Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Feb 6, 2009

Tips SEO: On-page Optimization

Bila dah menemui keyword yang menguntungkan, carilah 4 keyword yang berlainan tetapi mempunyai maksud yang hampir sama. Sebelum ini, saya pilih kad jemputan kahwin sebagai keyword utama. Cuba variasikan keyword tersebut.

Tujuan kita cari 4 keyword lain adalah untuk mengoptimasikan website atau blog kita. Maknanya, peluang website kita dijumpai oleh pengguna lebih tinggi. Nampak tak kepentingannya kat situ?

Caranya sama seperti sebelum ini. Gunakan keyword tool external untuk melihat permintaan terhadapnya. Permintaan di sini maksudnya berapa banyak carian yang dilakukan terhadap keyword tersebut.


Kemudian, tengok berapa banyak persaingan untuk setiap keyword. Gunakan google untuk tengok jumlah persaingan anda. Buat proses ini dengan teliti. Sebab peringkat ini amat kritikal. Ia secara tak langsung boleh menentukan pendapatan kita. Kalau anda buat sambil lewa, rugi plak nanti.

Untuk menentukan kedudukan di enjin carian, anda perlu gunakan satu formula keyword effectiveness index (KEI). KEI ni diperkenalkan oleh Sumantra Roy (salah seorang pakar seo).



Sekarang, saya tunjukkan satu contoh menggunakan formula KEI. Saya pilih keyword utama kita; kad jemputan kahwin.


Jumlah carian kad jemputan kahwin



Persaingan kad jemputan kahwin


Hasilnya, KEI yang diperolehi seperti berikut.



Untuk nilai KEI, takde sebarang julat yang ditetapkan. Ia bergantung kepada senarai kata kunci yang anda pilih. Pilihlah 4 kata kunci yang mempunyai nilai KEI tertinggi selain keyword utama.


Kesimpulannya, selain keyword utama, anda boleh pilih 4 keyword sampingan. Selepas mengira KEI nyer, berikut adalah keyword pilihan.

"kad kahwin"

"tempahan kad kahwin"

"software kad kahwin"

"kad jemputan perkahwinan"


Sampai tahap ini, proses mencari keyword yang sesuai dan menguntungkan boleh dikatakan hampir sempurna. Tugas on-page optimization selanjutnya adalah nama domain, title tag, meta tag, heading tag, keyword density, highlighting keyword dan anchor text link.

Walaupun on-page optimization hanya mempengaruhi kedudukan enjin carian sebanyak 10%, ia tetap penting. Ia adalah asas untuk mengukuhkan kedudukan blog atau landing page anda di enjin carian.



Saya mulakan dengan nama domain atau nama blog anda. Kalau anda guna platform blogger, namakan blog anda dengan;

kad-jemputan-kahwin.blogspot.com



Sebaliknya, untuk domain berbayar, anda boleh pilih;

kadjemputankahwin.com



Pemilihan nama blog dan domain ni perlulah ada kaitan dengan niche atau produk yang anda promosikan. Secara tak langsung, pengunjung akan rasa lebih yakin dan selesa dengan anda.

Ada sesetengah pakar seo menyarankan meletakkan nama tempat anda sekali pada nama domain. Ini bagi mengkhususkan lagi target market anda. Katakan anda tinggal di Kajang, Selangor. Boleh namakan blog atau website anda sebagai;

"kad-kahwin-kajang.blogspot.com"

"kajang-specialist-kad-kahwin.blogspot.com"

"kadkahwinkajang.com"

"kajangspecialistkadkahwin.com"

Untuk menarik perhatian, pilihlah nama yang "catchy" serta mampu menarik perhatian pengunjung. Anda perlukan masa untuk mendapatkan idea ni. Sebab idea takkan datang selalu. Tapi hasilnya pasti berbaloi kelak.

Untuk tips seo on-page optimization seterusnya, saya akan sambung kemudian. Moga anda terhibur dengan entri ini.

3 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...