Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Dec 7, 2008

5 Langkah Untuk Bermula Dengan Clickbank Pt. 3

Pada tahap ini, saya harap anda dah buat kajian dan faham langkah 1 dan langkah 2. Iaitu berkenaan produk untuk dijual dan mencari pembeli berpotensi. Kalau belum, baik anda baca post sebelum ni di sini dan juga sini.

Sekarang, anda akan teruskan dengan...


Langkah 3: Tempat untuk menjual (website)

Bila sebut pasal website, pasti akan terpacul di benak fikiran anda pasal nama domain (nama kedai online seperti teknikclickbank.com) dan webhosting (tapak kedai online). Itupun kalau anda pernah dengarlah. Kalau tak, tak mengapa. Saya takkan bincangkan di sini.

Sebabnya...

Anda boleh gunakan web 2.0 sebagai tempat untuk mempromosikan produk affiliate clickbank anda.

Antara web 2.0 yang dikatakan power adalah;

i. Hubpages - hubpages.com

ii. Squidoo - www.squidoo.com

iii. Weebly - www.weebly.com

Lagi satu, anda boleh gunakan servis web 2.0 di atas secara percuma. Kalau anda mempunyai bajet yang agak terhad, gunakanlah kesempatan ini sebaik mungkin.

Saya tak dapat nak terangkan pasal web 2.0 kat atas secara terperinci kat sini. Harap anda dapat explore sendiri. :)

Kalau saya jumpa balik ebook mengenai hubpages dan squidoo, saya akan letak kat blog ni. Nanti anda boleh download secara percuma. Kalau takde kat post ni, mungkin anda boleh cari kat bahagian sidebar sebelah kanan nanti. :p

Tapi saya tak janji sebab dah tak ingat kat mana ebook tu. Pasal weebly pula, saya belum explore lagi (sebab baru tau). Kalau ada info pasal weebly, saya akan update kelak.

Apa yang perlu anda tulis kat web 2.0 ni adalah artikel yang berkaitan dengan produk clickbank yang anda nak promosikan tuh. Anda taip kat google keyword yang berkaitan dengan produk tersebut.

Dalam kes ni saya ambil Master Clease Secrets 10 Day Diet sebagai contoh. Cari beberapa artikel yang anda rasa mampu memberi manfaat kepada pembaca. Kemudian anda olah semula artikel tu mengikut gaya penyampaian masing-masing. Tujuannya supaya ia menjadi artikel yang unik. Langkah ini juga memerlukan sedikit masa.

Cara lain untuk mendapatkan idea menulis artikel ialah dapatkan artikel yang ada lesen private label right (plr). Atau pergi kat laman wikipedia, ehow dan howtodothings.


Langkah 4: Mendapatkan trafik


Anda hantar artikel (yang dah ditulis di laman web 2.0 tadi) ke laman social bookmarking untuk menarik trafik. Antara social bookmarking yang berkesan adalah;

i. Propeller - www.propeller.com

ii. Digg - digg.com (Wajib ni)

iii. StumbleUpon - www.stumbleupon.com

iv. Reddit - www.reddit.com


Selain itu, cara menarik trafik adalah dengan menulis artikel submit ke artikel direktori. Anda boleh lihat senarai artikel direktori kat sini.


Nampaknya, kita terpaksa bersambung lagi. Saya ada hal sikit ni. Nanti saya akan sambung dengan langkah terakhir.
Read more »

Dec 5, 2008

5 Langkah Untuk Bermula Dengan Clickbank Pt. 2

[ Ini adalah kesinambungan kepada tulisan yang lepas => 5 langkah untuk bermula dengan clickbank. ]


Langkah 2: Mendapatkan pembeli


Menjual pada prospek yang berminat dengan produk digital yang anda promosikan adalah tindakan yang tepat. ;p

Okay, kita ambil contoh produk yang dah dipilih sebelum ni. Iaitu Master Cleanse Secrets 10 Day Diet.

Kerja anda sekarang ialah mencari keyword yang sering digunakan oleh pengguna internet. Ia juga mestilah berkaitan dengan produk tersebut.

Antara keyword yang berkaitan adalah fat loss, weight loss, diet dan seumpamanya. Dalam kes ni, kalau anda google 3 keyword tadi, anda akan dapat result yang terlalu banyak.

Result yang terlalu banyak hanya menyukarkan anda untuk bersaing dengan website/blog lain. Sebaik-baiknya cari result di bawah 500 000. Kalau tak dapat cari, sebagai permulaan carilah keyword yang mempunyai result di bawah 2 juta.


Dapat, tak?


Kalau masih keliru, harap anda study dan buat research pasal keyword ni perlahan-lahan.


Sebagai contoh, saya pilih keyword lemonade diet recipe. Kalau anda lihat, ada lebih kurang 300 000 result. Tak caye? Tengok kat bawah ni...

 
Result yang diperolehi kat sebelah kanan 


Tapi sebelum itu, saya gunakan keyword tool external untuk mencari keyword yang bersesuaian dan memang ada dicari oleh pengguna internet. ;p 


 
Keyword lemonade diet recipe dan keyword lain yang boleh dipakai


Antara tool lain yang sama fungsinya yang anda boleh pakai -



Nanti anda try sendiri, ok?

Langkah seterusnya anda cari lagi keyword yang hampir sama. Nak senang amik saje list keyword yang ada dalam rajah kat atas tu. Pilih dalam 5-10 keyword.

Aaaa... pastikan anda semak (taip) balik keyword yang lain kat google. Lihat hasilnya. Pilih yang resultnya kurang daripada 2 juta. Lagi kurang lagi bagus! (Proses ni makan masa skit)

Oleh sebab proses ni memakan masa, nanti kita sambung lagi......
Read more »

Dec 3, 2008

5 Langkah Untuk Bermula Dengan Clickbank

Sudahkah anda mula menjana pendapatan dengan affiliate clickbank? Ataupun baru nak godek-godek clickbank marketplace? Kepada yang belum ataupun masih newbie dengan clickbank, saya akan kongsikan 5 langkah untuk bermula dengan clickbank.

Sebelum tu, anda belum tahu apa itu clickbank marketplace?

Inilah rupanya Clickbak Marketplace


Terus terang saya katakan, saya pun masih belum mula dengan clickbank ni. Masih lagi dalam proses pembelajaran. Sebab itulah saya beli ebook panduan clickbank tulisan Mawardee. Menjadi affiliate clickbank adalah perancangan akan datang saya. ;p

Harap-harap berjaya hendaknya. Amin.

Selain panduan clickbank, banyak lagi rujukan yang sudah dan bakal saya baca. Kalau ada strategi yang bagus, saya akan tulis kat sini. Harap anda yang lebih berpengalaman pun dapat kongsi idea kat sini. ;D

Buat masa ni, saya share dulu langkah asas untuk bermula dengan clickbank.

Mari kita sama-sama belajar. Iaitu ada 5 perkara;

1. Memilih produk digital untuk dijual

2. Mencari pembeli yang berpotensi

3. Tempat untuk anda menjual

4. Menarik perhatian pembeli atau mendapatkan trafik

5. Lihat hasilnya dan lakukan penambahbaikan

Kalau tengok perkara kat atas nampak macam simple. Budak sekolah pun boleh buat,kan? Tapi ia bukanlah semudah yang kita sangka. Banyak lagi kerja yang perlu dibuat lepas ni.

Buat permulaan, saya huraikan langkah 1 dulu iaitu;


Langkah 1: Memilih produk


Jangan sesekali meremehkan langkah 1 ni. Tersilap pilih, boleh jatuh kredibiliti anda nanti.

Di mana anda nak pilih produk?

Tentulah di clickbank marketplace...

Sebelum tu, anda dah daftar di clickbank ke belum?

Kalau dah, tahniah! Anda dah maju setapak ke depan.

Belum lagi?? Anda boleh daftar sekarang atau bila-bila masa saja di ruangan sign up clickbank.

Anda akan lihat sebijik macam ruangan kat bawah ni.


Sign up sebagai affiliate clickbank


Okay, sekarang berbalik pada pemilihan produk. Salah satu strategi ialah pilih produk yang anda minat atau ada pengetahuan mengenai perkara tersebut.

Katakanlah anda minat mengenai penjagaan kesihatan. Pilihlah kategori Health & Fitness. Lepas tu, pilih juga sub-kategori. Dalam contoh ni, saya ambil sub-kategori Alternative. Kemudian pilih Sort by => High Gravity dan tekan butang Go!

Dapat tak? Kalau tak, ikut perlahan-lahan. Takkan lari gunung dikejar...;p

Saya tunjuk screenshot nyer kat bawah ni;


Langkah pemilihan produk

Haaah! Anda dah nampak kan senarai produk yang ada dalam spec yang anda nak kat atas tadi.

Sekarang, saya nak pilih produk yang no. 4 iaitu Master Cleanse Secrets 10 Day Diet (Rujuk #5).

Seterusnya, kita perlulah mencari pembeli berpotensi untuk mempromosikan produk yang dah kita pilih. Untuk bab ni, saya sambung kemudian saja. Harap anda dapat datang lagi ke sini.
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...