Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Jan 10, 2009

Menarik Trafik Berkualiti Dengan SEO Pt.2

Kalau anda masih musykil apa itu seo (optimasi enjin carian) dan konsepnye, saya nasihatkan anda bace dulu entri "menarik trafik berkualiti dengan seo". Pada episod ni, saya hanya nak tambah sikit maklumat asas yang perlu anda tau sebelum melangkah lebih jauh.

Menurut mentor saya, ada 4 jenis trafik yang boleh dibawa ke blog atau landing page anda:


1] Trafik secara terus (Direct traffic)

Trafik dari jenis ini biasanya adalah pelawat berulang (returning visitor). Anda pernah tak datang ke sini sebelum ini? Kalau pernah, maknanya anda ialah returning visitor.


2] Referral traffic

Anda biasanya datang ke satu-satu website (laman sesawang) atau blog setelah diperkenalkan oleh rakan-rakan ATAU

Menjumpainya melalui website atau blog lain. Sebagai contoh, cuba tengok kat menu bahagian atas sekali (tulisan putih). Nampak tak menu "SyokTrafik" dan "Zango"??

Kalau anda melawat ke sana melalui blog ini, maknanya laman "SyokTrafik" dan "Zango" tu mendapat "referral traffic" dari sini.


3] Search engine traffic (Trafik enjin carian)

Trafik inilah yang akan saya citer nanti. Datangnya dari enjin carian seperti google, yahoo dan msn. Trafik ini juga dipanggil organic and targeted traffic. Selalunya berkualiti sebab mereka memang tengah mencari sesuatu. Kadangkala, ada di antara mereka yang dah bersedia untuk membeli!

Kalau anda rekomenkan sesuatu produk yang berkaitan dengan apa yang mereka cari, kebarangkalian untuk mereka beli amat tinggi. :D


4] Trafik berbayar (Paid traffic)

Ada sesetengah agen affiliate menggunakan trafik jenis berbayar. Mereka mengiklankan produk affiliate di laman web yang popular ataupun sesuai dengan niche mereka. Contohnya kat ebay dan usfreeads.

Enjin carian (google) amat suka dengan usfreeads ni. Ntah kenape saya kurang pasti. Ada 2 jenis keahlian iaitu percuma dan berbayar (premium). Saya pernah diberitahu yang usfreeads (akaun premium) antara platform berkesan untuk anda mengiklankan produk affiliate!

Anda boleh tengok dulu laman usfreeads di SINI.

Antara kaedah trafik berbayar lain yang popular adalah pay per click  (google adwords), tempah iklan banner di blog popular dan sebagainya.


Itulah 4 jenis trafik yang boleh anda bawakan ke blog atau landing page. Seterusnya, barulah saya akan sambung dengan on-page optimization dan off-page optimization pada post akan datang.

Harap anda semua dapat tunggu dengan penuh sabar...


p/s: Kalau ada penerangan di atas yang kurang tepat, harap anda yang arif dapat perbetulkan di ruangan komen. Sekian, terima kasih.
Read more »

Jan 5, 2009

Menarik Trafik Berkualiti Dengan SEO

Menguasai SEO (Search Engine Optimization) atau Optimasi Enjin Carian adalah satu bonus besar buat agen affiliate. Lebih-lebih lagi untuk pasaran antarabangsa. Boleh dikatakan semua agen affiliate mengidamkan kedudukan teratas di enjin carian seperti google, yahoo dan msn. Paling idak pun first page!

Menurut wikipedia,

Search engine optimization (SEO) is the process of improving the volume and quality of traffic to a web site from search engines via "natural" ("organic" or "algorithmic") search results.


Ape kebende nye optimasi enjin carian nie. Tak paham lah?

Optimasi enjin carian (SEO) ni maksudnye blog, landing page atau laman sesawang (website) anda mesra enjin carian. Berada di kedudukan yang baik. Sebaik-baiknye page pertama lah, di kedudukan 10 teratas.

Orang surf internet sebab nak cari informasi dan hiburan. 85% (+-) daripada mereka gunakan enjin carian untuk explore apa yang dikehendaki. Bile mereka taip sebarang keywords (kata kunci), dan laman sesawang anda berada pada kedudukan pertama atau 10 kedudukan teratas.....

Sudah tentu kebarangkalian untuk klik dan mengunjungi laman sesawang anda adalah tinggi!

Bila ada orang melawat (trafik), anda perlu manfaatkan pelawat anda sebaik mungkin. Sediakan kandungan (content) yang dapat membantu mereka. Pastikan mereka tak kecewa setelah berada di laman sesawang anda.

Tapi jika anda bukan seorang yang pakar dalam sesuatu bidang, anda boleh mengesyorkan sesuatu panduan atau websites lain yang boleh membantu mereka.

Contohnya, anda mengunjungi blog ni. Anda tentunye mahukan info mengenai clickbank. Saya bukanlah seorang pakar clickbank. Saya masih lagi dalam proses pembelajaran. Saya hanya kongsikan limu yang tak seberape ni. Tapi saya dah menjumpai satu panduan yang dapat mengajar anda menjana pendapatan dengan clickbank. Kemudian saya pun syorkanlah kat semua individu yang memahami Bahasa Malaysia.

Pendek kata, kalo landing page/squeeze page anda pula yang berada di ranking top 10, kebarangkalian anda mendapatkan email prospek dan membuat jualan adalah tinggi!

Lebih kurang cenggitulah konsep dan kepentingan SEO ni.

Untuk melakukan optimasi enjin carian, anda pun perlukan ilmu. Tak boleh hentam kromo saje. Secara asasnye, anda perlu lakukan on-page optimization dan off-page optimization.

Kalo nak cite pasal on-page dan off-page optimization, penerangannye agak panjang lebar. 7 hari 7 malam pun belum tentu habis. Eeh, takderlah. Gurau-gurau je tu.

Saya sebenarnya tak mahu membebankan otak anda. Cukuplah sekadar anda paham dulu konsep asas dan kepentingan SEO. Lepas semuanye dah reda, saya akan buat entri khas berkaitan on-page optimization dan off-page optimization.

Senang-senang, anda jenguklah ke sini lagi.:D
Read more »

Jan 3, 2009

Cipta Virus Penarik Trafik

Dah lama saya tak mengupas kandungan panduan clickbank. Terakhir kalinya, post pasal teknik menarik trafik melalui pemasaran forum. Tu adalah teknik ke-5.

Sekarang, saya sambung dengan teknik ke-6 iaitu pemasaran viral. Viral atau lebih dikenali dengan virus. Virus yang boleh memberi kesan positif kepada model perniagaan internet anda. Dalam kes ni, sebagai agen affiliate kepada clickbank lah.


Apa tu pemasaran viral erkk??


Konsepnya lebih kurang camnilah macam iklan coke la pulak, katakan anda mencipta satu produk percuma i.e ebook, audio, video atau software. Dalam tu anda sertakan sekali link affiliate produk clickbank yang nak dipromosikan.

Kemudian anda berikan kepada pengunjung blog, rakan seforum, rakan sekelas/sepejabat, saudara-mara dan kenalan maya lain secara percuma. Seterusnya, jika ada yang mendapati produk percuma anda tu bagus, mereka pasti akan forward/berikannya kepada kenalan mereka yang lain pula.


Katalah sebagai permulaan, anda hanya bagi kat 3 orang rakan. Kemudian, setiap seorang rakan anda bagi kat 3 rakan mereka yang lain. Seterusnya, 3 rakan mereka yang lain tadi forward lagi kat 3 orang yang lain hinggalah tiada siapa lagi yang nak sebarkan produk percuma anda tu.


Dari sini, produk percuma anda tu dah merebak ke serata pelosok dunia hanya melalui internet. Ibaratnya macam surat berantailah kalau kat dunia offline.

Anda harus ingat, dalam produk percuma tadi ada link affiliate anda. Dalam ramai-ramai yang baca tu, mesti ada yang klik link affiliate anda. Katalah dalam 97 orang yang klik.
Daripada 97 orang yang klik link anda, katakan sekurang-kurangnya dalam 2 atau 3 orang beli produk clickbank yang anda promosikan.

Bila ada pembeli, maka adalah komisen untuk anda. :O)


Sekarang, anda nampak tak kepentingan pemasaran viral ni?


Kalau masih kabur, apa kata kita tengok satu contoh pemasaran viral yang dilakukan oleh seorang usahawan internet tempatan. Beliau adalah saudara Munawar yang merupakan penulis pakej jana wang adsense v2.5.


Beliau telah menawarkan satu modul percuma kepada pengunjung website beliau. Modul percuma tu ada kaitan dengan produk berbayar beliau. Jika pembaca berminat untuk mendalami lebih lanjut mengenainya, pasti pembaca tu akan membeli produk beliau. Paling tidak pun, pasti mereka tak teragak-agak untuk berkongsi dengan kenalan terdekat.

Untuk lebih jelas, anda boleh memuatturun modul tersebut di sini.

Buat pengetahuan anda, setiap agen affiliate pakej jana wang adsense ni turut dibekalkan dengan modul percuma sebagai strategi pemasaran viral. Jika ada yang membeli setelah membaca modul viral mereka, secara tak langsung mereka dapat komisenlah! :D


Uuuhh... dah panjang lebar rupanya celoteh saya ni. Diharapkan anda fahamlah serba sedikit mengenai tujuan dan kepentingan pemasaran viral ni dengan diri anda bila dah jadi affiliate clickbank nanti.


Kalau nak tahu teknik rahsia untuk mempercepatkan penyebaran produk viral anda, sila rujuk ebook panduan clickbank m.s 164. Jika anda belum memilikinya, saya tak boleh nak kata apa sebab ia tidak dijual lagi.
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...