Anda berasa was-was dengan Teknik Clickbank? Sila taip email anda di bawah untuk menerima ulasan serta pendedahan yang lebih terperinci. Email anda akan disimpan dengan selamat dan saya benci spam.

Delivered by FeedBurner

Feb 19, 2009

Tips SEO: Tutorial Fail Sitemap

Tips SEO seterusnya berkenaan fail sitemap. Masih lagi dalam bahagian on-page optimization. Menghantar fail sitemap (sitemap file) akan memudahkan enjin carian menjumpai setiap mukasurat pada blog atau website anda. Maknanya anda maklumkan kat enjin carian tentang keseluruhan struktur blog anda. Kemudian spider(bot) akan singgah ke blog anda dan mengesan apa yang patut di situ. Lebih kurang begitulah konsepnye.

Di sini saya nak sediakan satu tutorial menghantar fail sitemap untuk anda. Khusus untuk blog platform blogger melalui Google Webmaster Tools. Sebab google adalah tempat terbaik dan percuma untuk bermula kalau anda nak buat sitemap. :D


Kelengkapan asas yang perlu anda miliki adalah;

a. Akaun email google (usernameanda@gmail.com).

b. Blog platform blogger (http://TajukBlogAnda.blogspot.com).


Bila dah ada 2 bende di atas, sekarang anda login akaun blog anda. Kemudian, sila ikuti langkah-langkah berikut.




1. Memula, sila login dulu ke akaun blogger anda.

2. Di bahagian "dashboard", klik pada "layout".





3. Bila dah sampai kat "page" di atas, klik "Edit HTML".

4. Anda akan nampak halaman di bawah.





5. Tick pada kotak kecil di sebelah "Expand Widget Template" supaya memudahkan anda nak cari kod yang diperlukan. Anda kene memasukkan beberapa kod html di bahagian google webmaster tools. Kita akan ke sana lepas ni.


Biarkan akaun blogger anda sebentar. Kita nak ke bahagian google webmaster tools untuk meneruskan proses menghantar fail sitemap. :D


6. Sekarang ni, anda mesti klik pada google webmaster tools untuk meneruskan proses ini. Login dengan menggunakan akaun email gmail anda spt imej di bawah.




7. Setelah login, anda akan terus dibawa ke page di bawah. Masukkan url blog anda dan klik "Add Site".




8. Page berikutnya anda bakal mendapati "Verification status: NOT VERIFIED". Rujuk imej di bawah.

Apa yang perlu anda buat - pilih "Add a meta tag"; masukkan kod yang panjang tu pada tempat yang disuruh (bahagian blogger kat "Edit HTML"); dan klik "Verify".





9. Kemudian anda akan dibawa pula ke page di bawah. Klik perkataan "Verify your site".




10. Jika sukses, anda akan nampak page di bawah.




11. Oppsss, nanti dulu. Kita belum habis lagi. Klik pada "Sitemaps" di bahagian menu pada sebelah kiri anda. Isikan extension blog anda pada ruang kosong dengan rss.xml dan tekan "Submit Sitemap".

Kalau tak boleh, cuba letak extesion atom.xml pada ruang kosong tu. Kemudian, klik semula "Submit Sitemap".




12. Jika langkah-langkah yang anda lakukan tu betul, anda akan menjumpai page di bawah.




Nah! Barulah settle proses menghantar fail sitemap blog anda. Dalam beberapa jam kemudian, anda boleh login semula akaun google webmaster tools dan semak sebarang update.





Sila klik pada url blog anda tu untuk dibawa ke halaman lain. Anda boleh tengok sama ada terdapat sebarang error, statistik, apa yang googlebot cari dan banyak lagi. Nanti anda boleh explore sendiri bila-bila masa saje.


Ingin saya tekankan proses ni tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana, setiap googlebot hanya mempunyai masa yang amat singkat untuk melawati blog atau website anda. Sebab sekarang ni terdapat berjuta-juta website atau blog yang perlu googlebot lawati!


Kalau tak ditunjukkan jalan, berkemungkinan besar googlebot tak sempat nak memahami struktur blog atau website anda. Anda juga yang rugi nanti. :(

4 comments:

MuzzamMiL said...

AlhamdulilLah, saya mendapati tulisan saudara amat bermnafaat..

Agak teknikal tetapi dipermudah for 'non-techie'..

Syabas.. Teruskan uasaha murni saudara, dan semoga beroleh rezeki dalam rahmatNYA dan diberkati atas ilmu yang saudara kongsikan.



-- MiL
www.t-triple.com

admin said...

Jutaan terima kasih buat MuzzamMil atas komen anda.

InsyaAllah, saya akan terus berkongsi ilmu yang tak seberapa ni dengan MuzzamMil dan anda semua. :D

Anonymous said...

Satu panduan yang komprehensif dan cukup lengkap! Tahniah saudara 'Panduan Clickbank' (er..apa nama sebenar ek? ). Teruskan usaha saudara utk educate Malaysian tentang SEO!

admin said...

Amirul, jutaan terima kasih atas sokongan moral anda.

Saya akan terus berusaha sedaya upaya untuk menerbitkan artikel berkaitan SEO dari semasa ke semasa.

Kalau ada sebarang kekurangan, silalah beri tunjuk ajar. :D

p.s: Nama sebenar saya Redza. Cuma ketika beri komen, saya gunakan nickname panduan cb. :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...