan.

Inilah fungsi alt text. Letakkan di bahagian imej dengan menambah kod seperti berikut.

penerangan anchor text link


Mula-mula, anda daftarkan diri kat photobucket.com dan upload imej kat situ. Lepas itu barulah anda boleh buat teknik on-page optimization ni. :D

Dekat akaun photobucket anda, copy "direct link" imej yang nak letak kat dalam blog. Merujuk imej di atas, direct link adalah tulisan biru. Lepas tu, tambahkan kod yang berwarna hitam seperti di atas. Akhir sekali, masukkan keyword anda pada ruangan tulisan merah.



Begitulah tips tambahan bagi anda yang ingin belajar seo. Saya dah cuba huraikan apa yang terdaya. Segala kekurangan atau apa saje yang ingin anda kongsi, sila gunakan ruang comment. Tapi episod seo ni belum berakhir lagi. Ada lagi sequel bakal menemui anda!

5 comments:

Anonymous said...

Good blog post! Keep it up!

Tai Zejan
clickbank

Game Copy Software said...

Great Site, Very informative. Thanks

Jamal
Game Copy Software

Anonymous said...

Awesome post.

Mohammad
Overcoming Anxiety Attacks

halim said...

tips yang perlu diambil berat oleh sesiapa yang belajar buat SEO. terima kasih bro

admin said...

@ halim: Sama-sama. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...